September 30, 2015

Wordless Wednesday




Assalamualaikum & Hi







See you Again






September 29, 2015

Unorganized Sleep




Assalamualaikum & Hi







Selamat pagi untuk semua warga Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Semalam da start hari bekerja balik kan.. berita tak berapa nak gembira banyak sekolah tutup akibat jerebu yang datang balik selepas beberapa hari je cuaca elok.. hurm.. redho jelah.. dugaan nak hujung hujung tahun memang macam ni.. tak lama da nak musim tengkujuh balik.. semoga semua pihak bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan.. #prayforMalaysia

Pagi pagi ni selain berjerebu (bukan kabus pagi ok- jangan duk hirup asap jerebu tu.. haha) Alhamdulillah jugak ada akak tu meniaga jual nasi lemak pagi ni.. haha.. rezeki dapat makan nasi lemak dan karipap sardin.. Sementara nak tunggu nasi tu hadam eloklah menaip satu entry kat sini.. haha.. ntah kenapa tahun ni macam rajin nak berblog.. belek punya belek tahun ni paling banyak post entry.. *WOW satu perkembangan yang menarik.. tahun ni ada ada je yang nak dikongsikan yer.. hehe.. 

Berbalik pada tajuk asal.. beginilah jadinya sekiranya hakak keje shift malam.. memang tak teratur sangat tidurnya.. terlelap tak sampai 2 jam pun dah tersedar pastu bangun untuk balik sebab da masuk shift pagi.. hurm.. memang jarang dapat tidur yang cukup klu keje malam.. nasib lah sape yang alami benda yang sama macam saya ni.. u are into me right? tapi yang best bile dah habis waktu kerja boleh la tidur sepuas puasnya kat umah.. *heaven pulak rasa.. haha..

Macam mane dengan pagi anda.. Jangan ada yang stress stress k.. Tinggal sari lagi da nak masuk bulan OKTOBER.. Owhh.. cepatnyer masa berlalu.. da nak counting 2016 dah.. jeng jeng jeng.. *gulp


Bye!!







September 26, 2015

Akim & Stacy Bertunang




Assalamualaikum & Hi






Tahniah diucapkan buat pasangan Akim & Stacy yang dilaporkan selamat bertunang pada hari ini.. Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk memeluk agama islam ditemani keluarga akim & stacy.. Sebelum ini mereka berdua juga belum menyatakan hubungan sebenar mereka sehinggalah Stacy memeluk agama Islam.. kat situ dah jelas kan macam diorang ada pape.. orang kata move one step forward kan.. hehe.. 

Tahniah untuk mereka atas kedua dua berita gembira ini.. Bukan senang untuk mengambil sesuatu keputusan lebih lebih lagi berlainan adat dan agama.. tetapi mereka telah buktikan mereka juga boleh selagi peminat dan keluarga dapat menerima  mereka seadanya.. In Sya Allah jika cinta kerana Allah, ia akan kekal buat selama lamanya.. Doa ni untuk kita semua.. Amin.. hehe

Walaupun hati ni sedih sebab Akim dah diambil orang.. sob sobsss.. tetapi tetap tumpang gembira dengan berita ni.. Semoga mereka tabah menjalani hidup yang penuh cubaan lebih lebih lagi dua dua bergelar artis.. mesti banyak persoalan nak kene jawab kan.. Atleast diorang dah buat keputusan untuk hidup bersama.. hukhuk.. Fighting!


Congratulations for both!!





Friday Breakfast



Assalamualaikum & Hi



Selamat berhujung minggu semua.. masih bercuti di kampung ke.. wah wah wah.. seronoknyer.. Ok lah, tak nak jeles ngan korang sebab kita pun ada sebab nak bagi korang jeles.. semalam kite enjoy g tengok wayang, karaoke dan makan sedap sedap sampai meletop perut.. *mesti takde yang jeles pun.. haha..

