Assalamualaikum & Hi
Semoga sihat sihat selalu buat pembaca blog ni.. haha.. Setelah berblogwalking jadi hari ni saya berkeputusan untuk melancarkan *ayat poyo post bertajuk Cameron Highlands.. Sebenarnya tuan blog ni sangat lah suka bergambar dan ber "travel" jadi sayang klu amik gambar banyak banyak tapi tak simpan dalam blog ni.. haha.. Suka baca blog pasal travel tempat tempat menarik jadi apa salahnya saya letak tempat tempat menarik saya pergi ke dalam blog yang tak seberape ni.. Sekurang kurangnya ada cerita pengalaman pergi ke tempat orang.. Mungkin ada lagi tempat tempat menarik yang saya akan kongsi tapi takdelah tahap kronik menariknya sebab rasanya da ramai yang pergi dan rasai sendiri tempat tu kan.. Jadi ni adalah sekadar perkongsian sahaja.. hehe..
Jadi kali ni bukanlah trip percutian semata mata tetapi trip berkursus sambil bercuti.. ek?? haha.. Alhamdulillah jabatan support makan dan tempat tinggal.. Lagipun da lama tak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands ni.. Sebenarnya trip ni tahun lepas bulan 11 klu tak silap jadi takdelah lama sangat kan.. haha.. Last pergi Cameron tahun 2010.. haaa da lama sangat tu.. Jadi kali ni boleh la berkursus sambil ambil angin *orang kata
Sonok sebab dapat join ramai ramai siap dapat sponsor strawberry lagi.. haha.. Hari kedua ada buat barbeque tapi sebab terlampau sejuk dan berangin waktu tu jadi takde mood nak bergambar..haha *beta lupa bawa sweater tebal tebal .. Tak menyangka plak angin kuat dan malam tu pulak sejuk gila gila.. *padan muka .. Pengajaran, len kali bawak lah sweater tebal tebal.. kan da menyesal.. *Tiada gunanya.. haha..
Jeng jeng jeng.. Ini lah tempat kami berkursus..
Sampai jer boleh la bergambor.. Akak tu tahan je layan orang sebelah bergambar.. haha
Laman Bunga.. Dalam ni bunga lawa lawa.. Cuci mata jap..
Ni bunga pun tak banyak lagi tapi sesaje nak amik gambar.. haha
Strawberry Farm
Kat belakang tu la orang jual strawberry fresh fresh.. Sebenarnya boleh jer beli kat bawah tempat banyak banyak kedai tu tapi ada kata yang kat sini lagi fresh dan harga pun murah ckit.. tapi sebenarnya sama je.. haha..
With hakak hakak senior
Selfie
Selfie with monopod.. kemana mana bawak monopod sebab senang kan.. *takde monopod pun boleh guna tangan.. result tetap sama.. haha
Strawberry coklat
Tadaaaaaa... Strawberry cokolat.. Aku merinduimu... ting tongg.. *Iklan jap.. Ni memang cair tengok.. sedap gila klu makan hari hari pun rasa tak jemu.. Masih terasa lagi kesedapannya.. Ada tu siap nak beli coklat tu bawak balik tapi kedai tu tak jual kot.. padahal boleh je bli coklat kat kdai pastu cairkan sendiri tapi malas plak nak buat lagipun kat rumah bukan makan hari hari strawberry ni.. datang Cameron je jadi lapor strawberry.. btol tak.. haha..
Princess with rabbit.. *erk??
Arnab kat dalam tu banyak gila pastu comel comel.. geram nak bawak balik.. kita nak selfie pun tak nak tengok.. haha.. Jadi selfie la sensorang.. haha..
Ni gambar sewaktu kitaorang tengah berjalan nak ke tanah rata *taksilap.. Jalan kaki je da sampai.. malas nek teksi..haha
Hari Terakhir kursus sempat la lagi sekali bergambar.. sebab bas pun lambat lagi nak bertolak ke KL jadi ada masa lagi nak amik gambar.. kuikuikui.. Walaupun tak sempat nak amik semua tempat tapi Insya Allah tempat ni akan jadi kenangan seumur hidup.. hehe.. Klu tanya nak datang balik tak?? MESTI LA NAKKK.. Jadikan tempat bercuti ngan Family atau tempat berhoneymoon memang sesuai sangat sebab ape? tempat ni sejukkkkkkkkk.. haha.. lagi lagi dapt makan strawberry, shopping patung strawberry, dan amik gambar!! haha..
Nice view.. waktu ni panas jadi paham paham la.. haha
Buaian paling cantik penah jumpa.. aaaaaaa.. I miss this place..
Jadi tu sahaja cerita di Cameron Highlands.. Klu ada lagi kursus kat sini memang seronok bebenor lah.. Insya Allah ada masa sampai lagi ke sini tapi tak tahu dah bila pulak.. hurmmmm.. Ini adalah antara memori 2014 yang tak dapat dilupakan.. Walaupun sekejap je tapi jadilah daripada takde langsung kan.. haha..
Thanks 4 reading..
Adios..
No comments:
Post a Comment