December 17, 2017

First Time Trying Kacang Pool




Assalamualaikum & Hi



Selamat berhujung minggu semua.. Alhamdulillah hari ni saya dah feeling ok sikit sebab dah 3 hari demam, batuk dan selsema.. Mungkin sebab cuaca dan persekitaran yang tidak mengizinkan kot.. Thank you Allah..

So, hari ni nak kongsi sikit pengalaman first time cuba kacang pool.. Sape yang tak pernah cuba angkat tangan.. yeay kite geng! haha.. sape orang Johor dah biasa makan dan kenal kot sebab kacang pool ni femes dekat johor.. betul tak? Selalu blogger update pasal kacang pool dekat Larkin tapi hari tu sempat makan dekat kilang bateri je sebab dekat dengan rumah kakak dekat johor tu.. So ape lagi.. jom tengok gambar rupanya macam mane..



Kacang Pool



Taraaa.. Ni lah kacang pool tu.. Die sebenarnye macam kuah kacang yang diletak telur makan bersama roti bakar.. Mmmm.. first time makan tu sedap jugak.. sedap lah sebab rasanya macam masam masam macam tu makan plak dengan roti bakar yang tebal tu.. sedap lah.. Die bukan kuah kacang yang makan dengan satay tu tau.. different.. yang ni sebab kuah die lebih cair sikit dan rasa pun lain.. tapi tak tahulah klu resepinya lebih kurang sama.. tanya pada yang pakar.. haha..

Dah banyak kali datang Johor dan dulu study kat Johor 3 tahun pun tak tahu kewujudan kacang pool ni.. mungkin sebab sekarang zaman viral barulah nak tahu.. klu tak viral mungkin kene pandai pandai cari sendiri kan.. Dulu masa study yang tau kat johor ni cuma makan tempe dan makanan makanan lain.. tak berape sangat nak explore makanan tradisi sebab tengah belajar kan.. hahah..



ABC Coklat



Kat atas ni makanan tambahan je masa makan kat sana sebab stall pun banyak tutup dan kedai tengah baru nak bukak.. So makan jelah mane yang ada.. Kedai ABC ni memang popular kat sana.. sedap pun sedap.. harga tak silap RM 5.50.. Cuba tau!!



Thanks 4 Reading.. Muachhh!!






December 13, 2017

Wordless Wednesday




Assalamualaikum & Hi








In Sya Allah







November 22, 2017

Wordless Wednesday




Assalamualaikum & Hi






I love travel.. 





November 03, 2017

Congratulations to Song Song Couple



Assalamualaikum & Hi





Current news!! Congratulations to Song Joong ki and Song Hye kyo couple for their wedding.. They finally got married on 31st of October this year.. Kioron cukahae!!


The couple meet on the set of drama Descendants of the Sun last year and suddenly reported to be dating and got married after finish the drama.. What a shock and happy news for their fans.. Honestly, I ony like Hye kyo since drama Full house and Autumn in My Heart and not much a fan of Joongki cause I never watch his drama or movie.. Sadly truth, I never watch any episode of DOTS maybe because the story not suits with my taste.. LOL.. I think its only me who never watch this drama cause i think everyone is crazy in love with this drama.. Aigoo.. haha.. 



The Pre Wedding Picture..



Pretty Song Hye Kyo.. Isn't he lucky to get her? huaaa.. 





Last but not least.. Happy married life to this couple.. May they continue to love each others and get baby soon.. Fighting!! 





Hello November!



Assalamualaikum & Hi






Huargghh.. cepatnye masa berlalu.. Hanya tinggal sebulan lagi nak masuk ke tahun baru.. What I am doing this 10 month!! Macam takde pape pun.. Still being single and lonely.. huahuahua.. I believe no man for me this year even im trying to search alone.. Lets leave to god hand.. In Sya Allah.. Allah knows the best.. Amin.. heee..

Tak apelah.. Semua ajal jodoh maut ditangan Allah.. Maybe one day he will comes.. Berdoa sahaja moga ada peluang bertemu dengan jodoh.. haha.. Ahamdulillah kesihatan tahun ni takde ape yang teruk.. mungkin lah pemakanan tu agak over sedikit dan orang pun dah nampak kite gemuk.. haha.. nak nanges rasa tapi biarlah orang nak kata ape asalkan kita sihat walafiat boleh bergerak ke mana sahaja kita nak kan.. Gemuk is owhsemmss ok.. haha

Semoga bulan ini memberi satu keindahan dan ketenangan buat semua yang membaca blog ni.. Jangan stress stress.. Fikir yang positif ajer.. Choww..



