October 09, 2018

Venom




Assalamualaikum & Hi



Tom Hardy as Venom



Dah lama tak update blog kan.. hewhewhew.. Kali ni nak review movie yang dah lama orang nanti nantikan.. me too.. haha.. So hari kedua ke ketiga release tak ingat dah, sempat lah i kuar g tengok wayang.. sorang sorang jelah macam biasa.. haha.. Pergi hari jumaat tak expect pn ramai macam ni.. mungkin sebab movie baru release atau memang orang tak kerja.. lol.. Seat pn dapat la paling bawah sebab tak suka amik tepi tepi dan sebab orang ramai terpaksa la pilih seat yang line tak ramai orang.. tak silap saya G.. tapi ingatkan dah memang takde orang nak duk bawah rupanya ada lagi 2 orang lelaki yang duk kat bawah.. haha.. mesti diorang pn frust kene duk bawah sebab ramai.. I feel u brother..

So, first 10 to 20 minit kot memang lost la sikit sebab nak tunjuk macam mane venom ni datang ke bumi.. Aku ni mati mati la ingat benda alah ni ular rupanya makhluk asing.. yang paling confuse sebab ramai yang komen pasal Spiderman.. rupanya dekat Spiderman 3 ada watak venom tapi dah ingat ingat lupa sebab dah lama tak tengok.. hero masa tu pn hero lama Tobey Maguire tu.. **hero baru kenape lah bebudak sangat.. huhu.. 

Paling best Venom ni ada selitkan nama Malaysia kat Sibu, tempat kapal terbang terhempas masa bawak spesimen alien tu.. haha.. excited la sikit.. tapi not sure la betul betul ke diorang buat penggambaran kat situ sebab rata rata yang komen memang tak tahu ada sebut nama Malaysia.. jadi mungkin ramai yang tak tahu diorang ada shoot kat Malaysia.. ada la sikit sikit diorang speak Malay walaupun dua tiga patah je.. tapi ok lah kan.. So, rakyat Malaysia support la filem ni k.. hehe..

Dah dekat tengah tengah tu memang best habis la.. fight scene semua.. Masa Venom masuk dalam badan hero tu dah banyak la part part lucu diorang selitkan walaupun kekadang i rasa tak perlu lah kot sebab banyak yang mengarut sangat.. sebab benda tak lawak kot.. huhu.. tapi ok lah dari mendatar je kan.. orang pun boring.. huhu..

Last last tu ingatkan venom dah mati rupanya hidup lagi.. Memang dah tak nak kuar dah dari badan hero tu.. dah agak dah sebab mesti ada lagi sambungan dia kan.. hehe.. Kira watak venom ni lebih kurang macam predator yang baik tu.. walaupun diorang ni jahat tapi ada yang baik dikalangan diorang.. ada jugak yang nak selamatkan bumi kita ni.. gitu..

So, overall memang best nak bagi 10/10 for this movie.. yang mana kata boring tu mungkin tak berminat dengan watak venom ni.. yang tak menahan ada yang bantai tido dalam tu.. Hello, nak tido balik lah umah.. tak pasai orang kene dengar sound kau tido.. euww.. 

Last but not least, dont forget to watch k! dengar cte kutipan pun dah cecah 100 ribu ke brape.. Memang BEST!!

Before i forget, ni lagu tema filem venom.. by Eminem.. Sedap gilos nak mampus.. Addicted bila dengar lama lama.. AWESOME!!







VENOM!!!!





August 07, 2018

Majlis Hari Raya 2018




Assalamualaikum & Hi


Raya dah lama habis tapi entry baru nak up.. hahah.. itu biasa.. Nak cari waktu yang sesuai untuk menaip memang lah payah tapi alhamdulillah.. ada jugak masanya.. Raya tahun ni seperti yang sedia maklum tahun ni turn saya bekerja sebab kami kerja shift.. Jadi bergilir gilir lah kami setiap tahun.. Sayu.. hati ini makin sayu.. tak dapat beraya di kampung.. Tapi nak wat macam mana, kehidupan perlu diteruskan.. huaa.. gitew..

Jadi gambar raya pn takde lah banyak mane cuma sempat lah bergambar dengan anak buah dekat kampung lepas seminggu berhari raya.. haha.. Tapi kali ni nak cerita kisah majlis hari raya di tempat kerja saje.. Orang lain dah berpuluh puluh open house dah pergi kita baru ni lah dapat makan lemang ketupat nasi dan kuih yang sedap sedap.. Takpelah lain orang lain rezeki.. Syukur.. 

Jadi inilah antara jamuan makanan yang ada pada malam tersebut.. Kali ni lain sikit sebab majlis dibuat belah malam.. Rasa mcam kurang meriah pulak tapi eloklah dari takde langsung ye dak.. huhu..

Taraaaa!!


Lemang & Nasi Himpit



Buah Buahan



Satay & Lemang makan dengan rendang.. 






