March 25, 2015

Lee Minho Suzy Couple





Assalamualaikum & Hi



Breaking news for Minho and Suzy fans.. both agencies already confirm they are dating..  After all dating scandals last year between k pop idols this one consider biggest than others.. LOL.. I am not Lee Minho or Suzy fans but its kind of shock because for me its too early for Suzy engaged with someone at her age and suddenly fall in love with him.. Its her problems actually but some fans might be jealous or worry for her.. Yes, she can date anyone and its not our problems.. LOL..



Lee Minho



Lee Minho fans must be frustrated too.. the last time i heard about him dating with Park Min Young and i prefer this couple more.. or with Park Shin hye because both acting in same drama.. 




Suzy



After all, i still ship Wooyoung & Suzy couple.. why not dating with someone in same agencies like Taeyeon & Baekhyun?? its must be surprise right? LOL.. I hope Suzy's craziest fans don't get mad and jealous because like everyone know, she is Korean Nation First Love.. everyone love her.. LOL..





Fighting for the couple!! 






Tahniah Hanis Zalikha





Assalamualaikum & Hi







Tahniah buat Keknis atau Hanis Zalikha yang selamat bertunang dengan pasangannya.. Cantik dan manis bile da bertudung.. sejuk mata memandang.. Mula mula kenal die masa aktif berblog dulu.. aktif tu da lama berjaman..haha.. sekarang je baru nak aktif berblog balik.. LOL.. Semua pakat follow die kite pun follow la jugak.. haha.. da lama lama femes kat tb pulak.. Suka la tengok artis wanita ramai yang da bertudung.. Alhamdulillah, baik mula sekarang sebelum terlambat kan.. 




Dah sah jadi tunang orang.. kite bile pulaks.. hewhewhew..




Omeynyer



Hanis tunang bulan 3, kite pun nak cari tarikh sesuai bulan 3.. mane tau book tarikh awal awal tibe tibe muncul putera raja idaman kan.. Tak payahla kalut nak wat persediaan.. Kuikuikui.. **angan angan betul.. piiirrraahhhhhhhhh




Selamat Bertunang !!!






March 24, 2015

Happy Birthday!!





Assalamualaikum & Hi








Its 24 March!!




Mula mula sekali nak ucap Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat hidup dengan sempurna sampai ke hari ini.. Thank you Allah for giving me this beautiful life, great opportunity to live and the strength to continue survive.. I AM WHO I AM now and i am thankful for each and everyone that come to my life and still remember and appreciate with what I am now.. Thanks from the deep of my HEART.. 




My own celebration



 So, there is nothing special celebration today but i will celebrate something special with my sister soon.. I am excited now.. kekeke.. Sebenarnya da macam macam plan untuk sambut birthday tahun ni tapi sebab gaji pun tak sampai lagi dan plan pun sorang sorang jadi terpaksa tangguh everything about great holiday.. Insya Allah da sampai waktu boleh plan jalan jalan ke tempat menarik yang lain.. haha.. bak kata orang, "kalau plan memang tak jadi".. 




Western food.. Selingan semata mata.. haha




Pick picture that best portray my happiest moment.. LOL




Anyways, today was more like being thankful to my self to be born as a person I am now.. Yes, love yourself before the others and than you know how to enjoy your life.. True right?? and alone or not, i know that Allah was always be my side and my heart.. Without Him, I am nothing.. I love to being born as a human that grateful to what I have.. Remember this, bukan semua dilahirkan sempurna.. Jika tidak senang di dunia, di akhirat sana, Insya Allah.. Pasti ada hikmah di sebaliknya.. Alhamdulillah..


For the last sentence, I pray di kurniakan kehidupan yang lebih sempurna, bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha utnuk lebih berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin.. Jodoh?? serahkan sahaja kepada yang maha Esa.. hehe..