There is only one happiness in this life, to love and be loved. - George Sand





September 17, 2017

Salam Takziah Buat Mangsa Kebakaran




Assalamualaikum & Hi






Berita mengejutkan buat seluruh rakyat Malaysia apabila berita kebakaran yang merebak dengan cepat serta mengorbankan lebih 20 pelajar dan ustaz tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Keramat pada 14 September 2017 yang baru saja berlaku baru baru ini tersebar dengan meluas.. Allah.. Berita ini saya baca ketika buka wasssap group dan kebetulan masa tu saya baru saja sampai dari kampung di Kelantan dengan selamatnya.. Tak sangka di tempat lain ada berita sedih sedang berlaku.. 

Buka facebook plak penuh dengan berita berita ini.. bukak page online tengok interview budak2 yang terselamat.. tengok interview ustaz2 mereka.. dah terbayang kesedihan dan keperitan mereka ketika cuba menyelamatkan diri.. ada sorang pelajar tu lepas berjaya menyelamatkan diri naik plak ke tingkat atas balik sebab nak selamatkan bayi dan kawan kawan yang lain.. sedih dan pilu kalau lah kita yang berada di tempat mereka.. tak sanggup rasanya Allah..

Dengan satu pintu masuk dan keluar serta tingkap dipagari dengan grill kekal menyukarkan lagi mereka untuk menyelamatkan diri.. Kesian dekat pelajar yang terpaksa mematahkan grill tingkap untuk keluar dan keluar menggunakan salur paip.. ada yang terjatuh ketika terjun dari tingkat atas dan melecur.. ada yang kritikal dan cedera.. sangat lah menakutkan dan mengerikan bila teringat balik situasi mereka itu.. 

Yang berjaya satu hal yang masih terperangkap plak memang dah tak dapat nak diselamatkan.. mereka terpaksa meraung kesakitan.. ada satu video tu menunjukkan bilik mereka terbakar sambil kedengaran mereka meminta tolong.. Allah.. sungguh kejam perbuatan khianat manusia.. Oleh kerana ejekan dan kata kata tidak sedap didengar sanggup mereka membakar pusat tahfiz tu tempat di mana mereka sedang nyenyak tidur.. Sungguh kejam.. 

Berita penangkapan 7 orang yang menjadi dalang dan punca kebakaran tahfiz tersebut sangatlah mengejutkan.. Mereka semua masih lagi muda dan mentah tetapi sungguh berani untuk mengambil tindakan membunuh orang lain sekaligus meragut hampir kesemua nyawa di atas..

Manusia apekah ini yang tiada hati perut.. sanggup melakukan pembunuhan yang kejam.. Pengaruh dadah sangat lah merbahaya kawan kawan.. Nasihat saya kepada ibu bapa di luar sana, silalah pantau aktiviti harian anak anak.. kemana mereka petang petang.. dengan siapa mereka berkawan, apekah aktiviti diorang lakukan dan kalau boleh larang lah anak anak keluar waktu malam.. jenayah berlaku kerap pada waktu malam ketika orang sedang tidur.. masa masa inilah mereka mereka yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan aktiviti di luar batas kemanusiaan.. 

Tidak meletakkan seluruh kesalahan kepada ibu bapa malah banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi anak anak tetapi bukankah tugas utama ibu bapa adalah untuk memantau dan menjaga anak anak? ketika kecil lah masanya untuk kita melentur buluh dan mendidik mereka supaya menjadi orang yang berguna bukan menunggu besar baru nak mengajar.. usia yang muda macam macam boleh berlaku.. tidak lagi dikira masalah buli membuli, masalah mendera dan sebagainya.. mahukah anak anak kita terjebak dengan masalah begini?? fikir fikirkanlah..

Buat anak anak.. janganlah terlalu asyik dan leka dengan kawan kawan.. bijaklah memilih kawan yang baik.. Jangan mengikut perasaan amarah dan jangan berani mencuba perkara baru yang anda rasa boleh mempengaruhi anda.. jangan ikut perangai jahat anda dan beringat segala yang anda lakukan akan ada kesannya sama ada baik atau buruk..