Oleh kerana cuti dah mintak 2 hari jadi guna la cuti yang ada tu g jalan jalan.. dari duk umah je bosan gak kan.. hehe.. nak jalan jauh tak cukup ongkos jadi jalan area KL je mampu.. kau mampu? haha.. Ok, perjalanan singkat ke KL memakan masa tak sampai 20 minit pun, siap park motor dalam mall kendian kuar cari kedai makan yang mana bukak.. Masa tu tak ramai orang lagi dalam kul 10 pagi.. terjumpa kedai mamak jadi orderlah roti canai dan tea o ais.. Dah lama sebenarnya tak merasa sarapan pagi macam ni.. selalu kat opis makan nasi goreng, mee goreng, nasi lemak je.. kali ni order roti canai pulak.. Alhamdulillah, tercapai nak sarapan pagi dengan roti canai.. haha

Orang lain sibuk meratah daging daging korban kita kat KL ni mampu makan ala kadar je.. tu pun nasib baik ada yang bukak kedai nak meniaga.. cari rezeki katakan.. syukur.. syukur selalu.. hehe..



Taraaaaaa.. Roti Canai Telur satuuu..



Tea O Ais


Amacam dengan breakfast korang raya haji ni.. jangan tunjuk menu menu daging  raya haji anda.. kang ada yang kene ngap! hehe..


Bye!!






September 24, 2015

Salam Aidiladha




Assalamualaikum & Hi


Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat seluruh umat islam di Malaysia.. Seronok klu teringat raya korban masa kecik kecik dulu.. Pagi2 lagi ikut ayah g tengok orang sembelih lembu tapi tak berani g dekat sebab takoot tengok lembu kene sembelih.. darah memancut mancut banyak giler.. sahkan nak tengok lembu, tengok ayam kene sembelih pun takut.. haha.. tu masa budak budak la, sekarang memang jarang tengok orang sembelih ayam atau lembu.. mmmbekkkkk.. erkk.. 

Paling best dapat banyak daging dari jiran jiran pastu boleh masak macam macam guna resepi daging jer.. dulu mak masak memang tiptop superb.. sume jenis masakan sedap esp time raya haji ni sebab ada daging.. waa.. penuh peti wa cakap lu.. wiwiwi.. sweetnyer masa kecik kecik kan..






Selamat menjalani ibadah korban esok untuk sesiapa yang ada buat korban.. semoga ibadah kita diterima Allah.. Amin.. Kepada yang bercuti panjang tu manfaatkan cuti anda bersama keluarga tersayang.. esok plan tak tahu macam mane lagi sebab tahun ni beraya kat KL.. hahaha.. *nak sedih ke nak ketawa ni.. heheh..

Bye!!





September 21, 2015

Tahniah Lisa & Yusry




Assalamualaikum & Hi



Tak terlambat rasanya nak ucap tahniah buat pasangan selebriti terkenal Malaysia, Yusry & Lisa Surihani atas kelahiran baby baru, dapat gegurl uolls.. kenapa sebelum ni orang duk sibuk cakap kembar? peliks.. haha.. Baby ni lahir pada 15 September, sehari sebelum Hari Malaysia dan berat baby 3.4 Kg.. berat tu.. baby pun nampak sihat dan comelss.. Alhamdulillah dua dua selamat selepas bertarung nyawa nak hidup.. not sure bersalin normal ke tak.. hehe..

BTW, mesti ramai peminat mereka teruja nak tahu nama anak mereka kan.. yelah, dua dua mak pak selebriti kan.. mesti la tak saba saba gitu.. dikatakan nama akan official lepas 7 hari.. saba nah.. Mungkin akan jadi bahan bualan orang jugak jika nama ni tak disukai ramai.. biasalah, keyboard warriors.. hehe.. Mungkin kah juga baby ni akan jadi pesaing tetap Aishah Dhia Rana ngan Lara Alana?? nak nanana jugak ke?? kita tunggu jela official dari mereka.. hehe.. 



So sweet sweet gitu..


Congratulations for both.. Be a good parents to a kids.. Cabaran nak membesarkan anak adalah satu tugas besar.. Moga moga bertabahlah wahai ibu dan bapa.. hehe.. 



Sekian,Adiossaaahhhhhhhh





September 20, 2015

Polis Evo OST




Assalamualaikum & Hi



Sesape kat sini yang dah tengok Polis Evo?? ramai bagi feedback cite ni best sebab ada aksi dan komedi.. tak kurang yang bagi negatif feedback cakap tak setanding filem luar negara dan banyak komen pasal lawak Zizan tak menjadi.. t saya komen untuk feedback ni k.. haha.. 

