October 29, 2011

JL Separuh Akhir





Wow, senarai finalist separuh akhir muzik muzik da keluar tadi.. Gembira Anuar Zain turut tercalon sekali.. Yang paling senior kot dalam pertandingan tu nanti.. Walaupun senior tapi tetap mantap dengan vokal tersendiri.. I support u Anuar Zain!! ehehe.. Ni antara senarai yang akan bertanding.. Semua skali 30 lagu tapi yang saya senaraikan ni yang saya suka je.. ahaha.. aci tak?aci tak?




1. Anuar Zain- Sedetik Lebih
2. Faizal Tahir- Karma
3. Sixth sense- Menyesal
4. 1st Edition feat Aizat- Perpisahan
5. Hazama- Cinta Teragung
6. Mata Hati- Nubhan
7. Kisah Hati- Alyah
8. Maaf Dari Hati- Sofarz
9. Hafiz- Awan Nano
10. Beribu Sesalan- Ning Baizura, Shila Hamzah & Jaclyn Victor


Ni senarai top 10 pilihan.. ehehe.. Yang lain not bad.. Best sebab banyak lagu popular kat drama2 TV dan ada lirik dan lagu oleh penyanyi tu sendiri.. Yang paling muda Najwa Latif dengan Cinta Muka Buku tu kot.. Alahai, muda2 lagi da leh masuk tv jadi penyanyi.. Mintak2 ok la persembahan dia malam tu.. Tapi ada jugak artis yang tak kenal bleh tercalon.. Macam mana tu?? ada sapa mahu jawab.. hehe.. Papepun kita nantikan saja Separuh Akhir ni nanti.. Support local music industries yo.. ANUAR ZAIN, i love u!!


October 27, 2011

Blog has been removed??



Korang penah ada masalah macam kat atas tu tak??huhu..tadi nak bukak blog tetiba kuar 'blog has been removed'.. takut gila.. nak tercabut jantung, hati semua.. LOL.. Alhamdulillah, da leh recover balik.. Sayang kot ngan blog ni tak kan sampai nak removed kot.. Biaq btol blogspot ni.. Nasib ada account Google yang send verification password.. Gila ah.. ingatkan kene hack atau block oleh sesape tadi.. (ada ke yang dengki ngan blog ni???) uhuhu.. menangis tak berlagu gue.. LOL..


Comel.. erk.. tetiba..

Lebih kurang cam gini la muka sekarang.. Wooyoung tolong kasi bagitau.. haha.. Ayat pn da tak betol.. Thanks god for saving my blog.. Mmmuahh to my blog.. haha..


October 26, 2011

Protect The Boss OST



Aww,, this song is so lovely.. Fall in love with this song.. I can't watch the last episode of Protect the Boss but i'll try to search it.. LOL.. The ending is so sweet.. ^__^




Jaejoong- I'll Protect You




October 25, 2011

Happy Deepavali~





Happy Deepavali diucapkan untuk seluruh rakyat Malaysia yang menganut agama hindu.. Yang mana cuti balik kampung, berhati hati di jalan raya.. pandu cermat jiwa selamat.. Ingatlah orang yang tersayang.. cewahh.. Sebut pasal perayaan Deepavali ni teringat plak kawan tamil saya masa sekolah rendah dulu.. ntah dekat mana la dia sekarang ek.. heheh.. nak cari dalam facebook tak jumpa2.. Tak lupa untuk kawan2 PKN yang saya kenal masa training sama2 dulu.. Nama pun da lupa.. haha.. aiyoo yo.. Wah, rindu plak bila sebut pasal PLKN ni.. Rindu kamo semua.. Macam mana nak contact, handphone masa tu tak penah knal dan tak tahu guna.. pastu catat kat buku terus hilang sampai sekarang.. huhuhu.. Miss them so much!!

Happy Deepavali

Stereo HEARTS





Alahai.. boring boring.. tak tau nak watpe.. ape kata kita dengar lagu ni "Stereo Hearts".. Not sure lagu baru ke tak tapi baru semalam dengar lagu ni.. Best part Adam Levine tu.. Suka lah Adam ni, suara uniks dan menariks uollss.. Takde lagi asenya dalam American Idol atau mana2 realiti show suara macam Adam ( puji plak.. ahaha).. Tapi yang tak best pasal Maroon 5 ni video klip diorang.. mesti nak ada pompuan pastu adegan atas katil.. opss.. Konsep memang xleh lari.. Tapi lagu2 diorang confirm BEST!