Peristiwa ini biarlah dijadikan pengajaran.. jangan menunding jari sahaja menunjuk kesalahan tetapi cubalah mencari penyelesaian agar tidak terulang perkara yang sama.. Salam takziah dari saya buat keluarga mangsa.. Semoga roh mereka tenang di sana.. Sesungguhnya Allah amat menyayangi orang orang yang beriman dan percaya kepada Nya.. 



Al Fatihah..








August 21, 2017

Cuti Merdeka dan Hari Raya Korban




Assalamualaikum & Hi






Lamanya tak bersiaran.. Langsung tak berupdate pasal hari raya puasa hari tu.. haha.. Malas betul nak mencurahkan idea walaupun hanya dengan setitik kata kata dan gambar.. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan perpindahan rumah bulan lepas dan terus mood down.. Banyak scroll blog blog orang jer.. lepas tu tutup.. hahah..

Tahun ni macam ada tak kene sikit sebab hari merdeka disambut sebelum hari raya haji.. hari ni merdeka esok dah raya haji.. hehe.. rasanya tak pernah dalam hidup sambut hari bersejarah dekat dekat macam ni.. ataupun memang dah lama sangat tak jadi macam ni.. hehe.. yelah, hari ni pakat sambut merdeka esok gotong royong buat ibadah korban kan.. mesti feeling lain macam tapi pada yang berkenaan jelah.. Macam saya tahun ni dedua hari tu disambut kat tempat kerja.. huhu.. naseb.. Jadi malam merdeka kat tempat kerja, hari raya pun kat tempat kerja.. Rasanya yang keje 24 jam dan shift dah biasa kot macam ni.. bukan saya sorang je.. haha.. redhooo jerlahh..

Jadi kepada sesape yang dah mula plan nak bercuti tu saya ucapkan selamat bercuti.. sonok yer bercuti terutama budak budak tu.. Sekolah pun dah start cuti minggu depan.. yahuu.. jalan tak jem!! hahah..

Akhir kata Selamat Hari Merdeka dan Selamat menjalani ibadah haji dan korban buat seluruh rakyat Malaysia.. Ucap siap siap sebab takot dah tak sempat nak post.. kahkahkah..



Have a nice day guyss!!





June 14, 2017

Tunaikan Zakat Fitrah




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah selesai menunaikan zakat fitrah hari ini.. terasa tua diri ini bila mampu nak menunaikan zakat fitrah sendiri.. Dulu dulu masa kecik kecik selalu dengar ayah nak g bayar zakat fitrah masa bulan puasa.. sibuk lah duk kira bape orang dalam satu rumah.. meriah.. haha.. masa tu kecik lagi mane la tahu erti zakat fitrah.. bila dah besar sikit baru la tahu zakat ni diwajibkan ke atas umat islam.. Bila dah bekerja tetap ni rasa diri ni dah mampu nak bayar sendiri walaupun masa tu ayah masih ada.. sebab ayah pun dah lama bersara dan sakit tua.. Sekarang dah yakin nak g bayar zakat sendiri.. Alhamdulillah.. syukur.. 

Tadi masa nak bayar zakat adalah proses prosesnya.. sekejap sangat tapi berdebar tu macam nak akad nikah.. haha.. sebab ni g sendiri kan.. feeling dia lain macam.. tapi alhamdulillah dipermudahkan.. senang saje tuan tuan dan puan puan.. paling tak sangka dapat plak free gift satu notes book kecik dan satu penanda buku.. Alhamdulillah.. rezeki..

Sebagai informasi boleh rujuk pengertian zakat di bawah.. Boleh layari laman web zakat selangor kepada yang nak tahu lebih lanjut.. Jadi, anda dah ke belum? cepat cepat k sebab tinggal bape hari lagi nak raya.. hehe.. wassalamualaikum.. Salam Ramadhan.. Selamat berbuka..



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH:

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.










10 Malam Terakhir Ramadhan




Assalamualaikum & Hi






Allahuakhbar.. begitu cepat masa berlalu.. tiba sudah 10 malam terakhir di bulan ramadhan yang mulia ini.. Alhamdulillah.. Gunakan saki baki yang ada untuk kita memperkukuhkan ibadat dan amalan suci yang lain.. In Sya Allah.. 