Selain filem diorang Ost filem Polis Evo ni pun tak kurang hebat sebab dah lama dengar kat radio rupa rupanya diorang tengah promote filem Polis Evo ni.. Macam biasa, lagu Joe Flizzow ni memang banyak maksud tersirat dan yang dengar tu kene faham betul betul.. haha.. Tapi lagu ni memang addicted lama lama dengar mungkin sebab ada lirik "Kejut harimau yang sedang tidur" kot.. haha.. Jom layan MV OST filem Polis Evo ni..







LIRIK LAGU EVO

Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap

Di jalan raya
Masih jalan bergaya
My crew with me till the wheels fall off
Uh
Takda tayar tetap ada janji
Sumpah setia sehingga akhir hayat
Dan hujung dunia
Budak-budak gua bawah blok
Masih ada di Ghetto
Kereta dah tukar block
Boleh cucuk Toretto
Dan budak-budak dalam blok-blok
Ibu pejabat masih bermesyuarat
Guna setiap saat

Kan gua dah cakap budak kartel cekap
Tabik dari askar polis dan pengakap
Main monopoly korang masih main congkak
Lu merangkak kalau nak tengok gua dongak
Budak subang semua kenal kapal terbang
So fly gari pramugari sorang-sorang
No Lah Flizzow tidak pernah tipu korang
In Top Form tapi bukan cakap pasal borang

Ke kiri ke kanan
Hati-hati bila dijalanan
Di sini Di sana
Cari kawan jangan cari lawan

Jangan
Kejut harimau yang sedang tidur
Salah
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan
Korbankan harga diri kerana ego
Salah
Nanti kena tangkap dengan polis evo
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Di jalan mati susah hidup

Wow !
Lu pasang waze pukul 3 pagi
Tengok sekali no cops
Tiba-tiba bila simpang kiri ada roadblock
U-Turn?
Kenapa kamu lari?
Kalau kau tidak bersalah kenapa tangan bergari huh?
Vroommmm
Engine Evo berbunyi
Satu jam di balai boleh buat kamu sunyi
Kalau kau hilang suara aku boleh tolong cari
Kalau tak telefon brother kenapa satu kampung mari?
No back up
One-two saja
Polis entry want to jaga
Lampu biru buat lu gelabah
I can see that your mata rabak
No back up
Aku sahaja
Polis entry want to jaga
Bila lu nampak lampu waja
Cuak better run to mama

Ke kiri ke kanan
Hati-hati bila di jalanan
Di sini Di sana
Cari kawan jangan cari lawan

Jangan
Kejut harimau yang sedang tidur
Salah
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan
Korbankan harga diri kerana ego
Salah
Nanti kena tangkap dengan polis evo
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Di jalan mati susah hidup

Gua tak jaga kL tapi kL jaga gua
Ingat pesanan orang tua
Jangan mudah lupa
Jangan mudah riak
Aku takkan sombong
Ingin pergi jauh mereka lihat guna teropong
Sekarang jaga keluarga
Dulu keluarga jaga gua
Ingat pesanan mama
Jangan mudah lupa
Jangan mudah takut
Kerna ku tidak gentar
Kerna semua didunia ini hanya sebentar
Kerna semua didunia ini hanya sebentar
Kejut harimau yang sedang tidur
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Korbankan harga diri kerana ego
Nanti kena tangkap dengan polis evo

Jangan
Kejut harimau yang sedang tidur
Salah
Masuk jalan mati susah untuk hidup
Jangan korbankan harga diri kerana ego
Salah
Nanti kena tangkap dengan polis evo
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Jalan mati susah hidup
EVO … EVO
Jangan kejut harimau tidur
EVO … EVO
Jalan mati susah hidup





BTW, tahniah untuk pengarah filem Polis Evo, Ghaz Abu Bakar yang berjaya menghasilkan filem aksi yang boleh bersaing dengan filem filem melayu lain.. Da lama rasanya takde filem komedi aksi kat Malaysia ni dan filem ni keluar tepat pada masanya sebab mungkin ramai dah jemu dengan filem adaptasi novel yang bercintan cintun dan meleret leret tu.. Yup, I love komedi esp klu ada Zizan Razak.. my first and only comedian I love in Malaysia.. Mungkin yang komen negatif pasal Zizan masih belum dapat terima lawak cara Zizan yang tersendiri yang saya rasa sangat spontan dan tak over macam orang lain.. Mungkin yang kata zizan sombong tu tak kenal die lagi dan yang kata zizan tak lawak mungkin otak die tu dah tak boleh terima zizan.. maybe?? i don't know.. they need to ask them self.. haha..