My heart's a stereoIt beats for you, so listen closeHear my thoughts in every note

Make me your radioAnd turn me up when you feel lowThis melody was meant for youTo sing along to my stereo


Adam Levine

Enjoy listening!!



October 23, 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA






Ahh.. nampak tak, nampak tak.. Saya join contest En Adie.. Why2?? Orang da berzaman masuk awak baru nak masuk.. haha.. Ini menunjukkan saya takde keje sebab blog dah jadi kehidupan saya.. Ngehh.. Takde keje.. Okeh, full stop.. Pencarian gambar bermula.. Entah kenapa rasa macam semua gambar nampak senyum tak ikhlas.. Ikhlas tak ikhlas tak?? LOL.. ngaku jela tak ikhlas.. ngehh.. Sorry lah klu gambar ni buruk ngat.. Da edit da tu.. Entah menepati piawaian yang di tetapkan ntah tak.. tak tahulah.. Buang rasa malu tengok gambar sendiri jap.. LOL..




Aiyak! Ada slogan.. k, perah otak jap.. focus2..

'Terkadang, senyuman palsu terukir apabila saya terpaksa senyum.. Walaupun tidak ikhlas, ngehhh.. Saya pasti masih ada yang akan tersenyum apabila melihat setiap senyuman itu.. Senyum..'

Saya da tag mereka berdua.. Sorry dik, akak da tak tau nak tag sape sebab first time masuk contest.. LOL.. korang jangan gelak.. Saya je leh gelak.. Haha.. Good Luck untuk yang da join.. Jangan segan segan join sebab ada hadiah.. Tapi jangan mengharap plak.. Senyum k.. Alahai, comellllll nyerrrrrrr.. K Bai.. Salam..


Tag:

October 22, 2011

WGM Couple..





Aww, really2 loves all these couple.. All this 3 couples has end up with their last episode.. Really touching.. Even I'm cry watching their love especially Gain & Kwon.. Vic & Khun.. They are such a lovely couple..



Khuntoria Couple






Adam Couple







Yongseo Couple




Which couple do you like?? ^____^

October 21, 2011

Ulser Mulut





Salam semua.. sihat tak?? kalau ada yang tak sihat cepat2 pi klinik.. Saya pun da masuk 2 hari ada masalah ulser dalam mulut.. Pastu macam sakit masa nak telan nasi.. huhu.. Sangat sakit dan pedih.. Makan nasi bleh bukak mulut sikit jer.. Nak telan plak payah.. huhu.. Jom kita tengok sedikit info kesihatan tentang ulser mulut.. heheh.. Almaklum takde keje, so kongsi lah sikit info hari ni..

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air
Ringkas kan infonya.. Salah satu sebab saya sekarang ni mungkin jangkitan atau kekurangan zat makanan kot.. huhu.. Entahlah, nak kata tak makan nasi makan jer.. huhu.. Hilang selera makan xde plak.. Tapi bab makan pedas tu ada.. heheh.. 2 ari lepas makan nasi beriani, memang pedas gila lauk ayam tu.. Ahah, memang sebab tu kot.. Adoi, mintak2 la cepat sembuh.. Nak makan dan minum pun susah.. Mintak2 tak melarat.. huhu.. Bahaya kot.. Okeh, That's all.. Jom jaga kesihatan kita!!

To live is like to love - all reason is against it, and all healthy instinct for it: Samuel Butler


Credit to: KKM

October 19, 2011

Wordless Wednesday!





A loving heart is the beginning of all knowledge

Nichkhun or Top???


Sweet ^^

Boleh tak jangan keliru ble tengok TOP (Big Bang) ngan Nichkhun (2PM) ni?? huhu.. Apakah ini bayangan gurauan.. Owh, same2 TOP and Famous!! Agaknya diorang ni iras tang mana ek?? Alahai, handsome sangat kowt sampai tengok muka pun da lebih kurang.. ARGHHhh.. Tak tahan macam ni.. Korang penah keliru tak tengok mereka berdua??LOL..


TOP


Nichkhun

Tapi yang best 2PM ngan Big Bang ni penah ada connection tak lama dulu.. Mesti peminat Big Bang da tahu yang TOP dulu penah jatuh sakit dan tak leh perform dengan Wondergirls dan tempat tu di ganti oleh... The o n e and o n l y my boy WOOYOUNG (2PM)!!! ehehe.. Memang best gila.. Masa tu 2PM belum debut lagi.. ahaha.. Wajah keanak-anakan masih ada tapi tarian tetap BOOM!! Jom layan..




