March 24, 2020

Hello 2020



Assalamualaikum & Hi



Sudah lama rasanya tidak bersiaran memandangkan mood nak menaip pun dah semakin menghilang. Banyak perubahan pada blog sekarang, banyak gajet yang tak berupdate tapi tetap setia buka blog kalau tiada apa. Ntah masih adakah pembaca di blog ni. haha

Janggal pulak nak menaip sebab dah lama tak mengarang isi isi yang nak diceritakan. Ni pun nasib baik terkesan nak menulis disebabkan kes kes yang paling terkini pasal covid 19. Rasanya semua negara dah terkesan dengan virus yang semakin membimbangkan. Tengok berita semua bandar bandar dah kosong akibat lockdown macam dalam filem filem omputeh yang kehilangan berjuta manusia disebabkan virus. Banyak filem yang menggambarkan maut disebabkan virus virus yang jahat. Jadi macam tak boleh bayang kalau benda tu memang terjadi di dunia realiti. Mintak dijauhkan. 

Ramai yang ingat tahun 2020 ni diharapkan membawa sinar baru sebab 2020 ni tahun yang dinanti nantikan mungkin disebabkan wawasan 2020 yang dicipta sebelum ini tapi malangnya bulan januari kita dikejutkan dangan kisah tragis bermula di negara china. Masa tu saya baru sahaja pulang dari kampung balik dari kenduri. Di airport berita dah luas tersebar pasal corona virus ni yang berpunca dari pemakanan orang china yang makan kelawar dan binatang exotic lain. Mula mula ingatkan negara sana je terjejas tapi lama lama makin merebak selepas ramai yang berkunjung ke china balik dan membawa virus tanpa mereka sedar dan ada juga orang china yang datang melancong ke negara luar antaranya adalah Malaysia. 

Bulan March ni negara telah melaksanakan kawalan pergerakan bermula 18 hingga 31 March untuk menyekat pergerakan dari keluar rumah. Yang saya sedih ini adalah bulan kelahiran saya. Hari ini 24 March hari jadi saya terpaksalah berkurung duduk dirumah saja kebetulan hari ini adalah hari off saya. huhu. Paling sedih tiada pengecualian untuk duduk di rumah dan terpaksa keluar kerja sebab di bawah bidang essential.

Diharapkan peristiwa hitam yang meragut banyak nyawa ini segera pulih dan dijadikan iktibar dan panduan untuk kita suatu hari nanti. Saya doakan kita semua di bawah jagaan yang maha esa dan sentiasalah kita mengamalkan etika kebersihan yang betul supaya kita semua terhindar dari jangkitan.

Tiada sambutan ulang tahun hari ini tapi saya doakan agar saya sentiasa sihat dan boleh bekerja seperti biasa. Amin.










No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