Assalamualaikum & Hi
Kembali lagi dengan topik menu berbuka di bulan Ramadhan al mubarak ni.. Maaf jika post ini mencabar tahap keimanan anda kerana mungkin anda pun sama macam saya.. tengah berpuasa.. hehe..
Roti John
Dalam banyak banyak makanan dekat bazar ramadhan tu kan menu ape yang anda belum pernah cuba lagi? Saya setakat ni Roti John dan Air Kelapa belum pernah saya cuba lagi.. Sebenarnya banyak lagi juadah berbuka yang tak pernah cuba cuma ni antara menu paling femes orang makan kan.. hikhik.. Rambang mata kot klu pegi bazar.. orang pun ramai.. huhu..
Rasanya ramai yang jual Roti John kali ni tapi belum berkesempatan nak beli lagi mungkin sebab orang ramai sangat malas nak beratur dan kadang tengok harga yang terlampau mahal sangat.. Dulu harga Roti John dalam 3 ke 4 ringgit tapi sekarang da cecah rm6!!! hahhhhhhhhh jangan terkejut besar pulak.. kalah ayam golek sekor.. haha.. tu sebab tak nak beli kot.. membazir duit jer.. nak makan roti je pun.. mungkin sebab ada nama John tu jadi mahal kot.. kann..

Air Kelapa cap kelapa laut
Lagi satu klu dah beli makanan mestila nak berbuka dengan air jugak kan.. Antara air yang da saya beli setakat ni air tebu, soya (wajib), bandung cincau & air anggur.. Tapi tak pernah plak beli air kelapa.. Klu biasa tengok kat bazar ni diorang selalu jual air yang campur campur macam asam boi, sirap, anggur kan.. ntah kenapa tak ramai yang jual air kelapa.. klu ada pun sekali ngan air tebu tapi air tebu pun jarang nampak orang jual.. mungkin susah nak dapat kot.. Jadi misi hari ni nak cuba la plak air kelapa.. tu pun klu jumpa la.. hehe.. dah dah.. pk banyak banyak kang batal puasa.. hehe..
Okeh, see u guys soon..
Berbuka apa hari ni??
No comments:
Post a Comment