Ha, pasan tak Woo ganti TOP??tak??tak??uhuhu.. Tengok betol2.. ehehe.. Papepon Big Bang ni da macam top senior diorang sekarang.. Memang mereka semua ngetop di Korea >.< Wish that they will perfOrm together next time.. weee..

GO 2PM.. GO BIG BANG!!

October 15, 2011

Knowing Victoria (FX) more..





Married Only ^^


Salam semua..
Ada sihat kah.. saya baru lepas makan makanan dkt pasar malam.. Uweks, nak muntah! tak sedap.. euuu.. nyesal bli.. Anyway, citer pasal pasar malam setakat tu jer.. Sekarang nak kongsi info pasal leader FX dan Ex "Wife" Nickhun, si Victoria ni.. Memula tengok We Got Married memang tak suka sangat sebab nampak tak cantik dan tak sesuai dengan Nichkhun yang hensem tu.. Tetapi lama2 cam bleh terima Vic jadi "Wife" Khun (Walaupun ati tak suka dia ada pompuan len..uwekks..muntah lagi sekali)..

Pastu kan kan.. Masa tengok astro yang channel Kpop music tu terlihat lah Victoria dalam Music Video Shinee "Replay" yang meletup masa diorang mula2 terkenal dulu.. Memang lama2 tengok video tu macam kenal Noona nomu yeppo tuu.. Sah, Victoria.. Memang betullah orang kata, artis Korea ni kene banyak training dan ambil masa dulu untuk famous.. Ingat senang ke diorang nak famous, training 2 3 tahun baru leh debut dengan album tau.. huhu..

Lagu Replay ni sebenarnya lagu Kpop pertama dan shinee ni group pertama yang saya kenal dan minat.. Selepas tu baru 2PM.. LOL..
**Shinee!! Saranghae!! Errkk.. tetiba la kan..

Tapi tapi korang memang da perasan ke atau saya sorang yang baru nak perasan???LOL.. Memang ketinggalan.. Kat sini nak bagitau Victoria ni memang da famous da time tu.. Sebelum Khun famous ngan 2PM lagi sebab Shinee debut dulu baru 2PM.. haha.. Kiranya memang beruntunglah Khun ni dapat "wife" macam Vic.. ececeh..


Love you too.. haha..


Jom jom kita "Replay" jap..



Shinee memang best gila.. lagi2 Taemin yang cute miut macam saya.. erkk.. boleh??haha..


Selain tu kan.. Memang da banyak iklan Vic da ada.. Termasuklah..


China's Samsung Anycall with Rain





SJ-M debut album title song 'U' Actress



SPRIS advertising model With Lee Jun Ki


Jun Ki dalam My girl tu.. Wah.. jeles..




Wow, hebat tak hebat tak.. Kiranya Vic ni banyak jadi model la sebab tak ramai rasanya artis China leh masuk group kat Korea, speak Korean and also pretty kan.. hurmm.. Pakej lengkap katakan.. Memang famous lah Vic ni..



Sedikit Latar belakang Victoria..^^


Name: Victoria Song (Song Chi En)
Day of Birth: 1987.02.02.
Height: 168 cm
Place of Birth: Qingdao, Shandong
Interest / Speciality: folk / jazz dance
Education: Beijing Dance Academy


So, amacam.. Peminat2 Vic ngan FX happy tak dengan entry ni.. hehe.. Seriously she is so pretty.. That's why she can be the leader and she got the talent! Memang kali ni da terlerai suda bercerita pasal Victoria ni.. Lain kali kiter citer lagi.. heheh.. Annyeong.. Goodbye!!


Credit to: KPOP WEB

October 13, 2011

Perubahan Semasa..






Happy Thursday!

Wah, hari ni xde post pon lagi.. tak bleh jd nih.. kene ada isu jugak yang nak diketengahkan walaupun tau ada yang tak kan baca.. LOL.. Tadi tengah blogwalking ada dapat komen dekat shoutbox bagitau keliru pasal blog ni.. huhu.. Takpe, saya jawabkan sikit.. Blog ni milik saya eksklusif pasal saya.. Blog yang direka semata2 kerana minat dan perkongsian.. and than why Korean?? Because I love Korean and 2PM.. So, klu ada citer menarik ke, saya berangan ke.. maka kluarlah muka2 mereka.. haha.. I know that you are curious right?? well, thanks dear.. huhu.. Lagipun bukan ke da trend sekarang smua suka Korea kan.. So, its depend on you, blog pun blog you kan.. apa nak kesah.. LOL.. Tapi klu xde yang minat Korea kan, tak kan la sampai beratus2 orang serbu kaunter tiket 2PM, sanggup berpanas berlenguh untuk tengok konsert tu.. So, please admit it.. haha.. =) Klu ada yang tak selesa dan tak suka jangan lah di layan blog ni.. sila beredar aja.. senang kan.. Klu suka follow.. klu tak no hal lah.. no touching2 k.. So, korang jangan keliru lagi bila masuk blog ni.. hehe..

