Assalamualaikum & Hi
Selamat pagi untuk semua warga Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Semalam da start hari bekerja balik kan.. berita tak berapa nak gembira banyak sekolah tutup akibat jerebu yang datang balik selepas beberapa hari je cuaca elok.. hurm.. redho jelah.. dugaan nak hujung hujung tahun memang macam ni.. tak lama da nak musim tengkujuh balik.. semoga semua pihak bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan.. #prayforMalaysia
Pagi pagi ni selain berjerebu (bukan kabus pagi ok- jangan duk hirup asap jerebu tu.. haha) Alhamdulillah jugak ada akak tu meniaga jual nasi lemak pagi ni.. haha.. rezeki dapat makan nasi lemak dan karipap sardin.. Sementara nak tunggu nasi tu hadam eloklah menaip satu entry kat sini.. haha.. ntah kenapa tahun ni macam rajin nak berblog.. belek punya belek tahun ni paling banyak post entry.. *WOW satu perkembangan yang menarik.. tahun ni ada ada je yang nak dikongsikan yer.. hehe..
Berbalik pada tajuk asal.. beginilah jadinya sekiranya hakak keje shift malam.. memang tak teratur sangat tidurnya.. terlelap tak sampai 2 jam pun dah tersedar pastu bangun untuk balik sebab da masuk shift pagi.. hurm.. memang jarang dapat tidur yang cukup klu keje malam.. nasib lah sape yang alami benda yang sama macam saya ni.. u are into me right? tapi yang best bile dah habis waktu kerja boleh la tidur sepuas puasnya kat umah.. *heaven pulak rasa.. haha..
Macam mane dengan pagi anda.. Jangan ada yang stress stress k.. Tinggal sari lagi da nak masuk bulan OKTOBER.. Owhh.. cepatnyer masa berlalu.. da nak counting 2016 dah.. jeng jeng jeng.. *gulp
Bye!!
No comments:
Post a Comment