September 12, 2015

Matta Fair Sept 2015




Assalamualaikum & Hi






Minggu lepas bertarikh 4hb September telah diadakan event Matta Fair bertempat di PWTC.. dengar je ada Matta Fair trus zappp bawak motor lepas balik kerje lepas jumaat hari tu.. Hari Jumaat mungkin kurang sikit orang berbanding Sabtu Ahad sebab tu cuba mengelak dari orang ramai klu pergi weekend.. hehe.. Tapi orang pun tak kurang ramainya mungkin bercampur dengan foreigner dan pelancong pelancong luar negara lain.. 



A Famosa


Sebenarnya ni first time nak merasa kehebatan event ni sebab dengar citer banyak pakej pakej murah yang ditawarkan dalam dan luar negara.. dan tak tahu pulak masuk tu kene bayar.. choi.. ingat masuk free masa pergi dah la beratur panjang nak mampuih.. seb bek cepat diorang handle.. yang pasti ramai chinese yang pergi.. mungkin diorang banyak duit kot.. hehe.. 

Masuk kene bayar RM4, dapat tag, dapat beg merah terus naik ke atas not sure tingkat berapa.. Jalan punya jalan ingat nak cari pakej murah kat dalam negara je esp ke Penang tapi takde.. ada tapi macam tak berbaloi pulak.. ada 2 malam dekat RM 200, ada pakej dekat RM 500.. tapi rasa lebih elok rancang pergi sendiri belanja sendiri baru puas hati.. 

Antara yang menarik lagi pakej masuk ke Taman Burung, Aquaria KLCC dan side view dari atas menara Kuala Lumpur.. tak silap yang kat menara tu dalam RM30 tu pun tengok view je dari atas.. sebenarnya nak merasa gak naik menara kuala lumpur sebab tak penah lagi.. hehe.. tapi difikirkan takat tengok dari atas je lepas tu masa tak tahu bile blh pergi.. Jadi da decide antara tu saya pilih untuk masuk Aquaria KLCC, dapat la harga murah sikit berbanding biasa.. hehe.. Tak sabar nak melawat ikan ikan kat sana.. First time ok.. mintak mintak la sempat dan ada masa nak pergi.. bleh tambah tempat menarik untuk ditulis dalam blog ni.. hehe.. 



Abam sado kau..


Pakej yang ke luar negara pun banyak tapi save la dulu duit sebab takot tak cukup bujet plak.. Target mestilah ke Korea atau paling dekat pun Indonesia atau Singapore.. haha.. Berangan tu.. passport pun tak penah ada lagi.. In Sya Allah, one day k.. FIGHTING!!






Ok, penat berjalan kutip kutip segala informasi yang ada kita pun balik.. tak larat nak pusing 2 3 kali walaupun masuk kene bayar.. haha.. ok la tu, asalkan ada pengalaman masuk Matta Fair ni.. Tahun depan masih ada lagi rasanya berjalan 2 kali setahun iaitu bulan March dan September.. Sesape yang target nak melancong dengan Family dan kengkawan bole la pergi ke Matta Fair tahun depan pulak.. Mane tahu ada pakej yang lebih menarik.. See ya!!!






No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