Okeh, next story nak cer pasal kawan2 lama saya masa blaja time dip dan degree dulu.. Dah lebih 5 tahun kenal.. Banyak lah perubahan saya nampak.. Kebanyakannya (walaupun kawan tak ramai.. heheh) sekarang da makin berisi atau dengan lebih tepat lagi gemuk.. Wow, isu panas jugak nih.. Takut nyer tengok kengkawan cepat gila naik badan.. Ramai yang makin cantik, da berumah tangga, ada anak, kerja tetap, dan macam2 lah.. Tapi yang lain tu kira ok lah tapi bab gemuk ni memang sensitif lah.. Hurm.. siyes memang tak cantik klu gemuk.. Saya tak suka bila saya gemuk.. huhu.. Nak pakai apa pun tak cantik, sendat dan ketat.. Nak cari baju cantik pun susah, semua saiz kecik.. huhu..


Idols

SNSD


After School Red


KARA


FX


Haha,, cuci mata sikit.. Kan best body kurus2 macam group2 kat atas nih.. Tak yah posing, klu kurus trus nampak cantik.. Kan kan..

Tapi kesimpulan kat sini sebenarnya kawan2 saya semua bahagia dengan kerja, family dan anak2 mereka.. Mereka sihat sebab mereka bahagia.. hee.. Saya?? walaupun sekarang maintain lagi badan (tak gemuk dan tak kurus okeh) sebab berlapar, tapi saya tahu banyak lagi persiapan perlu ada untuk memiliki kehidupan macam mereka.. Kurus tapi menderita pun takde ape.. huhu.. So, balance lah.. Mereka yang dah selesai dah boleh bergembira tapi saya masih lagi tercari2 kehidupan sebenar.. hurm.. Tak kisahlah apa pandangan orang lain pasal kita asalkan kita gembira.. btol tak.. hurm.. So, just live your life~


October 09, 2011

No "Sepah" Anymore..





Sepah Jadi Sepahtu..


Salam Ahad semua.. Hari ni xde aktiviti.. duduk umah jelah.. semalam da penat beratur tunggu tiket concert.. huhu.. hari ni xde modal nak cerita tapi nak kongsi pendapat je pasal kumpulan Sepah yang baru berpecah ke nama lain jadi Sepahtu.. Hurm.. baru je dinobatkan sebagai Maharaja Lawak tapi da berpecah.. Walaupun xdela lama sangat diorang ni berpecah tapi serba sedikit telah meninggalkan kesan buat peminat2 Sepah..

Sape yang minat Sepah?? mesti ramai kan sebab klu x xdela yang nak undi Sepah masa Maharaja Lawak aritu.. Itu menandakan ramai peminat mereka diluar sana tapi sudah tentu tidak termasuk saya.. hehe.. Saya klu lawak ni minat Zizan jerk.. haha.. si idung mancung & hensem tu.. Tentang reaksi peminat Sepah, saya tak berapa pasti tapi xde plak dengar kata2 negatif dari mereka..Macam semua setuju jerk mereka berpecah.. Lagipun saya tak join Fan club mereka jadi xtau lah reaksi mereka kat luar tu macam mana..

Sepah ni dikira popular la sebab lawaknya yang best dan kelakar dan peminat pun rmai kan.. Tentang perpecahan kumpulan ni, saya rasa macam tak adil je bila tengok Melodi tadi.. Ntah, macam diorang berdua, Si Shuib dan Jeff nak sangat jaga populariti group tu sampai buang Mamat dari Sepah.. Pihak Melodi pun da tnya sape yang buang sape tapi jawapannye macam nak jaga populariti jer.. hurm.. Tak eloklah macam tu.. Walaupun masing2 punya bakat tapi Sepah popular dan terkenal disebabkan mereka bertiga.. Walaupun ada yang kata Mamat ni tak lawak dan tak membantu tapi mereka bertiga lah penyebab Sepah boleh menang.. Agaknya diorng da tak sayang antara satu sama lain kot.. Alasan perpecahan tu macam tak logik sebab Mamat banyak gosip, kes Fida, dan macam2.. Manusia mane ada yang tak buat silap.. Manusia semuanya same, tak boleh lari dari melakukan kesilapan.. Kalau da rasa masing2 hebat sudah tentu tak kan kekal lama.. huhu.. Nama pun duduk dalam satu group kan.. Considering is important..