June 10, 2017

Blogger Shea Rasol Meninggal Dunia




Assalamualaikum & Hi






Rasanya rata rata pengikut arwah dah tahu tentang pemergian Shea Rasol.. blogger terkenal dengan fashion dan gaya hijab dan trend terkini di Malaysia.. Dia pergi pada hari jumaat iaitu semalam pada bulan ramadhan yang mulia ini.. Arwah mengidap penyakit kanser dan agak terkejut jugak dengan berita ni sebab memang selalu bukak blog beliau nak tengok perkembangan terkini dan berita penyakit ni pun ada diberitahu di blognya sendiri.. 

Semalam masa buka instagram ternampak arwah post tentang pemergian seseorang memula tu ingatkan kakak shea rupa rupanya tu post dari adik beradiknya yang lain mungkin adik atau saudaranya sendiri.. pastu ingatkan dia ok lagi rupanya dia sendiri yang telah pergi.. Ramai gak yang like dan post di facebook termasuk blogger terkenal yang lain.. yelah sebab shea ni pun memang dah ada line business dan blog sendiri.. selalu jugak bertemu dengan blogger famous lain dan pernah menjadi pengacara dekat tv.. kira ikon besar jugak dalam dunia fashion cuma beliau masih muda dan tengah mengukuhkan lagi business beliau kan..






Bercakap tentang shea rasol ni saya memang suka cara dia berfesyen memang kene dengan gaya dan semua nampak cantik bila mata ni memandang.. rasa macam nak pakai semua yang dia pakai.. haha.. pastu ada jugak tengok baju baju yang dijual memang banyak yang menarik cuma tak sempat lagi nak membeli sebab tengok macam stoknya terhad.. tapi saya memang suka gaya dan cara pemakaian shea ni sebab tu selalu follow dia di insta dan blog.. 







Buat keluarga, kenalan dan kawan rapat beliau diucapkan salam takziah.. Sama macam saya diduga dengan kematian ayah bulan lepas.. tak siapa inginkan perpisahan namun takdir hanya Allah yang menentukan.. Banyak banyak bersabar dan berdoa semoga arwah tenang di sana.. Ayah.. aku merinduimu.. AL FATIHAH..






May 31, 2017

Despacito- Justin Bieber Ft. Luis Fonsi & Daddy Yankee




Assalamualaikum & Hi



What is your favorite song currently?? rasanya ramai dah tahu fenomena lagu despacito ni.. tak tahulah dari mane boleh popular tapi bagi saya lepas terjumpa satu video dekat youtube yang mane sorang budak perempuan melayu menyanyikan lagu ni.. just search on youtube guys..  she is quiet good actually.. ada suara penyanyi.. Kemudian tak lama tu barulah dengar kat radio diorang mula putar lagu ni.. yes!! memang sedap sebab ape sebab suara justin bieber.. memang justin bieber ni duet ngan sape pun nyanyi lagu sape pun memang best.. bagi saya suara Justin ni memang universal.. tak penah tak sedap lagu yang dia nyanyi.. and believe me i am not beliebers or what so call his fans name.. LOL..

Ape lagi yang membuatkan lagu ni best? sebab mix sepanyol dan sebenarnya lagu asal pun dari penyanyi mexico or sepanyol.. pardon me if im wrong.. either from this two country.. all I know is telenovela from mexico.. haha.. Im a fan of telenovela mexico since sekolah lagi.. sebut je La usurpadora, Miss tres hermanas, Betty la fea dan macam macam lagi sampailah dah tua ni tv pn xde putar dah telenovela yang best best macam ni.. entah kenape.. haha.. rugi budak budak sekarang tak dapat belajar bahasa mexico.. lol.. yes.. masa kecik bahasa ape yang tak belajar sebab hari hari duk hadap tv.. dari hindustan, tamil, korea, jepun, mexico dan paling basic english.. hehehe.. I can understand some of the mexico words from telenovela.. i learn from there.. gracias mucacas hermanas.. jo to keoro.. haha..


About "Despacito"- “Despacito” is about a sexual but romantic relationship between two people. The Spanish word “despacito” translates to “slowly”—which indicates the romance in the relationship.


Jom layan lagu ni.. dan jangan over sangat guys sebab bulan puasa ni.. tak pasal pasal jiran mengamuk pasang kekuat lagu ni.. haha.. one more things make sure you are adult enough to watch this MV.. Choww...






