March 15, 2015

Pantai Cahaya Bulan





Assalamualaikum & Hi





 Pantai Cahaya Bulan



Kembali lagi dengan post cuti cuti Malaysia di Pantai Cahaya Bulan atau lebih dikenali dengan PCB.. Gambar ni dah lama ambil masa balik kampung dan baru kali ni dapat dikongsikan sikit walaupun tak banyak.. haha.. Masa balik kampung jela berkesempatan datang ke pantai ni.. Klu kat KL memang susah sikit.. klu ada pun memang tak gi.. haha.. Sume gambar ni guna kamera telefon jer.. Ada kamera digital pun simpan wat khazanah sebab senang kan nak upload kt insta atau mane mane.. Klu kamera digital sah sah kene masuk kable dekat komputer dulu..leceh lak.. haha.. 




Banyak batu batu ditimbun kat sini




Pantai ni sebenarnya da banyak berubah sebab hakisan yang makin lama makin naik ke atas, jadi pihak bertanggungjawab da tambahkan batu batu besar sebagai persediaan nanti.. Kalau dulu takde pun macam ni.. Ntah, mungkin air da semakin naik kot.. Atau biasa klu hujan air cepat naik.. Untuk mengelak benda lain berlaku baik siap siap letak batu kat situ kan.. Terfikir jugak macam mana la keadaan pantai ni lepas banjir besar tahun lepas.. Harap harap keadaan kampung dan kedai kedai berdekatan tidak terjejas.. Tahun ni nak datang lagi tapi belum pasti bile.. haha..



Aweks aweks buat ape tu.. haha




Sonok tengok orang main layang layang.. Hilang stress kejap..



Tak terfikir pulak nak snap gambar kedai kedai yang banyak tepi jalan tu.. Makan pun sedap sedap kat sini lagi lagi tengah malam.. Orang pun selalu ramai tak penah takde orang.. Makanan pun ada yang murah dan ada yang biasa biasa jer.. tengok la apa yang anda pesan.. muahaha.. Kalau saya selalu makan goreng goreng macam fishball, hotdog, isi ketam dan keropok.. tu memang wajib beli.. Minum plak macam macam ada contoh air kelapa.. Tak rugi la jalan jalan sini sebab memang puas makan dan tengok pantai.. Sekadar nak merehatkan minda anda boleh la..hehe.. Biasa ramai yang bawak anak anak datang sini.. bawak bini ke awek ke pun bole..




Tudung terbang ditiup angin.. *Abaikan




Jagung bakar jangan lupa beli.. Nyam nyam..




Okeh.. thats all guys.. See u.. 




Leave your comment here ♥ Sarangheyo Lovely ♥