Assalamualaikum & Hi
Bersediakah anda menghadapi GST bulan 4?? Rasanya ramai yang masih belum bersedia dengan ekonomi sekarang.. Ya lah, tak semua orang hidup senang dekat Malaysia ni.. Walaupun kerajaan belum istihar darurat rasanya ramai duk komplen mata wang negara jatuh, harga minyak pun naik apatah lagi harga barang.. Serba serbi barang naik.. Saya mewakili rakyat yang dikategorikan sebagai golongan miskin berpendapatan rendah sangat lah akan terasa dengan kenaikan harga barang ataupun kenaikan cukai yang akan dikenakan nanti..
Ramai yang duk post kat FB kata nak kerajaan wat April Fool!! haha.. Pada pendapat saya memang takde lah nak april fool bagai sebab memang kerajaan dah nak laksanakan pun malah saya tak terkejut dah banyak syarikat syarikat yang dah naikkan harga barang sebelum GST lagi salah satu yang terbaru kek Secret Recipe yang baru saya beli semalam.. Harga da jadi RM 8 lebih yang sebelum ni hanya RM 7 lebih klu xsilap.. Satu lagi saya baru je makan bulan lepas dekat Flaming Steamboat harga dah jadi RM 35 ke atas sorang berbanding tahun lepas RM 31 jer.. cepat betol naiknya.. Tak tahulah sama ada ni tektik diorang ataupun sebab GST harga tu jadi mahal.. huhu.. Kalau difikirkan agak melampau sebelum GST pun harga da naik..
Setengah tu pulak saya baca ada yang kata Haram dikenakan cukai terhadap orang Islam sebab kita hanya dibenarkan membayar zakat bukan kedua duanya sekali.. Tak tahulah sama ada ni agenda politik atau pun tidak yang pasti semua rakyat akan terkena dengan kenaikan cukai harga barang ni.. Menurut apa yang saya baca, hanya negara kita jer yang belum lagi melaksanakan GST jadi mungkin kerajaan nak laksanakan bagi mencapai hasrat negara maju macam negara lain??
Saya pernah sekali ikuti ceramah GST, walaupun agak kurang faham tapi ada la serap sikit sikit infonya.. Macam dalam iklan tu, hanya beberapa barang sahaja yang dikecualikan GST dan yang lain lain semua kene.. huhu.. Masa dengar bujet 2015 pun ada dengar PM senaraikan barang barang yang dikecualikan tapi hanya beberapa barang sahaja.. Yang lain memang kene..
Walaupun da terasa kenaikannya, kita sebagai pengguna hanya mampu berjimat dan cuba kurangkan perbelanjaan supaya takdela nak lari bujet bulan bulan tu.. Acaner pulak yang sememangnya tak cukup duit bulan bulan?? *lu pikir la sendiri.. Yang bujang boleh dikira mampu lagi nak kawal belanja tapi yang da berkeluarga tu memang agak semput la sikit.. Anak sekolah, belanja dapur lagi.. Hadoi.. Aaa redho jerlah.. Ramai kata nak tunggu betol ke lebih jimat harga barang sebab sebelum ni kene cukai 16% tapi sekarang 6%.. hukhuk.. Kita tungguuuuu..
Bersediakah anda??
APRIL FOOLL!!!
No comments:
Post a Comment