Despacito Lyrics


Come and move that in my direction
So thankful for that, it's such a blessin', yeah
Turn every situation into heaven, yeah
Oh-oh, you are
My sunrise on the darkest day
Got me feelin' some kind of way
Make me wanna savor every moment slowly, slowly
You fit me tailor-made, love how you put it on
Got the only key, know how to turn it on
The way you nibble on my ear, the only words I wanna hear
Baby, take it slow so we can last long


¡Oh!
Tú, tú eres el imán y yo soy el metal
Me voy acercando y voy armando el plan
Sólo con pensarlo se acelera el pulso (oh yeah)
Ya, ya me está gustando más de lo normal
Todos mis sentidos van pidiendo más
Esto hay que tomarlo sin ningún apuro


Despacito
Quiero respirar tu cuello despacito
Deja que te diga cosas al oído
Para que te acuerdes si no estás conmigo
Despacito
Quiero desnudarte a besos despacito
Firmo en las paredes de tu laberinto
Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito
(Sube, sube, sube
Sube, sube)



Quiero ver bailar tu pelo, quiero ser tu ritmo (woah, woah)
Que le enseñes a mi boca (woah, woah)
Tus lugares favoritos (favorito, favorito, baby)
Déjame sobrepasar tus zonas de peligro (woah, woah)
Hasta provocar tus gritos (woah, woah)
Y que olvides tu apellido


Si te pido un beso, ven, dámelo, yo sé que estás pensándolo
Llevo tiempo intentándolo, mami, esto es dando y dándolo
Sabes que tu corazón conmigo te hace bang-bang
Sabes que esa beba está buscando de mi bang-bang
Ven, prueba de mi boca para ver cómo te sabe
Quiero, quiero, quiero ver cuánto amor a ti te cabe
Yo no tengo prisa, yo me quiero dar el viaje
Empecemos lento, después salvaje


Pasito a pasito, suave suavecito
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Cuando tú me besas con esa destreza
Veo que eres malicia con delicadeza
Pasito a pasito, suave suavecito
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Y es que esa belleza es un rompecabezas
Pero pa' montarlo aquí tengo la pieza
¡Oye!


Despacito
Quiero respirar tu cuello despacito
Deja que te diga cosas al oído
Para que te acuerdes si no estás conmigo
Despacito
Quiero desnudarte a besos despacito
Firmo en las paredes de tu laberinto
Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito
(Sube, sube, sube
Sube, sube)


Quiero ver bailar tu pelo, quiero ser tu ritmo (woah, woah)
Que le enseñes a mi boca (woah, woah)
Tus lugares favoritos (favorito, favorito, baby)
Déjame sobrepasar tus zonas de peligro (woah, woah)
Hasta provocar tus gritos (woah, woah)
Y que olvides tu apellido


Despacito
This is how we do it down in Puerto Rico
I just wanna hear you screaming, "¡Ay, Bendito!"
I can move forever cuando esté contigo
¡Bailalo!

Pasito a pasito, suave suavecito
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Que le enseñes a mi boca
Tus lugares favoritos
(Favorito, favorito, baby)
Pasito a pasito, suave suavecito
Nos vamos pegando, poquito a poquito
Hasta provocar tus gritos (Fonsi)
Y que olvides tu apellido (D.Y.)
Despacito






May 28, 2017

Salam Ramadhan 2017




Assalamualaikum & Hi







Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dibulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.. Setiap tahun macam macam kenangan dengan bulan ramadhan namun diharapkan tahun ini lebih indah.. Tahun ni kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian ayah yang kami kasihi.. beliau pergi meninggalkan kami pada tanggal 17 Mei 2017.. berita yang sangat mengejutkan dan kami redha dengan pemergiannya.. Ayah, kami tahu ayah penat dengan dunia dan dah sampai masa ayah pergi mengadap ilahi.. semoga ayah tenang di sana.. Amin..

Al fatihah..

Tahun ni raya pun mungkin bersederhana sahaja.. In sya Allah semoga segalanya dipermudahkan.. Amin..

Semalam 1 Ramadhan.. motor pulak dah buat hal tak boleh nak start.. nasib ada budak lelaki yang offer nak tolong.. dah banyak kali dah motor ni buat hal ntah nak suh tukar baru kot.. hewhewhew.. maka bermulalah episod pening nak guna duit.. harap harap pm kita umum banyak la dapat bonus raya tahun ni.. #jangankaumimpi haha..

