Assalamualaikum & Hi
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala umat manusia yang diberi wahyu dari Allah sebagai pelengkap jalan untuk manusia menuju ke arah cahaya dan sinar yang sebenar iaitu Islam. Bersyukur dengan adanya Nabi Muhammad s.a.w. maka seluruh umat islam boleh mencari keredhaan dan ketenangan untuk beribadat kepada Allah swt. Hari ini hari istimewa untuk kita berbanding hari biasa kerana Nabi Muhammad telah lahir untuk memimpin umat islam. Jadikan baginda satu contoh yang sangat baik dan terunggul untuk diikuti sepanjang zaman.
Sedikit pengenalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w:
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal. Ibu baginda bernama Aminah Binti Wahb dan ayahnya Abdullah. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun dan menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susuan) bernama Halimahtus Sa'adiah. Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
Diantara langkah untuk mengingati Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan memperbanyakkan selawat. Ini kerana, dengan berselawat nescaya kita memperoleh syafaat darinya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Contoh syafaat2 yang diberi:
- Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
- Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
- Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
- Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
- Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
Oleh itu, rajin la berselawat yer rakan2.
Akhir sekali, pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w kepada umat-umat manusia sekalian:
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Semoga segala teladan dan panduan dari Nabi Muhammad ya Rasulullah dapat diikuti dan direnungi bersama.
Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam. Ingatlah segala yang datang dan segala yang pergi hanya dari Allah dan segala yang buruk datang dari kita, segala yang baik datangnya dari Allah.
Muhammad ya Rasulullah, jasamu akan ku kenang selama-lamanya
4 comments:
salam maulidur rasul utk kamu..
wlupun dah lmbt 2hari.. huhu..
br skang sempat melawat teman bloggers.. =)
moga2 dapat kita ambik sedikit iktibar..
time kasih chinatsu & aufirhan..hehe..
thx ngn entry awak ni.
selawat ke atas nabi kita...:D
Post a Comment