September 12, 2015

Jerebu Datang Lagi





Assalamualaikum & Hi







Yup, sebelum ni baca berita je Johor, Melaka, Sarawak dan negeri negeri lain sedang dilanda jerebu.. dan petang semalam jerebu telah merebak ke kawasan tempat keje.. Asap agak tebal lagi lagi da nak masuk malam.. bercampur campur pulak dengan asap kenderaan dah jadi double asap kat situ.. huhu.. Jadi, peringatan untuk kite semua nak kuar tu sila bersiap sedia dengan mask.. Macam yang naik kereta masih ok lagi bleh berlindung tapi yang bawak motor macam I ni kene la bersedia dengan mask tu.. Ohh.. kene cek balik kat mana ada simpan mask yang tahun lepas punya.. haha.. rasa rasanya da banyak buang sebab tahun lepas tak guna pun.. *menyesal tak sudah.. haha

Menurut berita jerebu yang kini sedang melanda Malaysia adalah kesan daripada pembersihan hutan secara meluas di Indonesia untuk ladang kelapa sawit.. Teruk jugak kesannya sampai ke Malaysia.. dan Singapura pun tak terkecuali.. Jerebu ni boleh kata tiap tahun ada.. dah jadi macam wabak pulak sebab boleh menular dengan cepat dan kesannya boleh tahan mencabar.. sakit mata, tekak, batuk dan selsema.. Walaupun nampak biasa tapi sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi hidup dan kerja sebab ianya melibatkan udara yang kita sedut setiap hari.. klu dah makin teruk boleh diishtiharkan darurat.. *buat pak pak menteri dah dah la tu berpolitik.. huhu


Kat bawah ni antara pesanan dari Kementerian Kesihatan.. boleh check it out yer.. 






Jadi kepada yang kerja selalu kat luar tu boleh la elakkan masa anda diluar takut takut terkena penyakit penyakit yang tidak diingini.. Rasanya penyakit yang cepat kene berkait dengan asap ni adalah batuk.. klu tak kene asap pun da batuk lagikan dengan cuaca jerebu macam ni.. kene take action before happen.. Kepada anak anak tu larang la jangan selalu main kat luar klu dah udara tu teruk sangat.. Mencegah lebih baik dari mengubati.. hehe.. Sekian laporan jerebu dari saya.. 


Take care everyone.. Fighting!!







No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