September 13, 2015

Unspoken Rules




Assalamualaikum & Hi


This are some of the rules that need to practice in our society.. Kekadang kite dengan kawan kite tak sedar yang kita ada buat silap sama ada sengaja atau tidak kan.. Jadi untuk memudahkan tiada pihak yang kecik hati eloklah diamalkan bersama tidak kira dalam rumah sendiri, rumah kawan, dekat luar masa tengah bersosial ataupun dekat tempat awam.. Ok, tak payah banyak cakap, jom check it out..





Yeah, yang ni kene ada kesedaran sivik sikit.. dah pinjam kete orang bawak keliling kampung masuk kuar bandar tak reti reti nak isi minyak tu bagi penuh balik?? Minyak pun mahal sekarang woi.. klu prihatin jangan la guna sampai habis takpun bayar lor sikit duit minyak bagi kat kawan.. hehe.. klu tumpang tu biasa kite kongsi kan duit minyak tapi yang jenis tak paham bahasa tu macam mane la agaknyer.. haha..





Bab merokok gua marah beb.. gua tension beb.. gua geram beb.. lagi lagi merokok tempat kedai makan.. lagi rasa macam nak amik rokok tu tenyeh tenyeh kat muka die.. haha.. tolong la ada kesedaran sikit.. tak kan tu pun nak kene ajar kan.. *garang mak nak.. haha.. Kalau merokok tu tolong la merokok tempat tersorok atau takde orang.. orang pun tak nak penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu tu.. cukup cukup la yang merokok tu sorang dapat.. 

Terutama parents yang merokok, tolong jangan merokok depan anak anak, tak elok untuk kesihatan dan boleh mempengaruhi budak budak untuk cuba tau.. tak pasal pasal ikut merokok bila tengok ayah dia merokok.. bahaya woi.. Tapi klu dah bagitahu pun tak sedar sedar jugak hanya mampu tadah tangan berdoa je moga mati cepat.. haha.. *tak baik noh..





Yes, kepada yang kaki games atau suka tengok video yang macam macam tu sila la perlahankan volume anda jangan sampai ada yang bangun pegi tolong tutupkan mulut dan tangan anda.. *kuang hajakk.. bukan yang suka tengok atau men games je, yang suka letak volume ringtone bagi begegaq gendang telinga makcik ni sila lah amik perhatian.. tau la kau tu orang bz mengalahkan menteri tapi tolong silent bila ada dekat tempat orang ramai.. klu ringtone tu lagu One Direction ke EXO ke takpe gak ni lagu minah indon mane die letak.. haha.. Please look around you too ok..





Yang ni pun same, dah orang bagi pinjam laptop atau telefon tu jangan la pandai duk godek godek tengok ape ada.. melainkan dah dapat permisson dari tuan tu kan.. mane tau kot ada barang barang sulit kat dalam tu.. contoh surat wasiat ke, surat putus cinta ke.. tak pasal pasal dapat penumbuk free.. haha.. Laptop atau telefon ni kire barang berharga yang sesuai untuk menyimpan segala benda alah mak nenek yang diorang rasa penting.. tak gitu.. hehe





Yup, klu tak nak orang kata kita biadap, tolong kemas balik tempat tidur yang dah berselerak tu.. melainkan anda ni princess atau prince yang ada orang gaji tolong betulkan ataupun memang anda jenis tido yang beauty queen tu, tak berganjak langsung.. haha.. ada ke?? Dah tido dan pinjam tempat tido orang tu sila la kemas balik.. tanda anda berterima kasih untuk khidmat yang diberi kan.. Bagusnya anak mak.. bleh buat menantu ni.. hehe..


Sebenarnya banyak lagi rules rules yang diorang da siap taip cuma malas nak copy satu satu.. amik yang penting jer.. sebab yang penting ni perlu didahulukan.. haha.. Kepada yang terasa dan makan dalam tu sila lah amik perhatian.. Take note for all of us jugak.. kadang kadang kite terlepas pandang kan.. klu dah tak sengaja tu sila la mohon maaf.. tu pun klu orang nak maafkan.. kuikuikui.. 


Ok, Thats all.. Adios.. Te Amo.. 





Cdt: https://www.facebook.com/Filmygyan7







No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