August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka 2015




Assalamualaikum & Hi





Luangkan masa sekejap untuk kita menghormati dan memperingati hari kemerdekaan Malaysia yang ke 58.. Hari bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia di mana negara kita berjaya mencapai kemerdekaan dan bebas dari penjajah.. 

Malaysia dulu dan kini dah banyak berbeza.. dulu rakyat dan pemimpin bersama sama merasai dan menikmati erti kemerdekaan.. sekarang? tepuk dada tanya selera.. banyak perselisihan faham dan agenda politik sehinggakan semangat patriotik dalam diri makin pudar terutama buat anak anak muda yang bakal mewarisi negara.. Agenda kerajaan sekarang dah berlainan dengan dulu.. mungkin dah terlalu lama hidup bebas?? Harap harap pemimpin sedar apa yang betul betul rakyat inginkan.. kita kan sudah merdeka..

Malaysia, oh tumpahnya darahku.. 

Waktu sekolah dulu selalu nyanyi lagu "Negaraku" pagi pagi.. Waktu tu masih remaja dan belum terfikir akan kesusahan dan kepayahan pemimpin dahulu mengecap kebebasan untuk berada dalam negara dan bebas dari segala bentuk penjajahan.. Sedar tak sedar, makin banyak bentuk penjajahan yang kita hadapi kini termasuklah dari segi sistem pentadbiran, sistem perundangan dan sebagainya.. Kita sebagai rakyat yang sudah dewasa sepatutnya sudah mula berfikir bagaimanakah caranya untuk kita mengekalkan keamanan negara.. Aspek politik, undang undang jenayah yang lebih ketat dan kurang bersifat perkauman harus dititik beratkan.. Sama samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri demi bangsa, agama dan negara..

Eh, panjang lebar pulak bersastera di hari merdeka ni.. padahal hari ni duk relex kat umah jer.. haha.. bukan tak bersemangat nak sambut merdeka tapi nak elak kesesatan di tengah tengah jem dan orang ramai.. haha.. 

Satu lagi pesanan saya, jangan bertanya apakah sumbangan negara kepada kita tapi bertanyalah sumbangan kita kepada negara.. kalau mahu negara aman, rakyat dan pemimpin harus bekerjasama dan berusaha menangani segala masalah yang ada.. 

Doakan Malaysia masih aman dan sejahtera.. Amin..







Salam 31 Ogos 2015
Merdeka! Merdeka! Merdeka!





No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