Satu lagi ramai yang kata filem melayu tak boleh bersaing dan tak setanding dengan filem luar negara.. beb, mana mungkin filem Malaysia bleh setanding dengan negara luar.. tengok talent, looks, technology diorang macam mane.. klu ada sama pun mungkin filem KRU ada teknik cgi (if i not spelling wrong) yang diguna untuk filem filem yang lepas tapi tu pun masih lack lagi kan.. so jangan la expect filem Malaysia setanding diorang.. Klu bleh respect karya orang Malaysia dan pelakon pelakon yang ada.. Klu bagus kita ambil, klu tak bagus kita baiki lagi.. betul tak.. hehe



Why both so handsome!! 



Ok, rasa macam nak tengok tak filem ni?? bagus g tengok sebab boleh nilai sendiri dari kaca mata kita dari dengar je orang judge kan.. haha.. Klu berkesempatan nak jugak tengok aksi terbaik dan gabungan mantap Zizan & Sam ni.. bile lagi boleh tengok abang abang hensem ni bergabung.. hehe.. Hope you guys check it out! Fighting!



"Jangan kejut harimau yang sedang tidur"






September 18, 2015

Burger Pasar Malam




Assalamualaikum & Hi


Burger beli pasar malam


Da lama rasanya tak merasa burger yang biasa jual kt tepi jalan.. kawasan flat ni pulak memang jarang nak nampak kedai burger rasanya memang takde pun.. yang ada tu dah kene rombak tak tahu mane pindah.. haha.. Oleh kerana malam Jumaat kat sini ada pasar malam jadi kita terjah kedai burger kebetulan selit punya selit ada satu kedai burger yang ada.. sadis betul nak beli burger pun susah.. haha.. nak beli daging goreng kat rumah plak pesen pemalas punya orang.. Jadi kita sabor ajelah.. haha.. Kali ni beli burger daging biasa.. nak special nanti lama plak menunggu.. tak larat rasa.. haha..

Cepat pulak masuk hari Jumaat yer.. minggu depan da raya haji.. yeay! cuti panjang lagi.. Kenyang makan tadi pun masih terasa.. rasanya kali ni save sikit beli kat pasar malam sebab takde beli air.. pastu takde beli double double macam sebelum ni.. klu sebelum ni nak nasi la, mee sup la, hot dog, ayam goreng, air coconut shake.. yelah, ape je yang takde kt pasar malam tu.. bleh bilang.. sume ada.. haha.. rambang mata.. duit pun melayang begitu sahaja.. wow..

Oh ye, tadi ada bli dress labuh ngan baju kelawar wat tido.. Dress tu bleh la wat raya.. memang labuh betul betul dekat paras kaki.. seb baik tak singkat.. labuh takpe lagi.. masa angkat tengok try kat badan elok je labuh die, sekali sarung da jadi singkat beb.. kene hati hati bli kt pasar malam sebab kat sana takde tempat try, nak tukar lagi la susah.. dugaan.. tapi puas hati sebab dress tu tak singkat dan baju kelawar tu pun memang best pakai.. tak nyesal beli.. hehe..


Ok, habis citer pasar malam.. lepas ni nak sambung makan lagi.. pulak dahhhhh.. hehe..
Bye!!







September 16, 2015

Wordless Wednesday





Assalamualaikum & Hi






The Moral Values




September 15, 2015

Hungry Me




Assalamualaikum & Hi





Kisah hari ini bermula dengan bangun awal pagi.. entah kenapa awal plak bangun hari ni padahal malam ni keje shift!! esok pulak OT hari Malaysia.. tak pasal pasal tak cukup tido nanti.. haha..