God gave us the gift of life; it is up to us to give ourselves the gift of living well.- Voltaire








March 20, 2015

Cuti Sekolah






Assalamualaikum & Hi







Apa yang menarik cuti sekolah ni? bagi budak budak memang sonok la boleh gi jalan sana sini tapi yang bekerja? sonok jugak.. sonok tengok jalan tak sibuk tak jem.. lega rasanya.. haha.. Nak kuar rumah pun rasa aman je tengok jalan tak jem.. haha.. Pelik jugak kawasan tempat tinggal ni, kenapa time sekolah kete boleh penuh dan jem tapi masa cuti kete tak banyak?? adakah selama ni mak bapak yang g sekolah atau anak anak?? ataupun mak bapak diorang memang masuk sekolah sekali atau memang secara automatik budak cuti mak bapak pon coti?? hurmmm.. Banyak faktor tu..


Alangkah bagus dan damainya klu hari hari jalan tak jem, tak sibuk kan.. Ni da tinggal bape hari lagi nak abis cuti sekolah.. Minggu depan da start jalan jemmmmmm.. urghhhhhhh.. redho jela.. haha..


Papepun selamat bercuti dan ber'holiday' buat keluarga keluarga yang berada di luar sana.. Cuti cuti jugak, sekolah jangan lupa.. kehkehkeh.. Dulu masa sekolah kene siapkan kerja sekolah dulu baru boleh bercuti klu tak da hilang mood nak wat kerja sekolah lepas bercuti.. Silap haribulan kerja sekolah tak siap.. haa.. mulalah bagi alasan macam macam.. Kang tak pasal pasal cikgu bising pastu kene denda pastu balik kang cite kat mak ayah.. NO NO NO.. Adik adik kene pandai la bahagikan masa antara kerja sekolah dan rehat k.. **poyo je kakak ni.. muehehe..










Adios! 

Muchos Gracias!!






March 15, 2015

Pantai Cahaya Bulan





Assalamualaikum & Hi





 Pantai Cahaya Bulan



Kembali lagi dengan post cuti cuti Malaysia di Pantai Cahaya Bulan atau lebih dikenali dengan PCB.. Gambar ni dah lama ambil masa balik kampung dan baru kali ni dapat dikongsikan sikit walaupun tak banyak.. haha.. Masa balik kampung jela berkesempatan datang ke pantai ni.. Klu kat KL memang susah sikit.. klu ada pun memang tak gi.. haha.. Sume gambar ni guna kamera telefon jer.. Ada kamera digital pun simpan wat khazanah sebab senang kan nak upload kt insta atau mane mane.. Klu kamera digital sah sah kene masuk kable dekat komputer dulu..leceh lak.. haha.. 




Banyak batu batu ditimbun kat sini




Pantai ni sebenarnya da banyak berubah sebab hakisan yang makin lama makin naik ke atas, jadi pihak bertanggungjawab da tambahkan batu batu besar sebagai persediaan nanti.. Kalau dulu takde pun macam ni.. Ntah, mungkin air da semakin naik kot.. Atau biasa klu hujan air cepat naik.. Untuk mengelak benda lain berlaku baik siap siap letak batu kat situ kan.. Terfikir jugak macam mana la keadaan pantai ni lepas banjir besar tahun lepas.. Harap harap keadaan kampung dan kedai kedai berdekatan tidak terjejas.. Tahun ni nak datang lagi tapi belum pasti bile.. haha..



Aweks aweks buat ape tu.. haha




Sonok tengok orang main layang layang.. Hilang stress kejap..



Tak terfikir pulak nak snap gambar kedai kedai yang banyak tepi jalan tu.. Makan pun sedap sedap kat sini lagi lagi tengah malam.. Orang pun selalu ramai tak penah takde orang.. Makanan pun ada yang murah dan ada yang biasa biasa jer.. tengok la apa yang anda pesan.. muahaha.. Kalau saya selalu makan goreng goreng macam fishball, hotdog, isi ketam dan keropok.. tu memang wajib beli.. Minum plak macam macam ada contoh air kelapa.. Tak rugi la jalan jalan sini sebab memang puas makan dan tengok pantai.. Sekadar nak merehatkan minda anda boleh la..hehe.. Biasa ramai yang bawak anak anak datang sini.. bawak bini ke awek ke pun bole..