Semalam pulak sempat ke bazar ramadhan dan menu berbuka adalah nasi kerabu, satay dan air soya sahaja.. bolehlah sebab malas nak merempuh orang ramai yang macam tak reti nak balik.. makin gelap makin ramai pulak orang.. haha.. jadi elok pusing yang dekat dekat je tak payah nak berghasak ngan orang ramai.. lagipun bagi peluang lah dekat keluarga yang ramai tu.. mungkin diorang nak beli untuk anak anak.. kita yang bujang ni makan simple simple je.. haha

Ok lah.. itu saja coretan kali ni.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga ibadah kita kali ni diterima dan diberkati oleh yang maha esa.. In Sya Allah.. 



Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak ikhlas dari hati..





May 01, 2017

Selamat Hari Pekerja - 1 Mei 2017




Assalamualaikum & Hi






Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga Malaysia dan selamat bercuti.. Alangkah ajaibnya kepada mereka yang masih bekerja dihari pekerja.. Tahniah buat mereka mereka yang masih sanggup bekerja walaupun adanya hari untuk kita bercuti dan merehatkan diri ini.. Kekadang macam tak adil tapi memang begitulah tuntutan kerja.. tak kerja kang tak berkembang plak business dan ekonomi kan.. Apapepun tahniah buat anda dan selamat maju jaya..

Hari ni saya sepatutnya dapat lah nak keluar nak kemana mana tapi paham paham jelah klu cuti ni nak kemana pun sesak.. lebih lebih lagi dekat KL ni klu keluar ke mana mana pun penuh dengan pelancong dan warga asing.. Tapi alhamdulillah cuaca hari ni tak hujan kan.. hanya beberape tempat sahaja.. tapi elok saja kiranya kita berehat tido kat rumah.. lagi afdol katanya.. kahkahkah.. *cara nak mengelak duit habes je.. hehe..

Oh ye.. hari ni tragedi pulak lutut lebam sebab jatuh kat bilik air.. licin.. hukhuk.. dah agak dah klu tak hati hati memang terjatuh kat situ tapi dah nak wat cane.. kadang kita tak terfikir pun benda tu nak jadi kan.. sabar k.. dari pagi tadi lebam petang ni dah nampak surut sikit tapi masih biru.. huhuhu..

Thats all for today.. Ramadhon is coming.. Tinggal sari lagi nak ganti puasa hah.. Syukur syukur.. Alhamdulillah.. 



Once again.. Happy Workers Day!! Work smart work hard.. 
Bye!!









April 14, 2017

Happy Friday!



Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah, Jumaat datang lagi.. Penghulu segala hari semoga diberkati hidup kita hendaknya.. Amin.. Dalam 2 3 hari ni banyak plak bermain dengan emosi.. emosi di tempat kerja dengan orang tempat kerja dan sewaktu dengannya.. Macam macam hal lah.. duniawi oh duniawi.. Allah nak menguji tahap kesabaran dan keimanan hambanya.. Semoga aku tetap tabah Ya Allah..

Semalam masa ondaway ke tempat kerja ada satu kemalangan berlaku di tepi jalan yang mana sememangnya jalan tu dah biasa jem.. lagi lah bertambah sesak kat ctu.. Masa lalu tu Allah.. rasa ngeri nak tengok tapi nasib lah ramai yang datang menolong.. motor sama motor.. mungkin jalan licin atau bawak laju.. entahlah.. Pagi tadi nak balik ada lagi kemalangan kali ni motor dengan kereta.. Banyak plak eksiden sejak kebelakangan ni.. Allah, berat sungguh ujian bagi pemandu pemandu kenderaan ni.. silap langkah sikit bawak kepada kemalangan.. Mintak dijauhkan..

Jadi diminta kepada semua supaya sentiasa berhati hati tak kira anda ni bawak slow atau laju.. terlampau slow pun menyusahkan tapi jangan lah terlalu laju.. jaga had memandu dan amalkan sikap bertoleransi di jalan raya.. yang penting kita sampai dengan selamat k.. In Sya Allah..

