Assalamualaikum & Hi
Pe khabar semua?? Harap harap semua masih sihat dan baik baik sahaja.. Tiap 1hb mesti tak sabar nak tahu berita kenaikan minyak kan.. lol.. Hah, tu dia minyak naik 15 sen woii.. bukan minyak diesel je naik.. minyak masak pun naik sama.. nasib baik tak naik minyak je sekarang ni.. huhu..
Dengar berita tahun depan tol dan kadar cas pengangkutan udara dekat airport pun naik!! kat Malaysia ni ape je yang tak naik.. semua.. hujan je yang turun.. uwaaa.. yang mana tinggal di bandar memang terasa lah lagi lagi yang dah berkeluarga.. tempat kerja jauh lagi la terasa nak ulang alik isi minyak.. hurm.. entahlah ape nak jadi kat kita rakyat marhein yang serba serbi terpaksa menanggung semua kenaikan harga ni..
Paling latest kepada penjawat awam yang masih berhutang setelah pencen terpaksa melangsaikan hutang dulu klu tidak wang pencen akan ditolak.. agak melampau jugak la klu ikutkan.. konsep hutang ni wajib bayar tapi cuba lah kita fikir klu kita ni berduit dan kaya raya watpe kita nak berhutang kan.. sah sah kita tak cukup duit dan terpaksa berhutang.. Jawabnya memang tak boleh lah nak pinjam mane mane tempat sebab takut nanti tak selesai nak bayar.. huhu.. Dalam bajet haritu PM ada sebut negara tak muflis tapi klu dah macam ni hakikatnya kita dah ke ambang muflis dah ni.. lama lama duk korek duit rakyat ekonomi pun tak berkembang.. lama lama.. ntahlah.. lu pikir la sendiri..
Sebut pasal ekonomi negara ni memang lah tak habis walau hurai 10 muka surat.. haha.. Jadi sekarang ni nasihat saya bawak bawak lah berjimat dan pakai mana yang ada.. nampaknya kene pk macam mana nak tambah duit lagi selain gaji tetap yang ada ni.. agak agak boleh hidup tak klu lama lama macam ni?? huhu..
Kita tolak lah ke tepi sekejap pasal bujet dan ekonomi ni.. Bulan November dah tiba kengkawan.. Bulan depan dah masuk bulan 12!! WHAT!! WHY TIME FLYING SO FAST!! Rasa macam baru je masuk bulan 1 2016 ni dah nak masuk 2017.. cepat sangat aihh rasanya.. ntah dah capai ke belum azam tahun baru haritu.. haha.. jodoh pun masih tak tahu kat mane.. hai jodoh.. kemana kah kamu.. heee..
Last but not least selamat datang November.. walaupun banyak cabaran dan dugaan yang akan datang harap semua masih bersabar dan bertawakal semoga ekonomi kita tak terjejas teruk dan semua dapat hidup aman dan tenteram.. Sama sama lah kita bermuhasabah diri.. Keep Fighting Guys!!
No comments:
Post a Comment