July 06, 2016

Selamat Hari Raya!




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah, syukur.. Hari ni da masuk 1 Syawal di mana seluruh umat islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri.. Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun & maaf jika ada tersilap kata terlanjur bicara buat pembaca blog ni terutama buat mereka yang mengenali saya.. Salam kosong kosong eh.. hehe..

Raya tahun ni tak dapat balik raya sebab kerja.. sobs sobs.. Kampung pun jauh nun di sana jadi tahun ni automatik jadi teamrayaKL.. Ramai orang yang raya kat KL mungkin sebab takde kampung atau terpaksa bekerja kan.. klu yang dah berkeluarga tu mungkin la takde nak sunyi mane tapi klu orang bujang macam kita ni raya la sorang sorang.. marilah berhuhuhu.. Dengar takbir raya sayu je rasa hati.. Pagi tadi pun da soksek soksek kejap padahal baru je minggu lepas balik kampung.. hahaha.. Feel lain ok.. Feellllllll.. Its different.. uwaaaaa.. nak balikkkkkkkk!!!



Baju Raya Tema Biru Tahun ni



Ok lah, kita lupakan kejap kesedihan itu.. raya ni kan tak semestinya kene gembira je.. kita kene ingat orang orang yang memerlukan jugak.. eceh.. *ayat sedapkan hati kerr.. So, balik kampung ritu sempatlah snap sikit gambar dengan baju raya.. gigih sebab nak share masa raya nanti.. tapi balik aritu takdela saje saje jer.. tolong adik kemas umah, gantung langsir, makan kuih raya, sahur dan buka sesama.. Alhamdulillah.. nikmat Ramadhan tahun ni.. 



Ketupat Feveret


Menangis tengok gambar ketupat ni.. rindu nak makan.. tsk tsk.. balik ritu mane la da orang jual ketupat lagi.. redho jelah.. saje tepek kat blog ni sebab nak lepas kerinduan.. sape suka ketupat ni kita geng!! sedap giloss..

Ok lah guys.. pesanan kita untuk kengkawan yang tengah bersuka ria tu beringat ingat lah ketika makan.. jangan nampak sume benda nak masuk je.. kan sakit tak pasal pasal tak dapat beraya.. huhu.. Yang bawak kereta tu pulak sentiasa lah berhati hati k.. Ingatlah orang yang tersayang.. 

Marilah kita bersalam salaman dan memohon maaf sesama kita.. Harap harap raya tahun ni memberi seribu makna buat semua.. Amin.. Akhir kata.. Nak duit raya!!! hehehe..






Leave your comment here ♥ Sarangheyo Lovely ♥