Assalamualaikum & Hi
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu dibulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.. Setiap tahun macam macam kenangan dengan bulan ramadhan namun diharapkan tahun ini lebih indah.. Tahun ni kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian ayah yang kami kasihi.. beliau pergi meninggalkan kami pada tanggal 17 Mei 2017.. berita yang sangat mengejutkan dan kami redha dengan pemergiannya.. Ayah, kami tahu ayah penat dengan dunia dan dah sampai masa ayah pergi mengadap ilahi.. semoga ayah tenang di sana.. Amin..
Al fatihah..
Tahun ni raya pun mungkin bersederhana sahaja.. In sya Allah semoga segalanya dipermudahkan.. Amin..
Semalam 1 Ramadhan.. motor pulak dah buat hal tak boleh nak start.. nasib ada budak lelaki yang offer nak tolong.. dah banyak kali dah motor ni buat hal ntah nak suh tukar baru kot.. hewhewhew.. maka bermulalah episod pening nak guna duit.. harap harap pm kita umum banyak la dapat bonus raya tahun ni.. #jangankaumimpi haha..
Semalam pulak sempat ke bazar ramadhan dan menu berbuka adalah nasi kerabu, satay dan air soya sahaja.. bolehlah sebab malas nak merempuh orang ramai yang macam tak reti nak balik.. makin gelap makin ramai pulak orang.. haha.. jadi elok pusing yang dekat dekat je tak payah nak berghasak ngan orang ramai.. lagipun bagi peluang lah dekat keluarga yang ramai tu.. mungkin diorang nak beli untuk anak anak.. kita yang bujang ni makan simple simple je.. haha
Ok lah.. itu saja coretan kali ni.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga ibadah kita kali ni diterima dan diberkati oleh yang maha esa.. In Sya Allah..
Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak ikhlas dari hati..
No comments:
Post a Comment