Di hari Jumaat yang baik ni marilah kita bersama sama berfikir secara positive dan cuba elak dari perkara buruk berlaku.. Kadang kita dalam hidup kene lah sensitif dan peka dengan persekitaran.. Jaga tingkah laku dan mulut yang boleh membawa binasa.. Allah sayang orang orang yang berbuat baik.. In Sya Allah saya dan anda tergolong di dalam kalangan yang baik itu.. Amin..






Chill and cool people.. Love yourself!!






April 10, 2017

Mula Ganti Puasa



Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu di blog yang tak seberapa ni.. Ape khabar anda anda semua.. harap sihat sihat aje ye.. Ok lah hari ni saya dah start ganti puasa.. In Sya Allah tak lama lagi dah nak masuk waktu berbuka.. Walaupun orang lain dah lama habis ganti puasa dan sibuk buat puasa sunat kita masih lagi menggantikan yang wajib.. Alhamdulillah.. yang mana mana pun boleh asalkan dahulukan yang wajib.. hehe.. Rasanya masih belum terlambat untuk kita menggantikan puasa kawan kawan.. Jom jom.. meh kita puasa.. haha..

Ok, ni saya sertakan niat untuk ganti puasa k.. 






Ringkas sahaja.. Jangan lengah lengah lagi kakak kakak adik adik.. 
Ok lah nak kuar bli makanan lah kejap lagi.. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat k.. Amin..






Selamat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.. 






April 05, 2017

Wordless Wednesday



Assalamualaikum & Hi






Be Somebody..




April 04, 2017

Syamel - Lebih Sempurna




Assalamualaikum & Hi






 Lirik Lagu- Lebih Sempurna 


Ombak laut, angin bayu
menemaniku dikala terkenang dirimu

Manis indah dalam cinta
tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana dia

Bertahun sudah kita bersama
hanya dusta sebalik setia
kau biarku derita
menangis di dalam jiwa

Kau terluka akulah peneman
kau bahagia aku ditinggalkan
mudahnya kau berubah
sepiku berteman air mata

Berlalulah kau masa
aku tidak berdaya
temukannya yang lebih sempurna

Bertahun sudah kita bersama
hanya dusta sebalik setia
kau biarku derita
menangis di dalam jiwa

Kau terluka akulah peneman
kau bahagia aku ditinggalkan
mudahnya kau berubah
sepiku berteman air mata

Berlalulah kau masa
aku tidak berdaya
temukannya yang lebih sempurna
temukannya yang lebih sempurna
temukannya yang lebih sempurna











April 01, 2017

Hello April




Assalamualaikum & Hi






Bismillahirrahmanirrahim..


Punyalah lama tak menaip.. lemau btol tuan blog ni.. haha.. Ape nak jadi ape nak jadi sampai sekarang tak kawin lagi.. ehh.. terover pulak.. Takpelah, oleh kerana dah masuk bulan April marilah kita tanamkan azam nak rajin berblog.. tapi tak tahulah azam ni menjadi ke tak.. kita tanam dulu nak tengok berhasil ke tak.. kahkahkah..


Hello April.. Annyeong!! Be nice to me.. 


Baiklah plan bulan April ni macam mane??.. rasa rasa macam nak plan bervacation jerk.. tapi tak tahu kat mana.. tepi pulau kah, tepi pantai kah atau atas katil jerrr.. lols.. kadang semangat memula jer nak bercuti last last balik duk umah je.. malas nak pk pk kan.. hahah.. teruk bebeno.. 

Bulan lepas hari jadi iolls dan sempatlah menyambut hari jadi dengan kekakak kitew dekat Johor.. Alhamdulillah walaupun sederhana ada lah kenangan untuk disimpan.. Thank you Allah for every moment and every breath i take.. Semoga hidup ini sentiasa diberkati dah dirahmati oleh mu Ya Allah.. Amin..






Jadi moh la kite pk pk nak bercuti ke mana.. asyik keje mengadap telefon je kan.. boring gak uolls.. Ok lah.. see u soon! Bye!! 


Goodbye March! See u next year!!





March 08, 2017

Status Baru Whatsapp




Assalamualaikum & Hi



Sesape kat sini yang dah update whatsapp mesti dah tahu kan yang wasap dah bertukar wajah baru terutama bahagian statusnya yang dah jadi macam insta story.. sebenarnya insta story ni pun boleh dikatakan baru lagi dan bagi saya memang jarang lah nak guna insta story ni.. Ini kan lagi status baru dekat wasap tu yang dah jadi macam tak best nak update selalu.. Biasa klu bukak wasap mesti nak tengok status contact kita kan.. tapi sekarang sejak dah jadi insta story ni macam dah tak best lah nak buat status kita atau tengok status orang.. setuju tak?? macam dah jadi informal gitu sebab wasap ni kan memula nampak macam formal dan sesuai untuk chating kan.. 