Selfie itu harus.. haha



Gambar seterusnya ni plak dengan geng geng satu tempat kerja.. Meriah la jugak.. ramai yang bawak family masing masing.. budak budak siap dapat duit raya lagi.. jeles mak mak.. haha.. dari awal sampai akhir asyik dapat duit raya je.. tulah orang kata, time raya ni yang meriah dan seronoknya budak budaklah.. dapat duit raya.. kumpul duit raya.. yang tua tua ni habiskan duit je.. hahah.. 



With new baby born.. bila lah kite nak ada anak sendiri.. huhu..



Ni team selfie kami.. haha






Sebenarnya baju kurung ni bukan baju raya saya tapi dibuat masa bulan puasa jugak memang nak pakai untuk kerja je.. tapi sebab pikir majlis tu dah malam dan baju tu pun baru jugak jadi pakai jelah yang mana ada.. Lagipun balik senang nak naik motor nanti.. takdelah sempit kain tu nak melangkah.. haha..

Kesimpulannya tahun ni tak seberape nak meriah sangat tapi suasana tu ada.. yang penting dapat jumpa kawan kawan dan makan juadah hari raya.. Alhamdulillah.. 

Walaupun raya dah habis nak ucap jugaklah Selamat hari raya aidilfitri.. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi dengan syawal yang akan datang.. In Sya Allah.. Harap harap meriah lah tahun depan dengan kehadiran insan yang tersayang yang mungkin masih lagi sesat tak jumpa jalan.. haha.. 

Byebye..





June 06, 2018

Salam Ramadhan 2018




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah masih bernyawa blog ni.. haha.. Maafkan kami kerana dah lama tak berblog.. Dah hilang semangat nak menulis panjang panjang.. Mungkin dah takde idea.. haha..

Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak walaupun dah sedikit terlambat sebab kita dah pun masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan.. Hari ni dah 21 Ramadhan.. Begitu cepat masa berlalu.. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.. Setakat ni masih berjaya bangun sahur tanpa skip langsung.. hehe.. Harap dapat kekalkan momentum ini sampai ke akhir ramadhan.. In sya Allah.. Amin..

Okeh dah nak dekat raya ni mesti dah ramai yang buat persiapan raya kan.. Baju raya dah beli? kasut raya? biskut raya? langsir raya? semua raya lah.. haha.. Saya biasa biasa je sebab tahun ni giliran saya untuk bekerja.. huaa.. Sedih tu sedih jugak tapi ni sajalah punca rezeki untuk hidup.. Kalau takde rezeki dengan kerja ni tak kemana jugak kita kan.. Yang penting.. Syukur syukur syukur Ya Allah.. 

Dalam mood raya di tempat kerja sempat jugak lah iolls shoping baju raya.. haha.. tapi kali ni online jelah sebab malas nak keluar musim musim panas hujan tak menentu ni.. Order ngan personal shopper je.. senang.. tunggu parcel datang dah siap.. tapi sepasang jelah tahun ni.. tengok lah macam mane hujung minggu ni klu sempat boleh usha usha baju raya lagi.. haha..

Kepada penjawat awam selamat berjimat cermat ye.. bonus dah dapat gaji dah dapat.. jangan lupe save untuk bulan depan ye.. kang melangut xpasal pasal sebab tak cukup duit.. hehe.. Esp parents yang ada anak tu.. banyak nak pakai duit.. Raya biarlah bersederhana ikut kemampuan.. hehe

Rasanya tu sajelah pesanan penaja kali ni.. Sebelum terlambat nak ucap awal awal lah SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat sesiapa yang mengenali dan membaca blog ni.. Segala kekurangan harap dimaafkan.. In sya Allah semoga ramadhan kali ni memberi kita semua satu keberkatan dan kemuliaan di sisi Nya.. Amin..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






February 20, 2018

Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe Dah Naik Harga!




Assalamualaikum & Hi






Lama tak bersiaran.. HOLLAA!! Takde topik jadi kita amik la topik semalam pasal kek chocolate indulgence ni.. Sape yang tak minat dan tak suka pasal kek ni.. rasanya segelintir je tak suka dengan keenakan kek ni dan sebahagian besar memang suka dan dah menjadi satu kewajiban orang orang zaman sekarang nak sambut besday mesti beli kek secret recipe ni.. sebab sedap.. betol tak??

Jadi nak dijadikan cerita, semalam singgahlah secret recipe ni nak beli kek.. macam biasalah kek choc indulgence ni memang top choice kat sne.. Jadi mintaklah satu clice dan bayar kat kaunter.. tetiba yang bulan lepas helok je RM9 sekarang dah jadi RM10 total with GST.. mane tak terkejut uolls.. kek ni dah naik RM1!! What!!

Nak kata sebab GST memang dah lama kene GST.. nak kata sebab minyak naik memang tiap tiap minggu pun naik.. tapi kek diorang ni laku je klu tak letak harga mahal.. bukan takde untung pun.. jadi kenapa sampai nak naikkan harga kek pulak.. dahla customer dah tanggung harga GST sekarang naikkan harga lagi.. macam macam lah orang nak untung..