Alkisahnya, semalam jerebu teruk sampaikan nak beli makan malam pun tak de selera walaupun lapar.. hukhuk.. nak masak plak malas.. jadi tahan jela kelaparan yang ada tu.. seb bek tengah ari dah makan berat.. tapi elok jugak diet di malam hari kan.. *sedapkan hati mak.. Mungkin lah sebab menahan lapar semalam jadi hari ni bangun awal, siap siap mandi, basuh kain yang dah seminggu kemudian masak cari benda ape yang nak dimasak.. Jadi, ada stok bubur ayam knorr yang disimpan untuk diguna waktu kebulur esp waktu malam.. Masak jelah yang tu.. nak upload gambar kat sini tak sampai hati sebab tak cantik pun rupanya asalkan bole dimakan.. Alhamdulillah.. 

Selangor KL tengah darurat jerebu.. agak agak kedai makan bukak tak? huhu.. Harap harap cepatlah beransur pulih jerebu ni ye.. In Sya Allah.. Amin..

Bercakap pasal lapar ni kan.. da lama rasa tak makan sedap sedap contoh Pizza, Steamboat.. Tunggu jela gaji yang tak bape hari je lagi.. untung nasib dapat la makan.. dan klu dah tak jerebu.. hehe.. Klu dapat ice cream petang petang ni pun best jugak kan.. tadi terlintas pulak nak makan pisang goreng.. biasala, time darurat ni la macam macam nak makan.. Ya Allah, pulihkan balik bumi Malaysia.. 







Ok, itu saja diari 15 September.. Harap harap hujan turun malam ni.. Amin..






Daehan Start to Wear Spectacles




Assalamualaikum & Hi



Latest episode of The Return of Superman show our Daehanie start to wear his glasses after having difficulties of seeing things were it show he always blinking his eyes every time he sees something esp when watch TV.. 


  
My sweetie pie Mingukie & Big Hyung Daehanie


Dad which can't stand seeing this bring Daehan & brothers to see doctors and checking his eyes.. Than Il kook brings triplets to choose Daehanie glasses.. I think its cute when see him wearing those round small spectacles but at the same time feel sad for him because he need to wear this at the young age while his two brothers still ok with their eyes.. I hope he feels fine wearing it so dad can become more happy.. tsk tsk.. Song appa fighting!!



Poor our Prince Daehanie



Song Daehan Fighting!!





September 13, 2015

Unspoken Rules




Assalamualaikum & Hi


This are some of the rules that need to practice in our society.. Kekadang kite dengan kawan kite tak sedar yang kita ada buat silap sama ada sengaja atau tidak kan.. Jadi untuk memudahkan tiada pihak yang kecik hati eloklah diamalkan bersama tidak kira dalam rumah sendiri, rumah kawan, dekat luar masa tengah bersosial ataupun dekat tempat awam.. Ok, tak payah banyak cakap, jom check it out..





Yeah, yang ni kene ada kesedaran sivik sikit.. dah pinjam kete orang bawak keliling kampung masuk kuar bandar tak reti reti nak isi minyak tu bagi penuh balik?? Minyak pun mahal sekarang woi.. klu prihatin jangan la guna sampai habis takpun bayar lor sikit duit minyak bagi kat kawan.. hehe.. klu tumpang tu biasa kite kongsi kan duit minyak tapi yang jenis tak paham bahasa tu macam mane la agaknyer.. haha..





Bab merokok gua marah beb.. gua tension beb.. gua geram beb.. lagi lagi merokok tempat kedai makan.. lagi rasa macam nak amik rokok tu tenyeh tenyeh kat muka die.. haha.. tolong la ada kesedaran sikit.. tak kan tu pun nak kene ajar kan.. *garang mak nak.. haha.. Kalau merokok tu tolong la merokok tempat tersorok atau takde orang.. orang pun tak nak penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu tu.. cukup cukup la yang merokok tu sorang dapat.. 

Terutama parents yang merokok, tolong jangan merokok depan anak anak, tak elok untuk kesihatan dan boleh mempengaruhi budak budak untuk cuba tau.. tak pasal pasal ikut merokok bila tengok ayah dia merokok.. bahaya woi.. Tapi klu dah bagitahu pun tak sedar sedar jugak hanya mampu tadah tangan berdoa je moga mati cepat.. haha.. *tak baik noh..





