February 14, 2011

Lo ve is Cin ta



Masuk saja bab cinta mesti ada yang terfikir cinta ni suci, sejati, agung, tiada tandingan, si dia yang paling saya sayang dan macam macam lagi lah. Bagi sesetengah yang bercinta memang asyik dan dibuai rindu la katakan contohnya semalam baru jumpa hari ni da rindu. Rindu rinduan la katakan.

Yang tu cinta.

Putus cinta pulak dikatakan sangat perit untuk ditelan contohnya da lama kami berkawan tapi tup tup si dia beralih arah (macam tukar angin da) kepada yang lain. Yang tu baru kes orang ke 3 belum masuk 'kekasihku curang', 'kekasihku playboy', 'suamiku suamimu jua', dan macam macam lagi lah. Perit nak cerita.

Tapi cinta bagi saya bukan setakat cinta putus cinta putus dan bercinta lagi. Saya rasa kita sendiri yang laluinya perlukan masa untuk mengenali erti cinta yang sebenar. Selalu saya terfikir, kalau cinta boleh bawa kepada bahagia, cinta juga yang bawa kita derita. Kalau tak mahu derita pendek cerita tak usah kenal cinta dan tak payah bermain dengan cinta.

Saya nak ambil kata kata ni.

Love Sets us Free

Bila betul betul kita kenal cinta, barulah kita tahu yang cinta itu boleh mendamaikan kita. Jangan mengharap cinta yang tak pasti dan jangan memaksa untuk bercinta. Ia akan datang dengan sendiri bila kita faham apa itu cinta.

Mungkin hari ini kita sendiri tapi esok tak siapa tahu. Biarlah kita sendiri yang mengerti maksud cinta supaya cinta tu boleh di bawa sampai mati.

Selamat hari kasih sayang buat keluarga dan rakan rakan blogger. Semoga bertambah kasih sayang yang ada supaya tiada lagi benci dihati kita.

Peace..


No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