June 10, 2017

Blogger Shea Rasol Meninggal Dunia




Assalamualaikum & Hi






Rasanya rata rata pengikut arwah dah tahu tentang pemergian Shea Rasol.. blogger terkenal dengan fashion dan gaya hijab dan trend terkini di Malaysia.. Dia pergi pada hari jumaat iaitu semalam pada bulan ramadhan yang mulia ini.. Arwah mengidap penyakit kanser dan agak terkejut jugak dengan berita ni sebab memang selalu bukak blog beliau nak tengok perkembangan terkini dan berita penyakit ni pun ada diberitahu di blognya sendiri.. 

Semalam masa buka instagram ternampak arwah post tentang pemergian seseorang memula tu ingatkan kakak shea rupa rupanya tu post dari adik beradiknya yang lain mungkin adik atau saudaranya sendiri.. pastu ingatkan dia ok lagi rupanya dia sendiri yang telah pergi.. Ramai gak yang like dan post di facebook termasuk blogger terkenal yang lain.. yelah sebab shea ni pun memang dah ada line business dan blog sendiri.. selalu jugak bertemu dengan blogger famous lain dan pernah menjadi pengacara dekat tv.. kira ikon besar jugak dalam dunia fashion cuma beliau masih muda dan tengah mengukuhkan lagi business beliau kan..






Bercakap tentang shea rasol ni saya memang suka cara dia berfesyen memang kene dengan gaya dan semua nampak cantik bila mata ni memandang.. rasa macam nak pakai semua yang dia pakai.. haha.. pastu ada jugak tengok baju baju yang dijual memang banyak yang menarik cuma tak sempat lagi nak membeli sebab tengok macam stoknya terhad.. tapi saya memang suka gaya dan cara pemakaian shea ni sebab tu selalu follow dia di insta dan blog.. 







Buat keluarga, kenalan dan kawan rapat beliau diucapkan salam takziah.. Sama macam saya diduga dengan kematian ayah bulan lepas.. tak siapa inginkan perpisahan namun takdir hanya Allah yang menentukan.. Banyak banyak bersabar dan berdoa semoga arwah tenang di sana.. Ayah.. aku merinduimu.. AL FATIHAH..






No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