Yes, kepada yang kaki games atau suka tengok video yang macam macam tu sila la perlahankan volume anda jangan sampai ada yang bangun pegi tolong tutupkan mulut dan tangan anda.. *kuang hajakk.. bukan yang suka tengok atau men games je, yang suka letak volume ringtone bagi begegaq gendang telinga makcik ni sila lah amik perhatian.. tau la kau tu orang bz mengalahkan menteri tapi tolong silent bila ada dekat tempat orang ramai.. klu ringtone tu lagu One Direction ke EXO ke takpe gak ni lagu minah indon mane die letak.. haha.. Please look around you too ok..





Yang ni pun same, dah orang bagi pinjam laptop atau telefon tu jangan la pandai duk godek godek tengok ape ada.. melainkan dah dapat permisson dari tuan tu kan.. mane tau kot ada barang barang sulit kat dalam tu.. contoh surat wasiat ke, surat putus cinta ke.. tak pasal pasal dapat penumbuk free.. haha.. Laptop atau telefon ni kire barang berharga yang sesuai untuk menyimpan segala benda alah mak nenek yang diorang rasa penting.. tak gitu.. hehe





Yup, klu tak nak orang kata kita biadap, tolong kemas balik tempat tidur yang dah berselerak tu.. melainkan anda ni princess atau prince yang ada orang gaji tolong betulkan ataupun memang anda jenis tido yang beauty queen tu, tak berganjak langsung.. haha.. ada ke?? Dah tido dan pinjam tempat tido orang tu sila la kemas balik.. tanda anda berterima kasih untuk khidmat yang diberi kan.. Bagusnya anak mak.. bleh buat menantu ni.. hehe..


Sebenarnya banyak lagi rules rules yang diorang da siap taip cuma malas nak copy satu satu.. amik yang penting jer.. sebab yang penting ni perlu didahulukan.. haha.. Kepada yang terasa dan makan dalam tu sila lah amik perhatian.. Take note for all of us jugak.. kadang kadang kite terlepas pandang kan.. klu dah tak sengaja tu sila la mohon maaf.. tu pun klu orang nak maafkan.. kuikuikui.. 


Ok, Thats all.. Adios.. Te Amo.. 





Cdt: https://www.facebook.com/Filmygyan7







September 12, 2015

Matta Fair Sept 2015




Assalamualaikum & Hi






Minggu lepas bertarikh 4hb September telah diadakan event Matta Fair bertempat di PWTC.. dengar je ada Matta Fair trus zappp bawak motor lepas balik kerje lepas jumaat hari tu.. Hari Jumaat mungkin kurang sikit orang berbanding Sabtu Ahad sebab tu cuba mengelak dari orang ramai klu pergi weekend.. hehe.. Tapi orang pun tak kurang ramainya mungkin bercampur dengan foreigner dan pelancong pelancong luar negara lain.. 



A Famosa


Sebenarnya ni first time nak merasa kehebatan event ni sebab dengar citer banyak pakej pakej murah yang ditawarkan dalam dan luar negara.. dan tak tahu pulak masuk tu kene bayar.. choi.. ingat masuk free masa pergi dah la beratur panjang nak mampuih.. seb bek cepat diorang handle.. yang pasti ramai chinese yang pergi.. mungkin diorang banyak duit kot.. hehe.. 

Masuk kene bayar RM4, dapat tag, dapat beg merah terus naik ke atas not sure tingkat berapa.. Jalan punya jalan ingat nak cari pakej murah kat dalam negara je esp ke Penang tapi takde.. ada tapi macam tak berbaloi pulak.. ada 2 malam dekat RM 200, ada pakej dekat RM 500.. tapi rasa lebih elok rancang pergi sendiri belanja sendiri baru puas hati.. 

