Assalamualaikum & Hi
Tuan blog kembali selepas hampir 2 minggu bercuti raya tak hengat dunia ko.. Baru ni nak update blog.. hehe.. Acaner rayer anda semua?? mesti meriah kan.. Alhamdulillah.. Minggu lepas hari Jumaat tempat keje ada buat jamuan raya sikit untuk staff staff kesayangan.. Kami kat sini campur semua unit baru nampak ramai dan meriah.. Sebenarnya kat kem ni da lama takde wat jamuan.. baru tahun ni diorang wat setelah sekian lama.. mungkin sebab tak cukup bajet atau takde orang yang nak involve sebelum ni kan..
Berbalik pada jamuan hari tu, kami antara yang terawal sampai kat dalam dewan.. Time tu takde sape pun lagi.. ditambah pulak dengan hujan lebat petang tu.. Lagi la susah nak nampak orang datang awal.. kteorang je yang bersemangat waja datang awal nak g makan.. haha.. Sambutan kat dalam dewan tu pulak nampak meriah dengan lampu lampu liplap raya siap dengan decoration lagi setiap gerai.. Mungkin sebab ada pertandingan hias hias gerai jadi masing masing pun hias cantik cantik kan.. Suasana tambah meriah dengan kami semua yang berbaju kurung dan baju melayu raya.. hurm.. masing masing.. segak noh..
Suasana dewan
Masa mula mula sampai tu kedengaran lagu raya yang dipasang oleh DJ jemputan khas.. tak tahu dari mana.. haha.. Memang feel raya tu datang balik lepas dengar lagu raya.. Klu sesape yang rasa kurang feel nak raya baik dengar lagu raya.. konfem semangat balik.. kan kan.. Cuba bayangkan kat negara kite ni takde lagu raya.. mesti bosan kan.. hehe..
Tapi yang tak seronok didengar hari tu diorang ada wat sesi karaoke.. Bab karaoke ni la yang malas nak dengar, bukan ape sebab yang nyanyi tu bukan penyanyi kan.. jadi sume nak test suara jer.. sedap tak sedap belakang kire.. kite yang dengar ni la duk gelak gelak dengar diorang nyanyi tempo ke laut.. hehe.. Biasala, tak karaoke tak sah.. nak hidupkan suasana raya gitu.. hehe.. tapi klu orang offer nak nyanyi tak memang tak la.. shy shy cat gitu.. haha..
Lepas je sesi bacaan doa, semua bangun serbu gerai gerai makan yang ada.. Saya mula mula amik ketupat, rendang ayam dan lemang.. Memang lama da tak makan sebab raya aritu rumah takde wat ketupat rendang pun.. Jadi ambik la 2 3 ketul.. memang sedap la makan time time raya ni.. Juadah utama la katakan..
Ketupat, Lemang & Rendang
Second session (gitu) g amik pulak nasi beriani ayam.. Tak menyempat nak snap gambar terus jer makan.. hahah.. tapi memang sedap jugak.. kenyang untuk makan tengah ari aritu.. kenyang pulak sampai ke malam.. Alhamdulillah, rezeki tahun ni.. hehe..
Kuih Raya
Last sekali amik la kuih kuih yang ada.. masa tu da tahap tak leh nak masuk da.. jadi makan slow slow mana yang ada.. hahah.. Tapi bukan nak kata la.. mane mane event pun mesti ada lack kan.. Jamuan ni rasanya yang handle tu tak sempat nak fikir kot minuman ape yang sesuai nak hidang.. yang saya nampak ada tea panas jer.. ais memang tak nampak aritu.. tak tahu la diorang sorok ke tak tapi klu dah jamuan ajak orang ramai sediakan la ais sekurang kurangnya wat sirap ais.. bukan nak demand tapi sape yang minum tea panas tengah tengah arini? boleh je tapi macam tak sesuai.. haha..
Lagi satu, makanan aritu banyak yang tak berape sedap dan diorang buat sikit bujet bujet 10 orang je makan.. yang datang 100.. acano tu.. tak sampai 15 minit nak g amik makanan da habis.. mungkin modal tak cukup kot.. fikir positif jelah.. lagipun orang da bagi makan free kan.. nanti orang kata tak bersyukur pulak.. hehe.. redho jerlah.. makan mane yang ada.. yang ada tu pun da cukup.. Alhamdulillah..
Selesai jamuan kite pun balik la dengan kenyang perut senang hati.. Harap harap tahun depan ada lagi la wat jamuan macam ni lagi yer boss.. boleh merasa ketupat lemang nasi ni semua.. Kat tempat keje anda macam mane pula??mesti lagi meriah kan.. cewahh..
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!!
No comments:
Post a Comment