Assalamualaikum & Hi
Biasa klu tengok selebriti pompuan tak ramai yang suka menggayakan rambut pendek kn.. jarang sekali boleh tengok diorang tampil dengan rambut pendek.. Tapi ada jugak selebriti terkenal yang suka tampil dengan rambut pendek.. Lagipun da boring dengan rambut panjang ape salahnya tukar style pendek pulak.. hehe.. Tapi bagi saya klu selebriti pompuan ni lebih ayu dan anggun dengan rambut panjang.. Masuk dengan style mane mane fashion kan.. Klu rambut pendek ni kene pakai jeans atau lebih casual atau sporty lebih sesuai klu nak bergaya.. tapi klu dah nama selebriti pakai apa pun tetap jadi pujaan peminat kan.. Ikon fesyen gitu..
Meh kita tengok antara selebriti selebriti yang pernah dan sedang berambut pendek.. Ni hanya survey diri sendiri buat takde kene mengena dengan sesape yer.. hehe
1. Victoria Beckham
Victoria Beckham ni selebriti paling popular dengan jenama fesyen sendiri, selalu tengok dengan rambut pendek macam ni.. Suka tengok cara die style kan rambut dengan fesyen baju yang die pakai.. nampak stylo gitu.. haha..
2. Goo Junhee
Pelakon wanita Korea ni memang dilabel fashionista oleh peminat peminat yang merasakan gaya rambut pendeknya paling cantik dan sesuai berbanding pelakon pelakon lain.. haha.. Pernah terbaca artikel pasal Junhee yang dikatakan artis paling cantik berambut pendek.. Die ni kenal masa join We Got Married dengan 2AM Jinwoo.. Bukan setakat cantik dan pandai belakon, malah ketinggian lebih pada model dan pandai bergaya ikut trend.. hehe..
3. Park Seyoung
Park Seyoung ni 'Virtual Wife' Wooyoung dalam WGM season 4.. Dikatakan oleh wartawan yang menemubual Wooyoung mengatakan rambut pendek macam ni adalah ciri ciri wanita kesukaannya.. Tengok tu, rambut pendek pun jadi kegilaan lelaki kat luar sane tau.. hehe.. Pendek dan ada wave.. Memang sesuai dengan gaya Seyoung dan klu sesiapa yang tengok WGM musim diorang belakon macam macam gaya rambut pendek die buat khas untuk virtual husband Wooyoungie.. So sweet la diorang ni.. heheh..
4. Rihanna
Cantik tak rambut pendek macam ni?? Rihanna ni memang suka fesyen fesyen ganas.. sape follow insta die tau la macam mane gaya die berfesyen dan bergambar.. haha.. Bagi saya rambut ni terlalu pendek macam lelaki.. Tapi sesuai la dengan gaya wanita yang suka lasak dan rimas dengan rambut panjang.. haha.. jangan botak terus sudah.. tak lawoo nanti..
5. Cameron Diaz
My fav actress, Cameron Diaz ni jarang tampil dengan rambut pendek tapi lawa jer dengan rambut macam ni.. hehe.. Suka tengok lakonannya dalam filem Charlize Angel.. Kadang kadang watak bergaduh pun sesuai dengan die walaupun cakap suara lembut jer.. haha..
6. Jennifer Lawrence
Pelakon wanita yang popular dengan filem Hunger Games ni sekali tampil dengan rambut pendek memang nampak lain bebenor rupanya.. jadi tak cam pulak.. haha.. dalam filem tak nak plak rambut pendek.. mungkin sesekali die nak ubah style kan..
7. Scarlett Johanson
Pelakon wanita paling disukai ramai lelaki dan memegang watak Black Widow dalam Avengers baru baru ni tampil dengan rambut pendek ala ala Miley Cyrus.. Korang rasa ok tak?? Ramai yang kata Is that Miley?? LOL.. sangat tak sesuai la.. yang da elok rambut panjang cantik dibuatnyer jadi macam tu.. haha.. sebelum ni rasanya tak terlalu pendek dan curly sikit.. Mungkin gaya ni memang tak sesuai dengan die kot.. please change it Scarlet!!
8. Sooyoung SNSD
Finally, penampilan terbaru Sooyoung dengan rambut pendek.. Katanya persediaan untuk comeback bulan depan.. biasala klu group comeback je mesti ada perubahan style, rambut nak pendek ke, kaler ape.. Kekadang peminat saje viralkan benda kecik sebab nak perhatian..haha.. Tapi Sooyoung ni memang da lama gayakan rambut pendek sejak lagu Gee lagi.. hehe
Okeh.. Thats all for my ranking.. Maaf klu ada yang tak tersenarai dalam list di atas.. sekadar perkongsian sahaja.. kehkehkeh
Sebenarnya entry ni bukan saja saja tau.. kiter sebenarnya baru baru ni baru je potong rambut pendek sebab tu nak up entry pasal rambut pendek orang ni.. hahaha.. sajer je gedik kan.. Actually, short hair is awesome!! da tak payah nak sanggul sanggul rambut ble g kerja, tengok rambut gugur pun tak bape rimas sangat dan shampoo pun jimat sikit.. hahaha.. Jadi, are u ready for short hair?? ask ur self! hehe..
Good Night!!
No comments:
Post a Comment