Entry ni bukan nak salahkan sesiapa kerana tadi tu hanyalah pendapat melalui apa yang didengar sebelah pihak sahaja.. Pihak Mamat tu saya tak tahu pun.. Tapi sekarang ni dah dikira tak best sebab Sepah dan berpecah.. Walaupun takdela minat diorang, sitcom Bujang Sepah, yang edisi raya semua tu saya layan.. Lepas ni da tinggal dua.. harap2 mereka boleh berjaya.. Harap2 da takdelah gosip tentang mereka berdua tu plak.. huhu.. Jangan sekat rezeki orang, walau sejauh mana kita berjaya, kalau da sombong dan bongkak orang takkan suka.. Tuhan pun tak suka..

Akhir kata bak kata Zizan RL..

Berdiri di atas bakat sendiri.. Barulah berjaya.. ^^.. Love Zizan!! kekeke..

Jadikan perkara ni iktibar untuk kita menjalani kehidupan di dunia.. Yang mana baik dapat ganjaran, yang mana jahat dapat pembalasan.. Sesungguhnya, amalan di dunia akan di hitung di akhirat.. Renung2kan.. Peace.. ^__^


October 08, 2011

Malaysian Hottest is Rock!!






Alhamdulillah, akhirnya selamat tiket concert 2PM kat Malaysia ni berada di tangan setelah hampir 4 jam beratur panjang lebar sampai ke luar tempat parking kereta tuh.. fuhhh.. Setelah berpanas, berpeluh, berlenguh, berdiri, beratur, semua ber lah petang tadi akhirnya dapat jugak beli tiket ni.. Nak belinya kejap tapi nak beratur tu tuhan saja yang tahu.. panjang gila.. tak caye???tengok nih.. huhu.. Uihhh, dasyat!! Penat sangat.. nasib tak pengsan.. LOL.. Semua ni kat Viva Home KL uolls..


Yang ni baru barisan depan.. yang belakang?? Ya Allah, punya lah panjang.. huhu..


Tak sangka ramai gila Hottest kat Malaysia sampaikan makcik2, kakak2 pun turut sama beratur nak beli tiket.. Anak diorg ke diorng yang nak pegi?? huhu.. confius jap.. Yang pegi tu minat 2PM ke minat Kpop ek?? Rmai gila kot!! Tapi ramai chinese and malay, boy and girl yang pegi.. Indian, I'm not sure.. hurmm.. Takde nampak plak.. Sape yang pegi tadi??nampak tak saya.. haha.. bajet famous plak.. kuikuikui..


Ni plak pasukan yang suruh sorak.. haha.. dari Viva Home kot.. habis smua yang beratur tu terpekik2.. macam concert btol2.. macam da dalam stadium.. LOL..


Next kaunter..


Last2 dapat tau ada kaunter lain yang da dibuka.. Memang panas hati.. Kaunter ni di bukak sebab discount da takde untuk sape yang bawak TM bill.. huhu.. Memang tak patut lah.. Penaja ke macam ni (emo plak).. Pihak TM tak bagi sepatah dua kata pun dekat orang rmai yang beratur panjang.. Main buka je kaunter tu.. Ingat kita suka2 ke beratur panjang macam ni.. dah la panas.. huhu.. Organizer, please be sensitive ok..


Hik2.. Jumpa Hottest yang memang Hottest.. Masing2 da cop nak jadi wife sape.. Owh, glad nobody pick Wooyoung.. LOL..


The picture with HOTTEST.. haha..


Ha, nampak tak senyuman ikhlas kami setelah dapat tiket.. siap dapat poster lagi.. Apalagi, senyum lebar lah.. kekeke..


Da dapat dah tiket.. Jom balik!!


The ticket officially mine.. haha.. I feeling so ALIVE!!


Mood sekarang ni memang happy sangat.. happy giler kot.. klu tak gila takdelah sampai sanggup beratur panjang kan.. haha.. Da lama dah hafal lagu2 diorang.. da tiba masa nak nyanyi live ngan diorang.. haha.. 2PM.. I'll waiting for you..

Sarangheyo Lovely 2PM ^___^