Assalamualaikum & Hi
Rindunya kat blog ni.. haha.. Aktiviti hujung minggu lepas saya ke JB bercuti cuti Malaysia ke sana.. Seronok dapat jalan jalan cuci mata.. Salah satu aktiviti kami ialah ke butik Benang Hijau yang baru dibuka di Bandar Baru Uda, Jb berdekatan Jakel.. Post ni bukan nak promote malah tiada sponsor pun dari Benang Hijau.. ngahaha.. Tapi saya selaku peminat tudung jenama ni memang mengesyorkan anda ke sana kerana banyak tudung tudung baru yang dijual.. Apatah lagi masa kitorang g tu diorang tengah buat grand opening.. Banyak la diskaun dan harga pun berpatutan.. Rasanya peminat bawal memang kenal dengan jenama benang hijau.. Saya memang peminat bawal sebab shawl agak susah nak belit belit bagai.. hehe.. Kain benag hijau ni memang selesa dan menjadi bila pakai.. Sebelum ni da beli selai tapi rasa tak cukup tu yang kali ni borong lebih sikit.. Tak banyak pun.. muahaha..
Sebelum ni saya ada follow instgram Benang Hijau dan kebetulan diorang buka waktu saya ke Jb, jadi minta lah peneman setia saya, iaitu kakak saya sendiri ke sana.. Rupa rupanya dua dua peminat tudung Benang Hijau.. haha.. Mula mula memang pening nak cari kedai ni sebab tak tahu tang mana sebab diorang hanya bagi petunjuk dekat dengan Jakel dan Genius Aulad.. dah Google maps pun masih pening.. acaner tu.. Dah la masa g waktu tu hujan lebat, banyak pulak kete yang ada.. Alhamdulillah pusing punya pusing jumpa jugak.. Siap ada makan makan lagi tapi tak sempat snap sebab lapar, amik amik terus makan.. tak senonoh.. haha..
Mak Jemah nak Selpiee
Cont,
Jumpa je kedai Benang hijau ktorang take turn g tengok apa yang ada.. First sekali g grab tudung bawal kosong.. memang best pakai.. Beli dalam 3 dapat harga RM10 satu.. lepas tu tengok shawl.. banyak corak yang lawa tapi jenis saya tak pakai corak corak penuh atau kalerpul ni.. jadi amik yang kosong pastu corak tepi.. ntah lupa nama tudung tu.. haha.. tau tengok, berkenan dan hamik.. jadila..
Promosi kali ni klu beli RM50 ke atas dapat la free member card macam gambar kat bawah saya amik tu dan dapat lagi satu free bawal kosong.. Balik ni dah tak sabarrr nak pakai.. Al maklum duk recycle tudung lama, lama lama pun da bosan jadinya.. Tapi tudung lama tu la yang jadi sayang nak buang.. hukhuk..
Membership Card
Masa pusing bandar tu nampak la banyak lagi kedai online yang popular macam Radiusite, Qalaqisya, Rina Salleh dan paling popular sekali tak lain tak bukan butik Aidijuma.. AJ ni memang selalu ramai dan kalau g nak tengok tudung pun kebanyakan da banyak yang habis sebab ramai beli borong.. Ramai jugak yang duk komplen stok tak cukup dan ada yang letak harga mahal.. klu saya memang takde nak beli klu satu tu dekat 50, rela cari yang 10 satu.. haha..
Masa lalu dekat butik AJ memang ramai giler orang beratur sampai ke luar.. Mungkin ada promosi atau event sempena GST?? tapi klu takde GST pun memang ramai.. tak kira laki ke pompuan.. ada yang cakap potong q la.. macam macam.. tapi klu yang laki beratur tu nak ape ek?? takkan diorang pakai tudung gak?? ke beli untuk aweks?? mak?? adik pompuan?? bagusnya, rela beratur panjang panjang beli untuk orang tersayang.. saya yang pompuan beli untuk diri sendiri pun belum tentu sanggup beratur panjang macam tu.. haha.. Syabas bete!!
Kesimpulannya, seronok shopping tudung ni.. Ni lah lumrah klu dah jadi pompuan.. Gaji safe untuk shopping tudung, make up, baju.. yang lebih baru pk yang lain.. haha.. Jadi, ape lagi..
JOM SHOPPING DI BENANG HIJAU!!!
No comments:
Post a Comment