Assalamualaikum & Hi
Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi..
Sayu.. Hati ini makin sayu.. Rindu.. Terkenangkan desa permai..
Da mula meleleh air mata..
Haha.. Tapi tahun ni tak sedih sangat sebab cuti da dapat.. Tiket da beli.. Baju raya ondaway nak penuhkan hari hari raya nanti.. hahaha.. pendek kata mood hari raya da tiba!! Tapi esok baru mula puasa ok.. Jangan ponteng ponteng yer kawan kawan esp adik adik yang baru nak belajar puasa.. Masa ni la nak puasa penuh, pahala pun dapat berganda ganda.. Insya Allah.. pasti boleh.. hehe..
Jom Niat Puasa
Niat puasa esok hari:
Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'ala
Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Niat puasa sebulan bulan Ramadan:
Nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta'ala
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Ta'ala.
Doa berbuka puasa:
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksud: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Esok da puasa!!
No comments:
Post a Comment