Assalamualaikum & Hi
Berehat sebentar bersama kit kat.. Hari ni off day.. sok keje pagi.. So, harini boleh la sembang dekat blog.. haha.. First of all semua kene chillax cool baru baca entry ni.. ni bukan isu biasa biasa sebab menyentuh soal isu keagamaan dan keperibadian seseorang.. Rasanya ramai yang da tahu especially pengguna tegar internet.. zupp, segala informasi di hujung jari anda sahaja.. google ajer.. haha..
Ni kisah pasal artis malaysia yang baru baru ni mengaku sudah tidak berhijab.. katanya tak nak jadi orang lain.. nak jadi diri sendiri.. ni bukan saya reka yer.. media lain dah lama publish.. haha.. niat kita bukan nak menyebok tapi tempias tu kene la skali sebab ape? sebab kita perempuan dan beragama islam.. kalau bukan islam thats never mind lah nak bukak ape segala benda nak tunjuk kan.. As a public figure macam mana kita bawak diri, perwatakan kita kene lah jaga uolls.. klu tak nak kene kecam jangan lah jadi public figure betul tak.. hehe.. Ni bukan nak menunding jari tapi untuk sama sama bermuhasabah diri..
Sebagai individu yang nak berjaya jangan lah abaikan agama.. kalau rasa kita nak jadi diri sendiri bentuklah peribadi dengan tingkah laku yang baik salah satunya dengan menutup aurat.. ye, ramai yang kata dah tutup aurat tapi mulut macam longkang lah, minum arak lah, main judi lah.. betol tu, tapi semuanya atas diri kita sendiri.. kalau dah tahu semuanya berdosa janganlah lakukannya.. kalau dah terlanjur segeralah bertaubat.. rasanya ayat ni bukan nak tunjuk kita alim dan sebagainya kerana sebagai umat islam kita dah diajar untuk mengikut syariat dan ajaran islam.. tak salah kalau nak menegur tapi biarlah dengan cara yang baik.. In sya Allah.. dia berubah.. Jadi kita doakan jelah agar artis tu segera kembali ke pangkal jalan.. cuba ikut arahan dan ajaran Rasulullah.. klu rasa kita ni umat Nabi Muhammad SAW segeralah mengikut ajaran baginda.. Doa dan cakap yang baik baik sahaja.. Amin..
Isu kedua baru je keluar semalam seorang pengasas kosmetik yang baru sahaja berhijrah tetapi tiba tiba mengalah dengan kata kata jahat dan hasutan syaitan nirrajim.. Astaghfirullahhalazim.. mintak dijauhkan segala macam bentuk hasutan dan bisikan jahat orang.. kita tak nak benda benda jahat selalu datang dekat kita.. perbanyakkan istighfar dan memohon doa kepada yang Esa.. kenapa mesti kita dengar kata kata negatif orang sedangkan kita dah besar dan boleh mengerti mana baik dan mana buruknya sesuatu perkara itu.. Jangan terlalu mengikut perasaan jahat dalam diri.. ni ingatan untuk kita bersama.. dah elok berhijrah mengadap ilahi, buang segala bentuk pakaian yang tidak mengikut syariat, buang benda terlarang dalam diri tapi akhirnya kita biarkan perkara tu datang menghasut diri kita balik.. kenape?? jangan lah kita membelakangkanNya lagi.. kalau rasa dah tak boleh move on cuba bertenang dan banyakkan berdoa memohon petunjuk Allah bukan dengan kembali kepada perkara perkara yang tidak disukai Allah.. Ingatlah kita ni hidup hanya sekali.. banyakkan beribadah dan berdoa moga diberkati hidup di dunia dan akhirat.. Amin..
Alhamdulillah, masa yang dipinjamkan sekejap ni hendaklah kita gunakan dengan sebaik baiknya.. Yang menasihati tidak semestinya dia seorang yang sempurna.. mungkin masih banyak yang perlu diperbaiki.. sekurang kurangnya kita saling ingat memperingati bukan caci mencaci.. nasihat saya sudah sudahlah mengutuk dan mencaci hamba hamba Allah ini.. mereka pun mahu menjadi baik tapi mungkin niat mereka tu telah disalah ertikan.. Semoga kita terus istiqomah jangan memandang sesuatu itu buruk sahaja dan berusaha memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik dan tidak sebaliknya.. Hidup kerana agama dan jauhi segala laranganNya.. Perbetulkan niat untuk berhijrah dan lakukan lah perkara yang disenangi oleh Allah dan masyarakat.. barulah hidup kita aman dan tenteram.. In Sya Allah.. Jangan terlalu mengejar hidup di dunia kerana mati dan akhirat itu pasti..
Sekian..
Yang baik datang dari Allah dan yang jahat datang dari kita sendiri..
No comments:
Post a Comment