Tudung terbang ditiup angin.. *Abaikan




Jagung bakar jangan lupa beli.. Nyam nyam..




Okeh.. thats all guys.. See u.. 




March 14, 2015

Baskin Robbins: Pertama dan Terakhir




Assalamualaikum & Hi



Selamat berhujung minggu buat semua pembaca blog ni.. Oleh kerana takde plan pape hari ni marilah kita throwback sikit pasal ice cream kegemaran semua iaitu Baskin Robbins.. Agak agak da bape kali anda makan ice cream ni?? Me?? Seriously baru sekali dan takde dah lepas tu.. haha.. The reasons why because too EXPENSIVE.. Orang kata barang sedap mestila mahal tapi bagi saya rasanya takde beza pon malah aiskrim biasa lagi sedap yang penting perisa COKLAT sebab tu MY FAVORITE uollsss nak habak mai haaaaa.. 


First time dengar nama aiskrim ni **jakunnya saya.. masa tengah study Diploma dulu kat UiTM Segamat.. Throwback tu tahun 2005 kauu.. da lama sangat.. Masa dip dulu ape jenis presentation takde buat? boleh kata semua jenis presentation dan topik ada.. Sebab student semua dalam group jadi masing masing punya group mestilah tajuk lain lain kan.. jadi xsemene mene semua benda tahu.. haha.. Jadi Bila diberi tugasan tu ada la member group ni bagitau nak wat tajuk Baskin Robbins.. sebenarnya takdelah first time dengar sebab sebelum ni ada tengok member 2PM (Boyband Korea) jadi model untuk aiskrim ni jadi takdelah jakun sangat.. lol..


Pastu lama lama bila da tinggalkan UiTM nampak plak kedai aiskrim ni.. Kebetulan time tu keje kat Curve.. apa lagi nak ler cuba kan sebab famous sangat.. haha.. Ni first time cuba tau harga die bapak mahal.. Oleh kerana niat nak mencuba tu tinggi digagahkan jugak bayar walaupun takdela sedap mane dibandingkan dengan aiskrim biasa.. Jadi ni dia..




Baskin Robbins




Kita amik Coklat & Vanila




Resit




Gigih amik resit ni nak simpan bukti pembelian.. Sampai sekarang pulak tu simpan gambar ni.. haha.. Last tahun 2012 tu.. cer kira da bpe tahun.. boleh kira lama la tu walaupun tak sampai 10 tahun.. haha.. Klu tengok tax tu masih RM1 masa tu.. Kalau dah masuk GST ni tak tahulah agaknyer bape yer.. Tak masuk GST pun terasa mahal sangat.. 


Nak di jadikan cerita haritu masa tengah round round KLCC ternampak plak kedai ni.. Kononnya nak pecahkan rekod pembelian tahun 2012 nak merasa la pulak klu ada yang best tapi tengok kan bekas yang kecik tu pun da bpe puluh ringgit jadi dibatalkan saja niat tu.. baik beli kepci ke pija hut kan.. haha..




Sekian kisah Baskin Robbins dari saya.. 



Akhir kata, Selamat Tinggal En Baskin.. Klu ada jodoh berjumpa lagi.. ngehngehngeh..








March 13, 2015

April Fool?




Assalamualaikum & Hi



Bersediakah anda menghadapi GST bulan 4?? Rasanya ramai yang masih belum bersedia dengan ekonomi sekarang.. Ya lah, tak semua orang hidup senang dekat Malaysia ni.. Walaupun kerajaan belum istihar darurat rasanya ramai duk komplen mata wang negara jatuh, harga minyak pun naik apatah lagi harga barang.. Serba serbi barang naik.. Saya mewakili rakyat yang dikategorikan sebagai golongan miskin berpendapatan rendah sangat lah akan terasa dengan kenaikan harga barang ataupun kenaikan cukai yang akan dikenakan nanti.. 