Antara yang menarik lagi pakej masuk ke Taman Burung, Aquaria KLCC dan side view dari atas menara Kuala Lumpur.. tak silap yang kat menara tu dalam RM30 tu pun tengok view je dari atas.. sebenarnya nak merasa gak naik menara kuala lumpur sebab tak penah lagi.. hehe.. tapi difikirkan takat tengok dari atas je lepas tu masa tak tahu bile blh pergi.. Jadi da decide antara tu saya pilih untuk masuk Aquaria KLCC, dapat la harga murah sikit berbanding biasa.. hehe.. Tak sabar nak melawat ikan ikan kat sana.. First time ok.. mintak mintak la sempat dan ada masa nak pergi.. bleh tambah tempat menarik untuk ditulis dalam blog ni.. hehe.. 



Abam sado kau..


Pakej yang ke luar negara pun banyak tapi save la dulu duit sebab takot tak cukup bujet plak.. Target mestilah ke Korea atau paling dekat pun Indonesia atau Singapore.. haha.. Berangan tu.. passport pun tak penah ada lagi.. In Sya Allah, one day k.. FIGHTING!!






Ok, penat berjalan kutip kutip segala informasi yang ada kita pun balik.. tak larat nak pusing 2 3 kali walaupun masuk kene bayar.. haha.. ok la tu, asalkan ada pengalaman masuk Matta Fair ni.. Tahun depan masih ada lagi rasanya berjalan 2 kali setahun iaitu bulan March dan September.. Sesape yang target nak melancong dengan Family dan kengkawan bole la pergi ke Matta Fair tahun depan pulak.. Mane tahu ada pakej yang lebih menarik.. See ya!!!






Jerebu Datang Lagi





Assalamualaikum & Hi







Yup, sebelum ni baca berita je Johor, Melaka, Sarawak dan negeri negeri lain sedang dilanda jerebu.. dan petang semalam jerebu telah merebak ke kawasan tempat keje.. Asap agak tebal lagi lagi da nak masuk malam.. bercampur campur pulak dengan asap kenderaan dah jadi double asap kat situ.. huhu.. Jadi, peringatan untuk kite semua nak kuar tu sila bersiap sedia dengan mask.. Macam yang naik kereta masih ok lagi bleh berlindung tapi yang bawak motor macam I ni kene la bersedia dengan mask tu.. Ohh.. kene cek balik kat mana ada simpan mask yang tahun lepas punya.. haha.. rasa rasanya da banyak buang sebab tahun lepas tak guna pun.. *menyesal tak sudah.. haha

Menurut berita jerebu yang kini sedang melanda Malaysia adalah kesan daripada pembersihan hutan secara meluas di Indonesia untuk ladang kelapa sawit.. Teruk jugak kesannya sampai ke Malaysia.. dan Singapura pun tak terkecuali.. Jerebu ni boleh kata tiap tahun ada.. dah jadi macam wabak pulak sebab boleh menular dengan cepat dan kesannya boleh tahan mencabar.. sakit mata, tekak, batuk dan selsema.. Walaupun nampak biasa tapi sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi hidup dan kerja sebab ianya melibatkan udara yang kita sedut setiap hari.. klu dah makin teruk boleh diishtiharkan darurat.. *buat pak pak menteri dah dah la tu berpolitik.. huhu


Kat bawah ni antara pesanan dari Kementerian Kesihatan.. boleh check it out yer.. 






Jadi kepada yang kerja selalu kat luar tu boleh la elakkan masa anda diluar takut takut terkena penyakit penyakit yang tidak diingini.. Rasanya penyakit yang cepat kene berkait dengan asap ni adalah batuk.. klu tak kene asap pun da batuk lagikan dengan cuaca jerebu macam ni.. kene take action before happen.. Kepada anak anak tu larang la jangan selalu main kat luar klu dah udara tu teruk sangat.. Mencegah lebih baik dari mengubati.. hehe.. Sekian laporan jerebu dari saya.. 


Take care everyone.. Fighting!!







September 11, 2015

Blog Tanpa Internet




Assalamualaikum & Hi







Oh, rindunya dekat blog ni.. blog tanpa internet ibarat hidup tanpa nyawa.. hehe.. Bayangkan tengah tengah syok nak edit ubah blog tetiba internet kene potong.. dalam hati *apekejadah semua ini?? seb bek tak wat edisi siasat syok sendiri.. haha.. malangnya selepas 2 3 4 hari baru dapat sambung balik.. oh.. sadisnyer citer hamba.. takpe takpe, benda dah berlalu kan.. kite lupakan ajer.. kite ENJOY!!!!

