February 23, 2015

Limau di Tahun Baru 2015





Assalamualaikum & Hi!






Kembali ber blog dengan Limau tahun baru cina.. Seperti yang dimaklumkan, raya cina tahun ni saya tak balik kampung jadi terasa macam tiada sambutan hari cuti bersama keluarga di kampung.. Tiba tiba hari ni datang kerja ada plak orang bagi limau jadi rasa macam "What" orang da habis raya kita baru nak sambut dengan buah limau.. haha.. Tapi siyes rasa happy dapat makan buah ni.. memang sedap, manis dan nampak kualitinya ada.. Oleh kerana satu opis dapat satu kotak jadi kene la berkongsi ramai ramai.. **klu tak da habis rembat semua..ngee.. Tak dapat nak makan manyak2.. Alhamdulillah ada orang bagi, klu tak memang tak merasa buah limau tahun baru.. hehe


Mesti ada yang terfikir whats the big deal? boleh beli sendiri what kat kedai or supermarket?? Tapi u know what.. Makan masa hari biasa dengan masa tahun baru cina lain tau.. auranya tak terasa.. kau mampu?? haha.. Lagipun jenis saya klu takde orang nak bagi memang takde nak g bli semata mata nak makan buah ni.. lagipun berape biji dah berapa ringgit.. Baik bli dalam botol siap packing tu..yang da siap jadi minuman.. sedap dan murah tapi still tak sama kan dengan fresh fruits.. huhu..


Masuk citer lain.. 


Hari ni jem nyer lain macam sebab semua warga kota da ramai yang pulang bekerja kan.. UNTUNGLAAA cuti lama.. haha.. Tapi tengok kawan kawan update ramai yang sakit pinggang pulang raya kali ni sebab kene hadap jem.. **cam biase, bile masa jalan tak penah jem??ce citer..haha.. Yang sepatutnya 7 jam jadi 12 jam.. haha.. AMIK ko! Serik tak nak balik?? **klu tak serik lagi tak tahu nak kata hape..heheh.. Say penah merasa naik bas ke Kota Bharu yang sepatutnya hanya 7 atau 8 jam jadi lbh daripada 12 jam untuk sampai disebabkan jalan jem teruk.. Tu seb baik orang yang bawak, klu sendiri yang drive?? mampu?? tak la jawabnyer.. haha.. 


Jadi selamat pulang untuk warga kota KUALA LUMPUR especially kan.. setelah menghadap jem teruk yang penting sampai dengan selamat.. Cuaca panas pulak dah datang dan dijangka berterusan sampai hujung MARCH!!  Bersiap sedia jela semua.. Alhamdulillah petang tadi hujan kejap dan kembali panas macam biasa.. macam tu la keadaan sekarang ni dekat KL.. Hujan Panas berterusan.. Insya Allah tiada masalah kesihatan.. kene minum air banyak banyak dan makan kene la jaga klu taknak kene jangkitan pape.. betul tak.. PRAY FOR IT!!


Till then,Bye




No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