October 09, 2018

Venom




Assalamualaikum & Hi



Tom Hardy as Venom



Dah lama tak update blog kan.. hewhewhew.. Kali ni nak review movie yang dah lama orang nanti nantikan.. me too.. haha.. So hari kedua ke ketiga release tak ingat dah, sempat lah i kuar g tengok wayang.. sorang sorang jelah macam biasa.. haha.. Pergi hari jumaat tak expect pn ramai macam ni.. mungkin sebab movie baru release atau memang orang tak kerja.. lol.. Seat pn dapat la paling bawah sebab tak suka amik tepi tepi dan sebab orang ramai terpaksa la pilih seat yang line tak ramai orang.. tak silap saya G.. tapi ingatkan dah memang takde orang nak duk bawah rupanya ada lagi 2 orang lelaki yang duk kat bawah.. haha.. mesti diorang pn frust kene duk bawah sebab ramai.. I feel u brother..

So, first 10 to 20 minit kot memang lost la sikit sebab nak tunjuk macam mane venom ni datang ke bumi.. Aku ni mati mati la ingat benda alah ni ular rupanya makhluk asing.. yang paling confuse sebab ramai yang komen pasal Spiderman.. rupanya dekat Spiderman 3 ada watak venom tapi dah ingat ingat lupa sebab dah lama tak tengok.. hero masa tu pn hero lama Tobey Maguire tu.. **hero baru kenape lah bebudak sangat.. huhu.. 

Paling best Venom ni ada selitkan nama Malaysia kat Sibu, tempat kapal terbang terhempas masa bawak spesimen alien tu.. haha.. excited la sikit.. tapi not sure la betul betul ke diorang buat penggambaran kat situ sebab rata rata yang komen memang tak tahu ada sebut nama Malaysia.. jadi mungkin ramai yang tak tahu diorang ada shoot kat Malaysia.. ada la sikit sikit diorang speak Malay walaupun dua tiga patah je.. tapi ok lah kan.. So, rakyat Malaysia support la filem ni k.. hehe..

Dah dekat tengah tengah tu memang best habis la.. fight scene semua.. Masa Venom masuk dalam badan hero tu dah banyak la part part lucu diorang selitkan walaupun kekadang i rasa tak perlu lah kot sebab banyak yang mengarut sangat.. sebab benda tak lawak kot.. huhu.. tapi ok lah dari mendatar je kan.. orang pun boring.. huhu..

Last last tu ingatkan venom dah mati rupanya hidup lagi.. Memang dah tak nak kuar dah dari badan hero tu.. dah agak dah sebab mesti ada lagi sambungan dia kan.. hehe.. Kira watak venom ni lebih kurang macam predator yang baik tu.. walaupun diorang ni jahat tapi ada yang baik dikalangan diorang.. ada jugak yang nak selamatkan bumi kita ni.. gitu..

So, overall memang best nak bagi 10/10 for this movie.. yang mana kata boring tu mungkin tak berminat dengan watak venom ni.. yang tak menahan ada yang bantai tido dalam tu.. Hello, nak tido balik lah umah.. tak pasai orang kene dengar sound kau tido.. euww.. 

Last but not least, dont forget to watch k! dengar cte kutipan pun dah cecah 100 ribu ke brape.. Memang BEST!!

Before i forget, ni lagu tema filem venom.. by Eminem.. Sedap gilos nak mampus.. Addicted bila dengar lama lama.. AWESOME!!







VENOM!!!!





August 07, 2018

Majlis Hari Raya 2018




Assalamualaikum & Hi


Raya dah lama habis tapi entry baru nak up.. hahah.. itu biasa.. Nak cari waktu yang sesuai untuk menaip memang lah payah tapi alhamdulillah.. ada jugak masanya.. Raya tahun ni seperti yang sedia maklum tahun ni turn saya bekerja sebab kami kerja shift.. Jadi bergilir gilir lah kami setiap tahun.. Sayu.. hati ini makin sayu.. tak dapat beraya di kampung.. Tapi nak wat macam mana, kehidupan perlu diteruskan.. huaa.. gitew..

Jadi gambar raya pn takde lah banyak mane cuma sempat lah bergambar dengan anak buah dekat kampung lepas seminggu berhari raya.. haha.. Tapi kali ni nak cerita kisah majlis hari raya di tempat kerja saje.. Orang lain dah berpuluh puluh open house dah pergi kita baru ni lah dapat makan lemang ketupat nasi dan kuih yang sedap sedap.. Takpelah lain orang lain rezeki.. Syukur.. 

Jadi inilah antara jamuan makanan yang ada pada malam tersebut.. Kali ni lain sikit sebab majlis dibuat belah malam.. Rasa mcam kurang meriah pulak tapi eloklah dari takde langsung ye dak.. huhu..

Taraaaa!!


Lemang & Nasi Himpit



Buah Buahan



Satay & Lemang makan dengan rendang.. 






Selfie itu harus.. haha



Gambar seterusnya ni plak dengan geng geng satu tempat kerja.. Meriah la jugak.. ramai yang bawak family masing masing.. budak budak siap dapat duit raya lagi.. jeles mak mak.. haha.. dari awal sampai akhir asyik dapat duit raya je.. tulah orang kata, time raya ni yang meriah dan seronoknya budak budaklah.. dapat duit raya.. kumpul duit raya.. yang tua tua ni habiskan duit je.. hahah.. 



With new baby born.. bila lah kite nak ada anak sendiri.. huhu..



Ni team selfie kami.. haha






Sebenarnya baju kurung ni bukan baju raya saya tapi dibuat masa bulan puasa jugak memang nak pakai untuk kerja je.. tapi sebab pikir majlis tu dah malam dan baju tu pun baru jugak jadi pakai jelah yang mana ada.. Lagipun balik senang nak naik motor nanti.. takdelah sempit kain tu nak melangkah.. haha..

Kesimpulannya tahun ni tak seberape nak meriah sangat tapi suasana tu ada.. yang penting dapat jumpa kawan kawan dan makan juadah hari raya.. Alhamdulillah.. 

Walaupun raya dah habis nak ucap jugaklah Selamat hari raya aidilfitri.. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi dengan syawal yang akan datang.. In Sya Allah.. Harap harap meriah lah tahun depan dengan kehadiran insan yang tersayang yang mungkin masih lagi sesat tak jumpa jalan.. haha.. 

Byebye..