Oleh kerana internet da dapat balik jadi kite sambung balik edit blog.. entah kenape masalah coding nuffnang tetiba muncul.. ingatkan salah coding html ke ape.. rupa rupanya masalah coding nuffnang.. ada sesape boleh bantu?? huhuhu.. *nak nanges jap.. takkan nak tukar advertisement lain kot.. blog ni bukan blog pemes pn.. lagipun benda alah nuffnang tu je yang saya tahu.. haha.. *ayat sedih lagi.. takpelah.. t kite cuba godek godek lagi ape masalah sebenar.. someone.. PLEASE HELP ME!!

Okes, dalam sedih sedih tu ada berita gembira tau.. blog ni da berubah wajah lagi.. last time kemain "I SWEAR" lagi da tak nak tukar tukar rupa rupanya tuan blog ni memang takde keje.. bukan ape, memula ingat masalah coding dalam blog sebab tu tukar tukar last skali hamik ko, abis jadi blog baru betukar wajah gitu.. Dulu purplelicious sekarang orange limau macam tu.. haha.. ape kata anda?? hehe.. Template still same amik Simple Template cuma tukar kaler dan ubah sikit sikit.. Klu ada ternampak ketidaksempurnaan tu maaf dipinta sebab mungkin dalam pembikinan lagi.. haha.. kekadang masalah internet atau lambat loading.. Jadi pakat pakat bersabar yer.. 

Alhamdulillah.. hari ni da masuk hari JUMAAT balik.. cepat kan masa berlalu.. da tak lama nak sambut hari raya Aidiladha pulak.. seronok la makan daging makcik makcik abang adik kakak kan.. hehe.. Ok lah, selamat bergembira di hari Jumaat yang mulia ini.. 

Bye!!









September 02, 2015

Small Celebration With Dunkin' Donuts





Assalamualaikum & Hi



Salam September untuk kelab reader blog ni.. haha.. Jom kita update blog sebelum tido dengan entry menarik pasal donut kegemaran ramai iaitu Dunkin Donuts.. Sebenarnya da lama tak makan donut ni dan dah alang alang gaji da masuk jadi belanja la sikit untuk makan.. ape salahnya.. duit gaji kita kan.. haha.. JANGAN JELES.. Kali ni beli terus satu kotak.. harga klu tak silap dalam RM14 lebih.. termasuk GST.. GST jangan lupe yer.. hari hari bayar cukai untuk negara tu.. haha.. 



Coz I'm Happy.. *sambil joget joget


Ni small celebration la orang kate untuk orang single mingle ni.. nak belanja satu opis tak mampu.. hehe.. Oleh kerana beli ni  sebelum merdeka jadi diorang ada perkenalkan 2 jenis donut baru yang kat dalam tu ada perisa coklat & strawberry.. yam yam yam.. Oleh kerana kita perminat tegar coklat jadi pilih la yang perisa coklat kat dalam.. Nak tahu yang mana donut yang baru tu? kat bawah ni yang bentuk love tu.. ada jalur merah biru.. 




Taraaa... Me love donutssssss..


Ok, nampak je macam biasa biasa kan yang donut baru tu tapi rasanya Ya Allah.. memang sedap sebab isi coklat kat dalam tu memang meleleh cair di mulut.. orang puteh kata "Melting in the mouth" wow wee.. hakhak.. tak caye ce try ce try.. tapi tak tahu la lepas merdeka ni ada lagi ke tak.. nanti nak try usha lah.. hehe..

Sebenarnya saya lebih prefer Big Apple dari Dunkin Donuts mungkin sebab banyak donut diorang yang lagi sedap tapi Dunkin Donuts ni ape kurangnya.. boleh tahan juga asalkan ada perisa coklat.. I LIKE IT.. haha..

Nampak sedap dan duit pun da banyak melayang sejak gaji masuk ni.. sekejap je oii.. padahal banyak benda lagi nak beli dan bayar.. HELP MEEEEEE.. 

Papepun, Dunkin Donuts is THORBAIKK!!



Chow.. mama mia!!






Wordless Wednesday




Assalamualaikum & Hi






Don't find people's fault