August 18, 2015

Imej Zizie Ezette Bertudung




Assalamualaikum & Hi





Jom kite menaip entry seterusnya.. Tadi bukak FB tengok artis wanita melayu kite iaitu Zizie Ezette da tampil dengan imej bertudung.. Alhamdulillah.. cantik sangat.. kalau betul seperti yang dikhabarkan alangkah bagusnya kan.. lagipun kita ni bukan senantiasa muda, makin tua dan perlukan perubahan positif dalam hidup.. cewah.. sama sama kite ke arah yang lebih positif k.. (positip ke aku?? haha) 

Semakin bertudung dan menutup aurat seseorang itu semakin cantik dan terurus lah ia dari luaran.. In Sya Allah dalaman pun akan seiring.. sape tau kan.. berubah bukan boleh mendadak.. slow slow pun da kira ok.. Tahniah untuk beliau..



        


Berbalik pada cerita Zizie tadi, saya ni memang suka tengok die berlakon masa die kecik lagi dan saya pun masa tu dekat sekolah lagi.. Klu bintang filem saya minat akak paling gojes kak Erra Fazira, dekat dalam drama televisyen pulak saya minat Zizie Ezzete ni.. Paling suka drama yang die jadi cikgu ajar budak budak Bahasa Inggeris guna lagu Westlife.. haha.. memang lucu cite tu.. Da lama tak tengok die berlakon kan.. Teringat pulak masa kat sekolah tengok drama drama melayu.. sekarang banyak adaptasi novel.. macam nak muntah pun ada.. kau hadoo?? haha.. mane taknye, suami ku si kuda laut lah, isteriku 200% tak cantik lah.. macam macam.. hahaha.. Jangan marah yer akak akak producer.. i bukan retis.. jangan kecam i.. haha..






Dikhabarkan Zizie ni bertudung selepas balik dari umrah dan baru baru ini beliau telah pun mengambil anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.. benda baik ape salahnyer kan.. Didoakan semoga keluarga beliau dipanjangkan umo murah rezeki dan dikurniakan cahaya mata tak lama lagi.. mesti anak putih melepak sebijik macam mak die kan.. macam kuih pau.. hehe.. Tahniah untuk penghijrahan baru beliau..


Thats all..

Adios mucacas mi hermanas..


Sumber: http://www.rotikaya.com/






Leave your comment here ♥ Sarangheyo Lovely ♥