Assalamualaikum & Hi
Jom kita review filem yang baru keluar ni.. Semalam sempat la tengok filem ni kebetulan sebelum ni adalah layan IT yang first tu.. Sebenarnya agak takut la nak layan cerita hantu ni lagi lagi i bukan penggemar cerita hantu.. hihihi *mengilai macam hantu.. opocot mak kau!! Tapi iolss memberanikan diri untuk layan cerita ni.. yang first tu layan dekat internet je tapi semalam layan movie ni kat wayang.. pergi sorang sorang je.. lagi berani uolss.. agitchuuu..
Okeh, siapa yang dah tengok IT yang memula tu memang tahu la kisah dia pasal apa.. yang iolss faham kisah dia pasal entiti jahat yang menyerupai badut sarkas.. tak tahulah badut ni sebenarnya scary ke tak tapi bagi iolss biasa je sebab dengar dari kecik badut ni penghibur orang je.. tak tahu pulak badut ni scary.. haha
Badut ni muncul setiap 27 tahun.. tak tahu kenapa panjang beno nak muncul.. mungkin tengah bertapa di gunung sahara kot.. tak pun sebab makan orang ramai sangat jadi ambil masa nak muncul.. hahaha.. Yang first tu rasanya tak adalah scary mana pun tapi yang second ni banyak gak scene terkejut.. Yang paling tak tahan tu almost 3 hours la nak habis tengok cerita ni.. I ingatkan i sorang je yang rasa cerita ni lama gila tapi ada yang review sama jugak.. Throwback tu lama sangat patutnya dah tak ada dah kisah masa budak budak dulu, jadi makin meleret plak cerita tu.. Benefit jugak la pada yang belum pernah tengok cerita ni..
Jadi filem kedua ni berkisar pasal comeback diorang selepas 27 tahun kalau kalau badut tu muncul lagi dekat hometown mereka.. Masing masing dah berumah tangga dan paling terkejut budak yang gemuk dulu tu bila besar dah handsome wei.. klu aku jadi bev tu pun sape tak nak.. haha.. tapi serius watak dalm cerita ni i tak kenal sangat sebab baru tengok sekali yang first tu.. Sorang ahli dah bunuh diri sebab tak sanggup nak lawan badut jahat tu.. ahli kedua mati masa last scene.. Yang lain korang pi la tengok sendiri.. hahah
Tapi last sekali badut tu mati lah.. Not sure ada sambungan lagi ke tak sebab klu ikutkan 27 tahun lagi diorang semua pun dah tua.. takkan nak ambil pelakon atok atok kot.. takpun go back to budak budak balik.. mana lah tahu.. i bukan pengarah.. LOL..
So rating i nak bagi ialah 4.5 star lah sebab jalan cerita tak hambar walaupun ada mengarut sikit.. tolak 0.5 point sebab panjang uolss.. Overall cerita ni BEST!! Wajib tengok tapi get ready la pejam mata siap siap sebab banyak terkejut.. kikiki..
HAPPY WATCHING GUYS!!
No comments:
Post a Comment