Harga naik satu hal.. klu service makin elok atau kek tu potong lagi besar ok lah jugak kan.. ni tengok slice tu lebih kurang je.. tak tahu lah upgrade kat mane.. diorang pun takde bagitahu pape.. Klu g kedai pun dah la lama kene menunggu, staff tak ramai lepastu lembap.. mane lah customer tak lari.. tahu nak untung je ke.. Service should be number one too!!

What ever it is.. Harap harap harga dah tak naik lagi.. Customer pun kadang craving nak makan kek tapi sebab harga makin mahal terpaksa batalkan niat.. Yes, boleh je buat sendiri tapi kadang rasa tu plak tak sama kan.. Bukan niat nak memburukkan kedai tapi kita sebagai customer pun ada hak nak bersuara.. sebab kita yang bayar bukan mereka..

Jadi, marilah ramai ramai kite ber huhuhu..



Thanks 4 Reading..  





January 11, 2018

Seharian Hujan




Assalamualaikum & Hi






Bulan Januari dah nak separuh bulan.. Hujan masih lagi renyai renyai dekat KL ni.. not sure tempat lain macam mane tapi khabarnya banjir dibeberapa tempat.. Nampaknye hujan kat Malaysia ni masih berterusan dari bulan 3 tahun lepas.. Tak ingat bulan 3 atau bulan berapa tapi boleh dikatakan setiap bulan akan ada hujan yang tak berenti selang 2 3 hari macam tu.. Teringat balik tahun 2014 2015 bila panas terik sangat sangat sampai kat KL ni takde bekalan air.. terpaksa dicatu sebab kurang air.. 

ALLAH, seksanye takde air tuhan sahaja yang tahu.. Lagi lagi dengan kerja shift.. Nasib kat tempat kerja ada air simpanan.. boleh tumpang mandi kat sane.. Sekarang kalau nak merungut pasal hujan kene lah ingat balik peristiwa ni sebab tak sanggup rasanya panas kering takde air..  Jadi marilah kita beryukur tuhan turunkan hujan pada kita..

Begitulah lumrah alam.. kadangkala ada panas kadangkala ada hujan.. tak nak cepat mengeluh.. Semoga ada hari hari yang boleh memberi kita cahaya selain dari kegelapan.. In Sya Allah.. 

Ni sebenarnya kisah hari nak dikabokan terperuk dalam rumah jer sebab hujan.. Planning nak buat passport pun kecundang sebab tewas dengan rintik rintik hujan yang datang.. hahah.. pk jem lagi, pk orang ramai lagi, pk tempat parking lagi.. dengan merempitnyer lagi.. adoi.. redo jelah kak kiah.. haha.. ater.. bile nak buat passport nih??? aigoooo yaaaaa.. help mee!!

Macam ni lah klu dah hidup solo tak boleh nak mengharapkan sape sape nak tolong hantar atau teman.. ater.. cepat cepat lah jodoh datang.. toinkkk!! come to me sayang sayang sayang.. *galak aihh..

So, hari ni kojenyer tido jelah.. bangun bangun dah petang kita pun sengeh jelah sorang sorang.. masa terjaga sekejap pun hah bunyi hujan masih lagi menitik nitik kat luar sampailah ke waktu saya menaip entry ni.. 

Ya ALLAH, mintak mintaklah minggu depan dah tak hujan.. Aminn..



Singapore TRIP wait FOR ME!!!






January 02, 2018

Hello 2018!



Assalamualaikum & Hi






HELLO 2018!!


Selamat melangkah ke tahun baru!! 2018 dah uolsssss.. Pejam celik pejam celik dah pun masuk tahun baru.. Bertambah lagi satu umur kita semua.. haha.. Hashtag umurmakintua.. 

Azam tahun baru?? Tahun ni harap harap lah ada perubahan sikit dalam hidup.. Jumpa jodoh ke.. atau tambah wishlist traveling.. hehe.. Yang mana mana pun tak kesah asalkan ada.. gituu.. Amin amin ya rabbal alamin.. 

Tahun 2017 banyak pahit manis dan kenangan yang tak dapat dilupakan.. Kalau nak cerita terlalu panjang pulak rasanya.. yang pasti tinggal memori sudah.. Diharap semua kenangan itu akan terpahat di ingatan selamanya..  



Wishlist 2018


- Nak amik lesen kereta.. Tiap tahun pasang azam ni tapi sampai sekarang pun malas.. entah lah..
- Nak travel luar negara : Insya Allah ke Korea kah kita??
- Nak kawin.. Ngeeee
- Nak banyakkan bercuti.. cuti banyak sangat simpan tiap tahun.. LOL..
- Nak explore lagi makanan sedap sedap
- Nak kurus hashtag memangtakkurussampaibilapun



Tu jelah yang mampu uolls.. ape azam korang plak?? mesti sama jugak kan.. haha.. Ok lah.. Selamat menyambut tahun baru 2018.. Semoga tahun ni memberi seribu satu kemanisan dan sentiasa tabah menghadapi segala cobaan.. Amin.. 



Lets Travel 2018!!