Saat paling kita takuti..
Salam semua.. Apakah saat yang paling anda takuti?? Saat yang paling anda rasa tidak mahu menghadapinya.. Bagi saya ini adalah antara saat saat yang paling saya takuti..
- Hari Kiamat & Hari Pembalasan/perhitungan
- Hari kematian
- Hilang keupayaan
- Manusia hilang rasa hormat dan belas kasihan
- Kemunculan Yakjuj dan makjuj
- Fenomena dunia seperti kilat, gempa, banjir dan runtuhan
Bagi saya yang di atas semua itu adalah saat saat yang paling ditakuti.. yang pasti akan terjadi suatu hari nanti.. cuma belum tentu bila dan masanya.. Tetapi topik kali ni berkisah tentang perkara yang ketiga.. Rasa takut tentang kehilangan upaya seperti cacat, buta penglihatan, kurang pendengaran, hilang ingatan, hilang keupayaan untuk bergerak, lumpuh dan sebagainya.. Terfikir bagaimanakah jika semua anugerah tuhan ni di tarik balik dengan sekelip mata.. Bolehkah kita hidup di atas dunia yang pastinya kini serba canggih dan serba moden.. Mungkin bagi yang berupaya dari segi kewangan tidak menjadi masalah bagi mereka tetapi bagi mereka yang tidak berupaya tentang semua itu.. masih adakah manusia yang sanggup menolong untuk mengurangkan kesusahan mereka??Mungkin ada tetapi tentu tidak ramai..
Kisah ini juga berkait tentang kisah yang berlaku petang tadi sewaktu pulang menaiki bas.. Ada seorang pak cik yang buta dan cacat penglihatan menaiki bas seorang diri tanpa bantuan sesiapa.. Kesiannya dekat pak cik tu tuhan saja yang tahu.. Macam manalah agaknya pak cik tu hidup dengan keadaan yang sebegitu.. Masih adakah manusia di sekeliling mereka yang kasihan melihat mereka mereka ini berjalan tanpa melihat.. Ya Allah, kurangkanlah penderitaan mereka.. Sejenak terfikir bagaimanalah kehidupan kita nanti kalau benda itu berlaku pada diri sendiri.. Astaghfirullahhalazim.. mintak dijauhkan.. Saya masih sayangkan anugerah tuhan yang tidak ternilai ni..
Sekarang ni macam macam benda boleh berlaku, usahkan yang hilang upaya, kita manusia yang sempurna ni pun turut tersisih dengan keadaan yang serba moden sekarang.. Dulu tak apalah, nak ke bandar naik basikal dan moto je.. dekat.. sekarang bandar dah pesat.. kene naik lrt, kereta api, bas.. Susah hidup dibandar hanya mereka yang dah lalui sahaja yang tahu.. Nak pakai handphone guna duit, nak top up guna duit.. nak g tandas pun duit.. semua duit.. Mampu tak kita yang tak berdaya ni nak hidup dalam serba kekurangan.. Hanya Allah sahaja yang tahu..
Kita sebagai manusia hanya mampu berserah dengan takdir dan keadaan.. Kita susah, orang lain lagi susah.. Bersyukur dengan apa yang ada.. Kita hanya mampu berdoa semoga segala perbuatan kita di redhai dan direstui Allah.. Semoga segala bala dan kesusahan di jauhkan dan umat manusia di dunia ni sentiasa beringat.. Ingat mengingati supaya tidak sesat di atas muka bumi Allah ini.. Semoga tuhan tidak menarik nikmat yang diberi olehNya dan selalulah mengingati Allah agar kita sentiasa tenang dan diberkati olehNya.. Insyaallah.. Amin..
Manusia adalah anugerah Allah yang paling indah.. Diberi akal dan kesempurnaan bukan untuk dipersiakan tetapi untuk berfikir tentang anugerah ciptaannya..
No comments:
Post a Comment