Assalamualaikum & Hi
Dah berapa hari atau berapa minggu dah bagi sesetengah kawasan ni mengalami masalah jerebu di Malaysia sampaikan Malaysia dah tercatat sebagai negara paling tinggi tercemar dengan masalah jerebu yang makin membimbangkan ini.. I stay in KL of course dah terkena sekali.. Kawasan rumah pula tercatat paling tinggi di kawasan Kuala Lumpur.. Allahu.. memang teruk rasanya kalau nak cerita..
Tapi alhamdulillah jugak masih bernyawa sampai sekarang walaupun rasa macam sesak sesak nafas dengan bau asap yang masih lagi dapat dihidu sampai sekarang.. Hujan adakalanya membantu sedikit tapi tak menghilangkan terus jerebu di kawasan sekitar ni..
Semalam keluar sekejap nak beli barang dapur, ya allah asap makin menebal di kawasan luar terpaksa la pakai mask yang murah tu.. tu pun mask standby dapat dari abang yang dah lama pencen 4 ke 5 tahun lepas.. haha.. Thank you bang.. Kat situ pun dah nampak jerebu ni tiap tahun kat Malaysia ada.. Tapi rasa macam tahun ni paling teruk kawasan rumah ni kena sebab sebelum ni saya tinggal di kawasan lain.. Tahun ni macam ya allah.. teruk sangat sampai dah tak nampak bangunan dari jauh..
Semalam pun masuk ofis asap penuh keliling sampai masuk ke dalam.. yelah macam mane nak tutup celah celah lubang kan.. mesti akan masuk jugak.. Allahu.. Harap bersabar la kepada sesiapa yang mengalami nasib sama macam saya.. Beringat sentiasa pakai mask tak kisah la orang nak tengok pelik macam mana pun kan.. Banyak minum air dan kurangkan aktiviti luar.. Nak keluar pun rasa tak senang sebab nak kena redah jerebu lagi lagi macam i olss yang naik motor ni.. hukhuk.. terdedah dengan asap sangat lah tinggi..
Jadi kepada semua marilah kita berdoa agar masalah jerebu ni berkurang.. Amin..
No comments:
Post a Comment