Assalamualaikum & Hi
Alhamdulillah selesai berpuasa untuk hari ke lima.. Dugaan berpuasa macam biasa, berlapar dan dahaga tapi tetap bertahan sampai ke akhir.. hehe.. Menu berbuka hari ni adalah di KFC.. Plan nak berbuka dengan tomyam dan nasi tak menjadi sebab tempat yang sedap tu jauh memandangkan hari pun mendung nk hujan kul 7 tu jadi dibatalkan hasrat nak makan kat kedai.. Jadi pilihan tempat yang biasa adalah di Tesco.. haha.. Jadilah dari tak makan langsung kan..
Hari Ahad ni mencabar sikit nak cari tempat duduk sebab ramai keluarga yang singgah makan kat sini.. Tapi alhamdulillah banyak sikit kaunter bayaran bukak dalam Tesco hari ni.. biasa beratur panjang dan casher pun tak ramai.. mungkin sebab hujung minggu kot.. diorang siap standby orang bukak kaunter kan.. Oleh kerana foodcourt tu ramai orang jadi terpaksa la batal nak makan nasi ke sup ke.. Tengok KFC lengang jer.. jadi makan la kat situ.. Da selesai, masuk shopping barang kat dalam pulak.. Macam biasa cari jajan, beli stok sabun dan barang keperluan lain.. Walaupun gaji da lama masuk tetapi duit pun da berkurang sebab da bayar itu ini kan.. Berjimat sebelum melarat tema hari ini.. hehehe..
Tak lama lagi da nak masuk bulan Ramadhan al mubarak.. Tak sabar rasanya nak berpuasa dan beraya kat kampung sebab turn saya kali ni dapat beraya di kampung.. Tahun lepas memang sedih dan pilu gitu tak dapat balik.. Jadi kali ni peruntukan cuti tahun tu lebih untuk raya la.. hehe.. Balance simpan mane tau nak bercuti tempat jauh pulak kan.. da lama ni tak bercuti cuti malaysia..
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba buat semua.. Kaum wanita yang tengah ganti puasa macam saya tu sempat lagi nak berpuasa.. jangan last last minit k.. hehe..
Assalamualaikum..Selamat Malam..
No comments:
Post a Comment