April 08, 2015

ABPBH 2014




Assalamualaikum & Hi






Tahniah buat pemenang pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang dah berlangsung pada 5hb lepas.. Walaupun berita da basi tapi nak update jugak.. hehe.. Kat sini nak kongsi gambar gambar yang sejuk mata memandang jer.. nak tengok banyak lagi sila terjah page ABPBH ok!



Heliza Helmi
Gaya paling muslimah dan disukai ramai.. harap dijadikan contoh buat pelakon lama mahupun baru.. Insya Allah..



Dato Siti Nurhaliza 
Comel pakai kaler pink.. Kali ni simple tak macam biasa sarat liplap liplap.. I loike uolls..



Neelofa
Imej terbaru Neelofa.. Alhamdulillah da berubah hakak cantik ni.. Semoga berterusan hendaknyer.. 



Bocey
Walaupun Zizan kalah ditangan Abam.. hikhik.. Saya tetap akan sokong bocey terutama dalam Maharaja Lawak.. Walaupun rezeki Zizan da kurang sekarang tapi saya yakin peminat setia Zizan tak pernah lupa bakat dan personaliti yang ada pada Zizan.. Fighting!!



Emma Maembong
Walaupun keseorangan malam tu tetap tampil ceria dan berseri.. Kalau ada jodoh tak kemana.. Betul tak peminat Zizan & Emma.. hehe.. (I'm not their fan.. LOL)



Iqram Dinzly
Abang kacak idaman Malaya.. Saya rasa die la pelakon paling kacak kat Malaysia dalam ramai ramai.. Sape setuju angkat tangan!!



Shaheizy Sam
Rezeki Sam lagi tahun ni.. Tahniah.. Memang da agak masa diumum pelakon filem popular.. Klu die menang memang konfem dapat title tu.. hehe



2 trofi.. Salute bro.. Saya sebenarnya peminat Sam sebelum die popular lagi.. Die mulakan karier masa remaja lagi zaman saya tengah sekolah dulu.. Tapi dulu saya lebih sukakan lakonan kakaknya, Zizie.. Dua beradik ni memang berbakat dalam lakonan.. Memang menjadi dan real.. Tahniah Shaheizy Sam!



Senarai Penuh Pemenang


Artis Baharu Lelaki Popular –  Hafreez Adam
Artis Baharu Wanita Popular – Ayda Jebat
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
 Penyanyi Lelaki Popular – Akim
Penyanyi Wanita Popular – Adira
Artis Duo/Berkumpulan Popular –  Akim & The Magistrate
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Nad Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha 
Artis Komedi Lelaki Popular – Abam
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
 Penyampai Radio Wanita Popular –  Fara Fauzana
Bintang Paling Popular ABPBH 2014 – Shaheizy Sam






No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