Ramai yang duk post kat FB kata nak kerajaan wat April Fool!! haha.. Pada pendapat saya memang takde lah nak april fool bagai sebab memang kerajaan dah nak laksanakan pun malah saya tak terkejut dah banyak syarikat syarikat yang dah naikkan harga barang sebelum GST lagi salah satu yang terbaru kek Secret Recipe yang baru saya beli semalam.. Harga da jadi RM 8 lebih yang sebelum ni hanya RM 7 lebih klu xsilap.. Satu lagi saya baru je makan bulan lepas dekat Flaming Steamboat harga dah jadi RM 35 ke atas sorang berbanding tahun lepas RM 31 jer.. cepat betol naiknya.. Tak tahulah sama ada ni tektik diorang ataupun sebab GST harga tu jadi mahal.. huhu.. Kalau difikirkan agak melampau sebelum GST pun harga da naik.. 


Setengah tu pulak saya baca ada yang kata Haram dikenakan cukai terhadap orang Islam sebab kita hanya dibenarkan membayar zakat bukan kedua duanya sekali.. Tak tahulah sama ada ni agenda politik atau pun tidak yang pasti semua rakyat akan terkena dengan kenaikan cukai harga barang ni.. Menurut apa yang saya baca, hanya negara kita jer yang belum lagi melaksanakan GST jadi mungkin kerajaan nak laksanakan bagi mencapai hasrat negara maju macam negara lain??


Saya pernah sekali ikuti ceramah GST, walaupun agak kurang faham tapi ada la serap sikit sikit infonya.. Macam dalam iklan tu, hanya beberapa barang sahaja yang dikecualikan GST dan yang lain lain semua kene.. huhu.. Masa dengar bujet 2015 pun ada dengar PM senaraikan barang barang yang dikecualikan tapi hanya beberapa barang sahaja.. Yang lain memang kene.. 






Walaupun da terasa kenaikannya, kita sebagai pengguna hanya mampu berjimat dan cuba kurangkan perbelanjaan supaya takdela nak lari bujet bulan bulan tu.. Acaner pulak yang sememangnya tak cukup duit bulan bulan?? *lu pikir la sendiri.. Yang bujang boleh dikira mampu lagi nak kawal belanja tapi yang da berkeluarga tu memang agak semput la sikit.. Anak sekolah, belanja dapur lagi.. Hadoi.. Aaa redho jerlah.. Ramai kata nak tunggu betol ke lebih jimat harga barang sebab sebelum ni kene cukai 16% tapi sekarang 6%.. hukhuk.. Kita tungguuuuu..





Bersediakah anda??


APRIL FOOLL!!!







March 11, 2015

Cameron Highlands




Assalamualaikum & Hi




Semoga sihat sihat selalu buat pembaca blog ni.. haha.. Setelah berblogwalking jadi hari ni saya berkeputusan untuk melancarkan *ayat poyo post bertajuk Cameron Highlands.. Sebenarnya tuan blog ni sangat lah suka bergambar dan ber "travel" jadi sayang klu amik gambar banyak banyak tapi tak simpan dalam blog ni.. haha.. Suka baca blog pasal travel tempat tempat menarik jadi apa salahnya saya letak tempat tempat menarik saya pergi ke dalam blog yang tak seberape ni.. Sekurang kurangnya ada cerita pengalaman pergi ke tempat orang.. Mungkin ada lagi tempat tempat menarik yang saya akan kongsi tapi takdelah tahap kronik menariknya sebab rasanya da ramai yang pergi dan rasai sendiri tempat tu kan.. Jadi ni adalah sekadar perkongsian sahaja.. hehe..


