November 10, 2011

Api!!



Salam semua.. Pagi ni saya dikejutkan oleh bunyi siren polis dan bomba.. Oleh kerana penat semalam pun belum hilang selepas pulang dari kampung, jadi tidur pun memang tak hengat dunia.. Mula mula buat la tak tahu tapi macam bunyi dah kecoh sangat masa tu dan bunyi siren pun tak henti henti, jadi saya bangun dan TERJAH!! Pasti dan 'confirm', ni memang ada pape..

Bersambung..

Memula tu ingatkan ada rompakan ke kes jenayah ke ape tapi bunyi siren ni lain macam sikit.. ahaha.. ada ke bunyi yang lain.. Bangun je terus terjah ke bawah flat.. toleh tepi kiri takde pape.. toleh tepi kanan.. Allahhuakhbar! kata kata pertama yang saya mampu ucapkan.. Asap berkepul kepul memenuhi ruang udara dan hampir 4 buah rumah terbakar dijilat api.. Patutlah kemain lagi bunyi siren yang datang.. Anggota penyelamat polis dan bomba datang untuk meyelamatkan rumah rumah mangsa.. Masa tu ada dengar la jugak jeritan budak budak tapi tak pasti mangsa atau mereka yang menontonnya.. uhuhu.. saya dari atas rumah flat ni hanya mampu melihat dan berdoa semoga semuanya selamat..


Gambar pertama kejadian..


Api makin marak..


Waktu sekarang api dah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.. rasanya mereka tengah mencari mangsa mangsa yang terperangkap atau yang masih boleh diselamatkan.. Ini adalah kejadian kebakaran pertama yang saya tengok depan mata sendiri.. dari mula sampai akhir bila api berjaya dipadamkan.. Rasa hangat dan membaranya api tu memang terasa dari atas.. Ya Allah.. tu baru api dunia, api akhirat hanya tuhan yang tahu.. Bawak bawak mengucap kita semua..


Api kian padam.. Alhamdulillah..


Selepas melihat kejadian ni marilah sama2 kita berdoa semoga semua mangsa terselamat.. Sekarang semua dah beransur pulih.. takut dan kaget pun ada.. Alhamdulillah.. semuanya selamat.. Jadi adik adik atau ibubapa tu berjaga jaga lah dekat rumah tu takut2 ada yang terlupa padam api kat dapur, anak2 main api dekat luar rumah atau cuba elakkan dari terjadinya kemalangan seperti ini.. INGAT!! Mesti selalu berhati hati k!!


Mencegah lebih baik daripada merawat..


2 comments:

shiela munir said...

bila kat office,selalu teringat mak kat uma tinggal sorang2,

mintak simpang malaikat 44,

benda2 mcm ney xjadi kat family shiela,amin

Noorsha Muhamad said...

@shiela munir amin..sme2 lh kta berdoa..

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