July 11, 2016

Hello Monday!




Assalamualaikum & Hi



Roses



Isnin kembali lagi guys! Jangan nak Monday blues sangat kan da lama bercuti dekat seminggu.. Bawak bawak la beringat kesian dengan orang yang tak cuti langsung raya tahun ni.. hewhewhew.. kitew le tew.. Orang keje Gov kat KL dan orang Johor sonok sambung cuti Rabu Khamis Jumaat kan.. Tak cukup dengan tu sambung lagi Sabtu Ahad.. Choii.. Jeles sangat sangat uoolls.. haha..

Macam mana pun selamat kembali kepada sesape yang da start balik ke kota meninggalkan kampung di desa nun jauh di sana.. Selamat bekerja buat sesiapa yang da start keje dan selamat sambung cuti kepada sesape yang masih bercuti.. ohoii.. tak hengat yer beraya sakan tahun ni.. haha.. 

Papepun semoga anda selamat dan dilindungi oleh Nya.. Raya raya jugak.. jaga kesihatan dan jangan lupa sentiasa berhati hati di jalan raya.. Udah udah la tu beraya.. I olls  jeles okeh.. Bye.. ngeeee..






July 09, 2016

Review Movie: Ice Age, Collision Course



Assalamualaikum & Hi



Ice Age: Collision Course



Welcome to movie review guys!! Dalam mood mood raya ni mesti ada yang da boring makan ketupat rendang hari hari kan.. haha.. Ape kata layan movie plak kali ni.. Ni kesnya raya sorang sorang la ni sebab tu takde hala tuju nak g mane.. So kite da tengok Ice Age yang baru kuar ni.. Memang best dan tidak mengecewakan.. Dari mula sampai akhir sangat best dan menghiburkan.. hehe.. Kali ni ape kisahnyer yer..


Plot:


Scrat's pursuit of his elusive acorn catapults him outside of Earth, where he accidentally sets off a series of events, sending a bunch of asteroids that transform and threaten the planet. To save themselves from peril, the trio Manny, Diego and Sid and the rest of the herd as well leave their home and embark on a quest full of thrills and spills, highs and lows, laughter and adventure while traveling to exotic new lands and encountering a host of colorful new characters.



Scrat: The Trouble Maker


Macam biasa permulaan citer ni dimulakan oleh si tupai yang dipanggil Scrat yang terlalu obses dengan kacangnya yang secara tidak sengaja mencetuskan fenomena asteroids yang akan mengancam keselamatan bumi dan penduduknya yang mana diduduki oleh binatang binatang di zaman mereka ni.. Memula citer diorang nak sambut anniversary Manny & Ellie tapi tetiba tempat mereka dihujani meteor.. Di situ bermulalah perjalanan mereka nak menyelesaikan masalah hujan meteor ni.. 

Movie ni sequel kepada Ice Age : Continental Drift tau.. Kepada yang da tengok movie yang sebelum ni mungkin taulah character2 yang ada kat dalam ni.. Kali ni nenek si Sid yang kene tinggal dengan family die pun ada lagi.. hehe.. Nenek Sid ni memang salute la bleh survive kat mana mana.. siap kali ni kene culik ngan dinosaur pun boleh hidup lagi.. hehe.. nenek nenek.. gagah betul.. 



Buck: The Problem Solver


Si Buck ni la yang datang merungkaikan teori teori macam mana nak menarik asteroid yang besar tu dari memusnahkan bumi.. siap ada sejarah macam mana asteroid ni memusnahkan zaman zaman yang lampau macam dinosaur sume.. tu kene tengok la macam mana yer.. haha..






Dalam diorang nak mengatasi masalah yang ada tu sebenarnya anak si Manny ni iaitu Peaches sedang merancang untuk berkahwin dengan Julian yang mana tidak berapa disukai oleh ayahnya.. Macam macam cara si Manny ni buat supaya Peaches tak jadi kahwin tapi akhirnya Julian berjaya mencuri balik hati si bakal ayah mertua nya.. gitu.. Si Julian ni nampak je macam dungu dan tak betul tapi hatinya baik.. untung Peaches dapat tunang yang baik hati.. muahaha..