Jadi kali ni bukanlah trip percutian semata mata tetapi trip berkursus sambil bercuti.. ek?? haha.. Alhamdulillah jabatan support makan dan tempat tinggal.. Lagipun da lama tak menjejakkan kaki ke Cameron Highlands ni.. Sebenarnya trip ni tahun lepas bulan 11 klu tak silap jadi takdelah lama sangat kan.. haha.. Last pergi Cameron tahun 2010.. haaa da lama sangat tu.. Jadi kali ni boleh la berkursus sambil ambil angin *orang kata 


Sonok sebab dapat join ramai ramai siap dapat sponsor strawberry lagi.. haha.. Hari kedua ada buat barbeque tapi sebab terlampau sejuk dan berangin waktu tu jadi takde mood nak bergambar..haha *beta lupa bawa sweater tebal tebal ..  Tak menyangka plak angin kuat dan malam tu pulak sejuk gila gila.. *padan muka .. Pengajaran, len kali bawak lah sweater tebal tebal.. kan da menyesal.. *Tiada gunanya.. haha..




Jeng jeng jeng.. Ini lah tempat kami berkursus..




Sampai jer boleh la bergambor.. Akak tu tahan je layan orang sebelah bergambar.. haha




Laman Bunga.. Dalam ni bunga lawa lawa.. Cuci mata jap..




Ni bunga pun tak banyak lagi tapi sesaje nak amik gambar.. haha




Strawberry Farm


Kat belakang tu la orang jual strawberry fresh fresh.. Sebenarnya boleh jer beli kat bawah tempat banyak banyak kedai tu tapi ada kata yang kat sini lagi fresh dan harga pun murah ckit.. tapi sebenarnya sama je.. haha..




With hakak hakak senior



Selfie


Selfie with monopod.. kemana mana bawak monopod sebab senang kan.. *takde monopod pun boleh guna tangan.. result tetap sama.. haha




Strawberry coklat



Tadaaaaaa... Strawberry cokolat.. Aku merinduimu... ting tongg.. *Iklan jap.. Ni memang cair tengok.. sedap gila klu makan hari hari pun rasa tak jemu.. Masih terasa lagi kesedapannya.. Ada tu siap nak beli coklat tu bawak balik tapi kedai tu tak jual kot.. padahal boleh je bli coklat kat kdai pastu cairkan sendiri tapi malas plak nak buat lagipun kat rumah bukan makan hari hari strawberry ni.. datang Cameron je jadi lapor strawberry.. btol tak.. haha..




Princess with rabbit.. *erk??


Arnab kat dalam tu banyak gila pastu comel comel.. geram nak bawak balik.. kita nak selfie pun tak nak tengok.. haha.. Jadi selfie la sensorang.. haha..




Ni gambar sewaktu kitaorang tengah berjalan nak ke tanah rata *taksilap.. Jalan kaki je da sampai.. malas nek teksi..haha



Hari Terakhir kursus sempat la lagi sekali bergambar.. sebab bas pun lambat lagi nak bertolak ke KL jadi ada masa lagi nak amik gambar.. kuikuikui.. Walaupun tak sempat nak amik semua tempat tapi Insya Allah tempat ni akan jadi kenangan seumur hidup.. hehe.. Klu tanya nak datang balik tak?? MESTI LA NAKKK.. Jadikan tempat bercuti ngan Family atau tempat berhoneymoon memang sesuai sangat sebab ape? tempat ni sejukkkkkkkkk.. haha.. lagi lagi dapt makan strawberry, shopping patung strawberry, dan amik gambar!! haha..




Nice view.. waktu ni panas jadi paham paham la.. haha





Buaian paling cantik penah jumpa.. aaaaaaa.. I miss this place.. 




Jadi tu sahaja cerita di Cameron Highlands.. Klu ada lagi kursus kat sini memang seronok bebenor lah.. Insya Allah ada masa sampai lagi ke sini tapi tak tahu dah bila pulak.. hurmmmm.. Ini adalah antara memori 2014 yang tak dapat dilupakan.. Walaupun sekejap je tapi jadilah daripada takde langsung kan.. haha.. 



Thanks 4 reading..
Adios..






