October 21, 2011

Ulser Mulut





Salam semua.. sihat tak?? kalau ada yang tak sihat cepat2 pi klinik.. Saya pun da masuk 2 hari ada masalah ulser dalam mulut.. Pastu macam sakit masa nak telan nasi.. huhu.. Sangat sakit dan pedih.. Makan nasi bleh bukak mulut sikit jer.. Nak telan plak payah.. huhu.. Jom kita tengok sedikit info kesihatan tentang ulser mulut.. heheh.. Almaklum takde keje, so kongsi lah sikit info hari ni..

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air
Ringkas kan infonya.. Salah satu sebab saya sekarang ni mungkin jangkitan atau kekurangan zat makanan kot.. huhu.. Entahlah, nak kata tak makan nasi makan jer.. huhu.. Hilang selera makan xde plak.. Tapi bab makan pedas tu ada.. heheh.. 2 ari lepas makan nasi beriani, memang pedas gila lauk ayam tu.. Ahah, memang sebab tu kot.. Adoi, mintak2 la cepat sembuh.. Nak makan dan minum pun susah.. Mintak2 tak melarat.. huhu.. Bahaya kot.. Okeh, That's all.. Jom jaga kesihatan kita!!

To live is like to love - all reason is against it, and all healthy instinct for it: Samuel Butler


Credit to: KKM
Leave your comment here ♥ Sarangheyo Lovely ♥