November 06, 2011

Salam Aidiladha Buat Semua






Salam untuk semua warga bloggers.. sama ada yang mengenali atau tidak.. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua.. Tahun ni alhamdulillah beraya dirumah dan selamat sampai dari KL setelah hampir 12 jam terperangkap dalam kesesakan jalan raya disebabkan oleh kerosakan lori pembawa barang.. Habis semua jalan jam.. huhu.. nasib abang ipar cekap bawak kete.. hampir2 accident.. uhuhu.. Yang best balik kampung ni bila dengar ucapan2 raya pastu lagu raya.. Walaupun beraya tiap2 tahun tapi perasaan gembira tu tetap sama.. Dengar takbir raya je sedih, dengar lagu raya sedih.. sob sob.. sensitip..

Esok kat sini tak tahu nak masak apa.. Makan apa yang ada.. kekeke.. Paling best dan saat2 yang ditunggu adalah agihan daging dari jiran jiran.. tu pon klu ada.. LOL.. Mesti cuak tak tahu nak masak apa guna daging yang ada.. Tetapi yang pastinya sup atau goreng la.. Yum yum.. BEST NGAT!

Di hari yang mulia ni nak mengajak seluruh umat islam menghargai erti pengorbanan yang sebenar..

Korban atau qurban ialah menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau hari tasyriq dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri- biri (kibas). Ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya.


Oleh kerana hari raya korban adalah untuk menghayati peristiwa tersebut maka umat islam mestilah mengambil iktibar dan mengingati peristiwa itu.. Kalau kita di zaman sekarang ni bolehlah melakukan ibadat korban bagi yang mampu seperti yang dituntut oleh agama dan kalau tidak pun melakukan sesuatu dalam bentuk pengorbanan.. Tidak kisahlah pengorbanan dari segi apa tapi yang pasti ia membawa kepada kebaikan.. Misalnya Azam raya korban saya tahun ni nak berubah dari perkara negatif ke positif dalam diri.. Kalau boleh nak jadi manusia yang memahami dan mesra dengan orang sekeliling.. Ngee.. boleh tak?? hurmm janji ia membawa maksud kan.. Anda bagaimana??

Papepun di harap raya korban tahun ni bermakna bagi kita semua.. Sama sama lah kita menghayati hari pengorbanan ini..

Salam Aidiladha

2 comments:

Ku Azhar said...

slmt ari raya...kirim slm kt lembu2 yg terkorban ye! :)

Noorsha Muhamad said...

@Ku Azhar ahaha..phm ke lembu2 tu..=)

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