Wordless Wednesday 2









I wish it was free!!





Wordless Wednesday









Laksa Penang mai!!!!






March 02, 2015

Can't Sleep





Assalamualaikum & Hi






Did you ever feel the same???




Nak dijadikan cerita.. 2 Minggu ni memang lain macam sikit penat die.. Awal awal penyelia da siapkan jadual 2 minggu berturut turut keje pagi jadi tahap kemalasan dah sampai tahap kemuncak.. Ya Allah.. Malas gile nak bangun pagi.. Bukan ape, da la tido lewat jadi nak bangun pagi tu jadi satu hal plak.. haha.. Lagi satu dengan cuaca panas sekarang.. harung jem lagi.. Owhhhh.. What a Live!! 



Bila balik kerja dengan tahap panas yang melampau sekarang risau pulak macam macam penyakit kene contoh demam atau selsema (mintak jauh) atau lebih teruk sekarang strok haba.. macam macam boleh berlaku sekarang ni.. 



Tak cukup tidur???



Ni lagi satu masalah.. Bile time malam memang susah nak tido.. boleh kata 2 atau 3 jam je dapat lelap yang lain fikiran tu ntah ke mana.. What happen to me.. harap tak berlarutan masalah tido ni.. haha.. 








Is it true???






Thanks listening to my concern.. Fighting!!!








March 01, 2015

Beef Ramen




Assalamualaikum & Hi



Beef Ramen



Pe kaba semua?? Harap harap sihat la yer.. hehe.. Ni citer semalam, saya dan kawan keluar berdua je sebab kawan tu kata bosan takde wat pape jadi die ajak la kuar makan.. Oleh kerana dua dua lapar jadi decide pegi OU dan makan dekat food court kat sana.. pusing punya pusing jumpa la makanan ala ala korea ni iaitu Beef Ramen.. Ni spesis dengan meggi je uolls cuma letak daging jer.. haha.. kadang kadang diorang panggil ramen or ramyeon.. kite senang jer, maggi.. haha.. nak rasa jugak ape rasa die banding dengan maggi ni.. ermm, memang sedap.. cuma mee tu lebih tebal dan kasar.. sup die pun memang sedap lah.. haha.. len kali leh ler cuba lagi kan.. tak rugi.. harga pun ok jer.. dalam RM10.. nak murah?? masak sendiri.. lol..




Kimchi



Tak silap benda alah kat atas ni di panggil Kimchi.. rasanya masam sangat.. rupa rupanya benda alah ni kubis yang dijeruk sekali ngan bahan bahan lain.. klu tengok drama korea pun diorang gaul kubis ni dengan ramuan ramuan lain pastu peram lama lama dalam peti ais dan makan dengan nasi atau mee.. Macam side dishes jugak la kot.. klu kite orang malaysia makan dengan budu atau tempoyak.. pun sedap uoolss.. hehe



Outing yang tak dirancang semalam memang sonok sebab dapat makan, jalan jalan, karaoke pastu beli baju kat uptown.. muahaha.. Setelah beberape lama tak nyanyi pegang mic maka semalam terlepas la sudah gian nak karok pegang mic.. kalah retis nyanyi uolls.. lagu pulak semua jiwang jiwang.. dan kesimpulannya memang tak puas nyanyi satu jam.. saya ulang.. SATU JAM!! (agaknyer sampai besok pun tak puas) haha.. thanks la bebanyak kat ex housemate kiter yang sudi bawak jalan jalan.. haha.. orang single macam kite tunggu kawan jela yang nak ajak.. nak harapkan boypren tak tahu bila.. haha.. (sila cari boypren cepat cepat.. Insya Allah.. Amin..) 



Walaupun sesat sesat guna GPRS kami tetap sampai ke destinasi dengan selamat.. Alhamdulillah.. Hope ada lagi masa terluang kuar ngan kawan kawan macm ni lagi.. takde la bosan duk umah je kan.. heheh..




Till here.. Bye!



Gumawo for reading!