Oleh kerana niat nak try guna status wasap baru ni saya pun dah try up satu gambar dekat wasap status semalam iaitu.. taraaa.. gambar Logan for the last film.. actually last film by Hugh Jackman berlakon sebagai watak Wolverine dalam Xmen.. huhuhu.. sedih seh tengok filem Logan lagi lagi part last dia mati tu.. macam tak best mutant boleh mati sedangkan diorang ni ada kuasa hebat kot.. tak tahulah pengarah sengaja nak tamatkan watak wolverine ni tapi memang dah tak best klu takde wolverine dalam Xmen dan klu ada pun Hugh Jackman dah tak pegang watak tu.. sobs sobs.. 




Goodbye Wolverine.. I Will Always Remember You.. 




Hugh Jackman Last Goodbye as Wolverine..



Hah tulah ceritanya pasal wasap status saya sekarang.. tapi lepas dah pandai guna ni sebenarnya takde lah lemah sangat penggunaan jenis insta story ni.. quite good la tapi kadang nak up status tu macam pk dua tiga kali sebab expired pun dalam masa 24 jam sebijik macam instagram.. klu dulu status wasap kita boleh kekal sampai bila bila kan selagi kita tak tukar.. hahah.. What do you say?? 



Dont forget to watch Logan final story k! Fighting!





February 09, 2017

Rain & Kim Tae Hee Officially Married




Assalamualaikum & Hi






Its not too late to congratulate this couple of the year Rain & Kim Tae Hee, Happy Married life and Kioron Cukahae.. Im not the big fan of them but of course both was so famous in Korea.. Rain, world star that can sing, dancing and great actor too.. I've known him before he leaves JYPE and now already has his own record and company.. I've only love his acting in Full House drama with Song Hye Kyo.. and I know he is popular with song title "Rainism" if I'm not mistaken.. 

For Kim Tae hee, I've known for her playing second lead role in Stairway To Heaven and also popular with drama Love Story in Harvard.. This two drama was famous during Winter Sonata and Autumn in My heart.. I know you have watching all of this favorite Korean drama right?? yeah.. I love the old story compared to new one.. Maybe I'm old enough to watch new korean drama with new actor and actress.. hahah..

Thats a simple introduction of them.. They already got married on 19th January 2017 after 5 years of dating.. All I know they already go to honeymoon in Bali, Indonesia and maybe right now all of their fans are waiting for great news of their baby soon.. aww.. their baby must be dead gorgeous like their parents.. heheh.. 

I just hope they have a good time together and wish them a happy married life.. Kioron cukahae!!






Hengbokkaseyo Rain & Taehee shi!!!





Makan Keropok Lekor Je Harini




Assalamualaikum & Hi




Keropok Lekor Special



Alhamdulillah.. masih bernafas lagi di atas muka bumi Allah yang tercinta ni.. Hari ni nak kongsi lah sikit pasal pemberian yang tak seberapa dari kakak opis kita iaitu keropok lekor khas dari Terengganu.. Honestly speaking dah lama tak makan keropok lekor yang macam ni.. yelah, kat tengah tengah KL ni mane ada orang jual pure kopok lekor.. klu ada pun mana lah sempat nak beli beli.. haha.. maklumlah hidup bujang.. takde masa nak pergi pasar godek2 barang ape yang ada.. makan mana ada je.. sadis.. hahah..

So, hari ni habiskan lah keropok lekor ni sebelum hilang rasanya.. tau tau lah klu benda ni simpan lama lama dalam peti pun jadi dah tak sedap.. kan.. Tapi lepas goreng tadi alhamdulillah sedap lagi dan tak rasa gatal.. bolehlah.. Inilah yang dikatakan rezeki.. "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".. heheh.. Mungkin lah lepas ada bertekak sikit kat dalam group wasap akak tu kesian tengok kitew.. hewhewhew.. Thank you for her lovely gift.. hehe.. kenyang kitew..



Thats All.. Happy Thaipusam Holiday guyss..