February 20, 2018

Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe Dah Naik Harga!




Assalamualaikum & Hi






Lama tak bersiaran.. HOLLAA!! Takde topik jadi kita amik la topik semalam pasal kek chocolate indulgence ni.. Sape yang tak minat dan tak suka pasal kek ni.. rasanya segelintir je tak suka dengan keenakan kek ni dan sebahagian besar memang suka dan dah menjadi satu kewajiban orang orang zaman sekarang nak sambut besday mesti beli kek secret recipe ni.. sebab sedap.. betol tak??

Jadi nak dijadikan cerita, semalam singgahlah secret recipe ni nak beli kek.. macam biasalah kek choc indulgence ni memang top choice kat sne.. Jadi mintaklah satu clice dan bayar kat kaunter.. tetiba yang bulan lepas helok je RM9 sekarang dah jadi RM10 total with GST.. mane tak terkejut uolls.. kek ni dah naik RM1!! What!!

Nak kata sebab GST memang dah lama kene GST.. nak kata sebab minyak naik memang tiap tiap minggu pun naik.. tapi kek diorang ni laku je klu tak letak harga mahal.. bukan takde untung pun.. jadi kenapa sampai nak naikkan harga kek pulak.. dahla customer dah tanggung harga GST sekarang naikkan harga lagi.. macam macam lah orang nak untung..

Harga naik satu hal.. klu service makin elok atau kek tu potong lagi besar ok lah jugak kan.. ni tengok slice tu lebih kurang je.. tak tahu lah upgrade kat mane.. diorang pun takde bagitahu pape.. Klu g kedai pun dah la lama kene menunggu, staff tak ramai lepastu lembap.. mane lah customer tak lari.. tahu nak untung je ke.. Service should be number one too!!

What ever it is.. Harap harap harga dah tak naik lagi.. Customer pun kadang craving nak makan kek tapi sebab harga makin mahal terpaksa batalkan niat.. Yes, boleh je buat sendiri tapi kadang rasa tu plak tak sama kan.. Bukan niat nak memburukkan kedai tapi kita sebagai customer pun ada hak nak bersuara.. sebab kita yang bayar bukan mereka..

Jadi, marilah ramai ramai kite ber huhuhu..



Thanks 4 Reading..  





Leave your comment here ♥ Sarangheyo Lovely ♥