February 20, 2011

Miss Universe 2007





Assalamualaikum & Hi



Miss Universe 2007




Hari ni saya curi curi masa sikit nak kuarkan entry ni walaupun masa tak mengizinkan saya untuk berblog dengan lebih lama. Huhu. Kali ni saya nak memperkenalkan Miss Riyo Mori, si cantik dari Jepun yang memenangi title Miss Universe 2007. Sebenarnya cita ni da lama. hehe. Saya kan suka citer citer lama. kihkihkih. Bukan ape, selalu saya tengok Miss Universe atau Miss World sekalipun tak pernah plak se "happy" dengan kemenangan Riyo Mori sebab perasan tak, setiap tahun pemenangnya mesti tak cantik atau cantik biasa biasa saja. Senang citer, "ape ni??macam ni pun boleh jadi Miss World ker??". Ha, cam gitu la kan. Eh eh, macam kita plak yang pakar kan. Keputusan juri adalah muktamad yer. Tapi siyes, si Riyo Mori ni memang cantik pada saya.

Riyo Mori meraikan kemenangan bersama penganjur terbesar, Mr Donald Trump sekaligus menjadikannya wanita kedua dari Jepun memenangi title Miss Universe.

Riyo Mori with Miss USA, Rachel Smith.

Model jam tangan ROLEX


Si cantik ni mewakili Jepun pada tahun 2007 dan memenangi tempat pertama sekaligus menewaskan negara-negara lain termasuk lah Miss Korea, Honey Lee yang tidak kurang hebatnya. Honey Lee pun memang cantik lah. So cute both of them.

Miss Korea 2006, Honey Lee.

Akhir kata:


"People are like stained-glass windows.

They sparkle and shine when the sun is out,
but when the darkness sets in,
their true beauty is revealed only
if there is light from within."
-Elisabeth Kübler-Ross (1926 -)

Dengan erti kata lainnya, walaupun kita tak secantik Miss Universe atau Miss World sekalipun cantik itu akan datang dari dalam kita sendiri. Tak perlu ada cemburu atau rasa rendah diri bila tengok kita tak cantik. Betol tak??hehe.

So, be grateful with what you are.
PEACE ^_~





February 15, 2011

Selamat Menyambut Hari Kebesaran Nabi Muhammad s.a.w



Assalamualaikum & Hi


Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala umat manusia yang diberi wahyu dari Allah sebagai pelengkap jalan untuk manusia menuju ke arah cahaya dan sinar yang sebenar iaitu Islam. Bersyukur dengan adanya Nabi Muhammad s.a.w. maka seluruh umat islam boleh mencari keredhaan dan ketenangan untuk beribadat kepada Allah swt. Hari ini hari istimewa untuk kita berbanding hari biasa kerana Nabi Muhammad telah lahir untuk memimpin umat islam. Jadikan baginda satu contoh yang sangat baik dan terunggul untuk diikuti sepanjang zaman.

Sedikit pengenalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w:

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal. Ibu baginda bernama Aminah Binti Wahb dan ayahnya Abdullah. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun dan menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susuan) bernama Halimahtus Sa'adiah. Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Diantara langkah untuk mengingati Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan memperbanyakkan selawat. Ini kerana, dengan berselawat nescaya kita memperoleh syafaat darinya.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :


"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Contoh syafaat2 yang diberi:
  • Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  • Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  • Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  • Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  • Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
Oleh itu, rajin la berselawat yer rakan2.

Akhir sekali, pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w kepada umat-umat manusia sekalian:
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Semoga segala teladan dan panduan dari Nabi Muhammad ya Rasulullah dapat diikuti dan direnungi bersama.





Selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam. Ingatlah segala yang datang dan segala yang pergi hanya dari Allah dan segala yang buruk datang dari kita, segala yang baik datangnya dari Allah.


Muhammad ya Rasulullah, jasamu akan ku kenang selama-lamanya





February 14, 2011

Lo ve is Cin ta



Masuk saja bab cinta mesti ada yang terfikir cinta ni suci, sejati, agung, tiada tandingan, si dia yang paling saya sayang dan macam macam lagi lah. Bagi sesetengah yang bercinta memang asyik dan dibuai rindu la katakan contohnya semalam baru jumpa hari ni da rindu. Rindu rinduan la katakan.

Yang tu cinta.

Putus cinta pulak dikatakan sangat perit untuk ditelan contohnya da lama kami berkawan tapi tup tup si dia beralih arah (macam tukar angin da) kepada yang lain. Yang tu baru kes orang ke 3 belum masuk 'kekasihku curang', 'kekasihku playboy', 'suamiku suamimu jua', dan macam macam lagi lah. Perit nak cerita.

Tapi cinta bagi saya bukan setakat cinta putus cinta putus dan bercinta lagi. Saya rasa kita sendiri yang laluinya perlukan masa untuk mengenali erti cinta yang sebenar. Selalu saya terfikir, kalau cinta boleh bawa kepada bahagia, cinta juga yang bawa kita derita. Kalau tak mahu derita pendek cerita tak usah kenal cinta dan tak payah bermain dengan cinta.