Sid's heart Stolen, Brooke..


Jangan tak tahu, Sid pun da jumpa bakal suri dihatinya iaitu Brooke di mana wataknya dimainkan oleh si Jessie J.. Jessie J yang nyanyi lagu Price Tag tu.. seksi meksi suara die.. Watak pun memang ayu dan jelita walaupun sebenarnya die dah berusia beratus tahun cuma kekal cantik sebab ada kristal sakti yang boleh mengekalkan kecantikan mereka.. aumm..

Masa misi menyelamatkan bumi tula diorang jumpa si Brooke dan penduduk dalam meteor yang dipenuhi dengan kristal ajaib tu.. Jadi dengan pertolongan daripada batu batu kristal tu la mereka berjaya menarik asteroid yang paling besar tu supaya melantun balik ke langit dan tak terhempas di bumi mereka.. fuhhh.. lega.. Akhirnya mereka selamat dan Peaches pun dapat berkahwin dengan Julian dalam keadaan yang sangat meriah.. THE END..

Overall citer ni memang best sebab jalan cerita yang menarik dan ada banyak watak watak baru.. Yang paling menonjol adalah semangat kekeluargaan dan kekawanan antara makhluk makhluk dekat bumi ni.. Masing masing pun dah berjumpa pasangan masing masing dan mereka pun hidup bahagia.. hehe.. 

I wanna give 10 out of 10 for this movie.. Make sure you catch up for this movie ok.. 

Bye!!

Salam 4 SYAWAL!!




July 06, 2016

Selamat Hari Raya!




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah, syukur.. Hari ni da masuk 1 Syawal di mana seluruh umat islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.. Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun & maaf jika ada tersilap kata terlanjur bicara buat pembaca blog ni terutama buat mereka yang mengenali saya.. Salam kosong kosong eh.. hehe..

Raya tahun ni tak dapat balik raya sebab kerja.. sobs sobs.. Kampung pun jauh nun di sana jadi tahun ni automatik jadi teamrayaKL.. Ramai orang yang raya kat KL mungkin sebab takde kampung atau terpaksa bekerja kan.. klu yang dah berkeluarga tu mungkin la takde nak sunyi mane tapi klu orang bujang macam kita ni raya la sorang sorang.. marilah berhuhuhu.. Dengar takbir raya sayu je rasa hati.. Pagi tadi pun da soksek soksek kejap padahal baru je minggu lepas balik kampung.. hahaha.. Feel lain ok.. Feellllllll.. Its different.. uwaaaaa.. nak balikkkkkkkk!!!



Baju Raya Tema Biru Tahun ni



Ok lah, kita lupakan kejap kesedihan itu.. raya ni kan tak semestinya kene gembira je.. kita kene ingat orang orang yang memerlukan jugak.. eceh.. *ayat sedapkan hati kerr.. So, balik kampung ritu sempatlah snap sikit gambar dengan baju raya.. gigih sebab nak share masa raya nanti.. tapi balik aritu takdela saje saje jer.. tolong adik kemas umah, gantung langsir, makan kuih raya, sahur dan buka sesama.. Alhamdulillah.. nikmat Ramadhan tahun ni.. 



Ketupat Feveret


Menangis tengok gambar ketupat ni.. rindu nak makan.. tsk tsk.. balik ritu mane la da orang jual ketupat lagi.. redho jelah.. saje tepek kat blog ni sebab nak lepas kerinduan.. sape suka ketupat ni kita geng!! sedap giloss..

Ok lah guys.. pesanan kita untuk kengkawan yang tengah bersuka ria tu beringat ingat lah ketika makan.. jangan nampak sume benda nak masuk je.. kan sakit tak pasal pasal tak dapat beraya.. huhu.. Yang bawak kereta tu pulak sentiasa lah berhati hati k.. Ingatlah orang yang tersayang.. 

Marilah kita bersalam salaman dan memohon maaf sesama kita.. Harap harap raya tahun ni memberi seribu makna buat semua.. Amin.. Akhir kata.. Nak duit raya!!! hehehe..