October 09, 2018

Venom




Assalamualaikum & Hi



Tom Hardy as Venom



Dah lama tak update blog kan.. hewhewhew.. Kali ni nak review movie yang dah lama orang nanti nantikan.. me too.. haha.. So hari kedua ke ketiga release tak ingat dah, sempat lah i kuar g tengok wayang.. sorang sorang jelah macam biasa.. haha.. Pergi hari jumaat tak expect pn ramai macam ni.. mungkin sebab movie baru release atau memang orang tak kerja.. lol.. Seat pn dapat la paling bawah sebab tak suka amik tepi tepi dan sebab orang ramai terpaksa la pilih seat yang line tak ramai orang.. tak silap saya G.. tapi ingatkan dah memang takde orang nak duk bawah rupanya ada lagi 2 orang lelaki yang duk kat bawah.. haha.. mesti diorang pn frust kene duk bawah sebab ramai.. I feel u brother..

So, first 10 to 20 minit kot memang lost la sikit sebab nak tunjuk macam mane venom ni datang ke bumi.. Aku ni mati mati la ingat benda alah ni ular rupanya makhluk asing.. yang paling confuse sebab ramai yang komen pasal Spiderman.. rupanya dekat Spiderman 3 ada watak venom tapi dah ingat ingat lupa sebab dah lama tak tengok.. hero masa tu pn hero lama Tobey Maguire tu.. **hero baru kenape lah bebudak sangat.. huhu.. 

Paling best Venom ni ada selitkan nama Malaysia kat Sibu, tempat kapal terbang terhempas masa bawak spesimen alien tu.. haha.. excited la sikit.. tapi not sure la betul betul ke diorang buat penggambaran kat situ sebab rata rata yang komen memang tak tahu ada sebut nama Malaysia.. jadi mungkin ramai yang tak tahu diorang ada shoot kat Malaysia.. ada la sikit sikit diorang speak Malay walaupun dua tiga patah je.. tapi ok lah kan.. So, rakyat Malaysia support la filem ni k.. hehe..

Dah dekat tengah tengah tu memang best habis la.. fight scene semua.. Masa Venom masuk dalam badan hero tu dah banyak la part part lucu diorang selitkan walaupun kekadang i rasa tak perlu lah kot sebab banyak yang mengarut sangat.. sebab benda tak lawak kot.. huhu.. tapi ok lah dari mendatar je kan.. orang pun boring.. huhu..

Last last tu ingatkan venom dah mati rupanya hidup lagi.. Memang dah tak nak kuar dah dari badan hero tu.. dah agak dah sebab mesti ada lagi sambungan dia kan.. hehe.. Kira watak venom ni lebih kurang macam predator yang baik tu.. walaupun diorang ni jahat tapi ada yang baik dikalangan diorang.. ada jugak yang nak selamatkan bumi kita ni.. gitu..

So, overall memang best nak bagi 10/10 for this movie.. yang mana kata boring tu mungkin tak berminat dengan watak venom ni.. yang tak menahan ada yang bantai tido dalam tu.. Hello, nak tido balik lah umah.. tak pasai orang kene dengar sound kau tido.. euww.. 

Last but not least, dont forget to watch k! dengar cte kutipan pun dah cecah 100 ribu ke brape.. Memang BEST!!

Before i forget, ni lagu tema filem venom.. by Eminem.. Sedap gilos nak mampus.. Addicted bila dengar lama lama.. AWESOME!!







VENOM!!!!





Leave your comment here ♥ Sarangheyo Lovely ♥