Assalamualaikum & Hi
Walaupun dah agak terlambat nak ucap selamat hari merdeka tetapi tetap bersemangat gak nak taip entry ni memandangkan internet pun laju dan masa pun ada sekarang.. haha.. begitu kejam hamba kerana meninggalkan blog ni terlalu lama.. huahuahua.. nak wat macam mana.. mood takde.. hukhuk..
31 Ogos tarikh berkeramat buat seluruh rakyat Malaysia.. berhashtagkan "Sehati Sejiwa" tahun ni.. Alhamdulillah Malaysia telah berjaya ditahap sekarang walaupun banyak cacat dan celanya.. kita tetap masih berbangga dan merasakan bahagia lahir di tanah air yang merdeka ini.. tidakkah kita bersyukur? Alhamdulillah sekali lagi..
Malam merdeka sempatla dengar amanat PM kita yang hanya diperdengarkan melalui radio sahaja sebab tak keluar pun sambut merdeka tengok bunga api.. haha.. Dalam banyak banyak ucapan beliau tu satu jer yang sedap didengar iaitu pencapaian jaguh badminton negara kita Dato Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat Perak dalam acara badminton berseorangan di Rio baru baru ini.. Begitu sedih dan terharunya bila menyebut kejayaan beliau itu.. walaupun kalah tak dapat pingat emas Malaysia tetap berbangga dengan kejayaan mu.. Malaysia boleh!!!
Masuk 31 Ogos sempat la bangun pagi dengan hasrat nak ke Dataran Merdeka.. Malangnya sampai dah lambat, acara dan perarakan pun dah habis.. *nanges bucu katil.. Orang berasak asak balik naik lrt kat Masjid Jamek.. bukan jem train tapi jem dengan orang ramai yang langsung tak bergerak.. sampai terpaksa bukak laluan lain untuk mereka yang baru turun dari lrt.. huahuahua.. tula, sape suh keluar hari merdeka.. tak pasai pasai kene menempuh jem orang ramai.. haha..
Papepun sempat la snap beberapa gambar buat kenangan untuk tahun 2016.. klu berkesempatan tahun depan kene la turun awal sikit klu nak tengok perarakan tu kan.. haha.. *sanggup ke nak menempuh orang yang ramai tu?? hashtag bertabahlah rakyat Malaysia.. Yang tak disangka sangka masa berselfie sorang sorang tu ada pulak yang suh kita snap gambar die.. ingatkan kita je yang datang sorang rupa rupanya ada lagi yang tak bawak partner.. kesian.. dah la orang tu macam bukan warganegara.. kita relex jer tak mintak orang amik gambar sebab segan tapi orang lain siap mintak tolong kita.. what the?? rakyat Malaysia pulak malu malu kat negara sendiri.. haha.. dunia dah nak terbalik ke ni?? huhu.. Sabar jelah jemah oiii.. layankan aje.. haha..
Rasanya ni la perarakan terakhir ada Didi and Friends dan yang depan tu tak tau citer ape.. hahah.. semua pun dah balik tinggal sesape yang nak bergambar kat dataran tu je.. masa sampai tu dah dekat 12 tengah hari.. masing masing pun mungkin dah penat so takde dah orang ramai.. kita pun dengan selamber badaknyer bergerak ke tempat lain.. haha..
So, sempat la bershopping di Sogo.. banyak la diskaun diskaun barang sempena merdeka ni.. Oleh kerana hari tu kene masuk kerja malam jadi tengok macam tu jela baju baju yang ada sebab nak kejar masa kan.. dalam pada tu sempat borong satu tshirt dan satu seluar jeans.. haha.. rugi pulak rasa klu pulang dengan tangan kosong kan.. lagipun cek cek duit, duit ot pun dah masuk yang kerja raya hari tu.. lagi la sedap menyopping kita.. haha.. masyukkkk..
Seronok jugak la 31 Ogos ritu sebab dapat kuar g dataran dan beli barang sesaje habiskan duit.. haha.. So, uolls watpe je merdeka ni?? Hari ni boleh pulak mengidam nak makan dunkin donuts.. Macam tahun lepas donut merdeka pun ada design macam ni.. memang sedap sebab pilih yang inti coklat dan krim.. yummm..
Dunkin Donuts
So, tu jelah cerita merdeka 2016 kita tahun ni.. Meriah dan bersyukur dengan keamanan yang ada.. Semoga Malaysia terus aman dan sejahtera tak kira berlainan kulit bangsa dan agama biarlah kita bersatu dan bersama berjuang demi keamanan negara.. Utamakan kesejahteraan barulah Malaysia terus aman dan sejahtera.. In Sya Allah.. Amin..
Salam Merdeka!! Malaysia Tanah Airku!! Sehati & Sejiwa