Saya nak ambil kata kata ni.

Love Sets us Free

Bila betul betul kita kenal cinta, barulah kita tahu yang cinta itu boleh mendamaikan kita. Jangan mengharap cinta yang tak pasti dan jangan memaksa untuk bercinta. Ia akan datang dengan sendiri bila kita faham apa itu cinta.

Mungkin hari ini kita sendiri tapi esok tak siapa tahu. Biarlah kita sendiri yang mengerti maksud cinta supaya cinta tu boleh di bawa sampai mati.

Selamat hari kasih sayang buat keluarga dan rakan rakan blogger. Semoga bertambah kasih sayang yang ada supaya tiada lagi benci dihati kita.

Peace..


February 12, 2011

~LOVE TEAM~




Newly wedding couple

Hello Bloggers, Peaceeeeeee dulu( sambil wat peace ya).................

Wah wah wah ada yang da feeling tengok gambar kat atas nie ek. Takpe takpe, kita amik mood dulu alang alang nak tunggu 14 Feb kan. Huhu. Congratulation for new loving married couple ni yang baru saja melangsungkan majlis perkahwinan pada Januari 2011 baru baru nie. Yang mana minat kat Kristine Hermosa ni leh la 'cancel' kan niat anda untuk mendapatkan si wanita jelita ini kerana beliau telah pon berkahwin. Heheh.

Kristine Hermosa
Kristine & Oyo

Okeh, tu saya tak nak cerita, yang saya nak cerita sekarang macam mana dengan team escot atau love team "ECHOTIN" yang mempunyai berpuluh2 ribu peminat menunjukkan reaksi mereka untuk majlis perkahwinan ini. Saya ada baca kat salah satu blog (yang boleh dipercayai) yang Echo sendiri meminta peminat- peminat mereka menghormati pilihan hati Kristine dan cuba untuk meminati pasangan pengantin baru ni yang dianggap Echo boleh membawa satu fenomena baru dalam menghasilkan kisah- kisah romantik mereka dengan cara mereka sendiri.

Sweet lo gambar nie ^_~

Dengan erti kata lain tak nak la emo emo ni walaupun anda kuciwa dengan perkahwinan nie, katanya (bukan saya yang kata, echo yang kata, heheh) Yela, mana tak kuciwanya, pasangan romantik ECHOTIN yang menghasilkan satu team love yang sangat romantik dan serasi bersama la senang cerita tetiba salah satunya kahwin ngan orang lain plak kan. Kan da ada isu pasal mereka ni. Lagipun kalau nak diikutkan saya memang minat mereka berdua sejak dari "Pangako Sayo" lagi haa dengan kisah tragis dan cinta itu. Tak cukup Pangako Sayo keluar lagi ForeverMore, Ngayong Nandito, Trip dan paling terbaru Dahil May Isang Ikaw. Fuhh, da tak terkira. Sangat best mereka ini, kan kan.

Jericho & Kristine

Anyway, kisah mereka pon setakat dalam cerita jer. Nak lebih lebih diorang sendiri yang rasa kan. Atleast, Jericho masih lagi solo. Haha (saya suka) Ha, yang mana minat mereka berdua ni boleh la 'reconsider' untuk menghormati keputusan ini dan boleh 'continue' meminati ECHOTIN.

ECHOTIN THE BEST!!!

Eh eh, nak tengok video kahwin Kristine & Oyo Sotto tak??leh klik kat bawah ni ha. Memang cantik giler lah Kristine Hermosa nie. Cun wa cakap lu.



Cane??ada bagus??heheh..
Saya merangkap ribuan peminat Kristine mendoakan kebahagiaan mereka buat selama lamanya. Cewah, budget Kristine baca blog ni plak. Haha.

Tak abes lagi ni, khas untuk bulan Februari ni kita ada contest untuk pasangan kekasih yang hangat bercinta. Daftar dengan kadar segera bermula pada tarikh sekarang.

Teeeettttttt.....

Tipu jela, ada la tu yang sonok nak join (nape tiba tiba cita pasal Valentine Day ek??) Hmmm..daripada korang celebrate hari tu, baik korang jadikan hari kekasih ni sebagai tarikh keramat korang untuk melamar ke. Ke arah yang lebih baik la daripada celebrate kat karok atau kat mane2 kan. Tak pun kawin jer terus macam Kristine & Oyo ni. Heheh. Okeh, itu jela untuk post kali nie. Nak ajak Jericho Rosales kuar date nanti Valentine Days. Huhu, jangan jeles. Tema tahun ni, "Setiap Hari adalah Hari Kasih Sayang". Yeay, tak sabar nak kuar entry pasal 14 Feb. Huhu (ada gak ker???)

Tunggu..

Okeh, bubye..