June 05, 2016

Majlis Tahlil & Sambutan Ramadhan




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah bangkit awal hari ni.. satu keajaiban jugak dapat menaip dan menulis entry kali ni.. haha.. Pejam celik pejam celik dah sampai kita dibulan Ramadhan yang mulia dan paling dinanti nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah di seluruh dunia.. Syukur masih lagi diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan tahun ni.. Ni da masuk tahun ke 3 berpuasa sebagai pekerja dalam Government service dan tahun ke 2 kene bekerja pada hari raya.. haha.. cerita sedih toksah la kita citer kat sini.. yang penting ceria ceria selalu nak sambut Ramadhan kan.. *cheer up please.. kihkihkih.. 

Ok, Jumaat lepas kem kami ada wat sambutan ramadhan dan majlis tahlil bacaan yassin.. sempena menjelang Ramadhan mesti ramai yang kat tempat kerja ada wat majlis makan makan n portluck kan.. tak kurang ada post hari terakhir breakfast sesama kawan pejabat.. hihi.. lucu gak tapi ada betulnya sebab isnin iaitu esok da start puasa kan.. ala, sebulan sekejap je kawan kawan.. so manfaatkan masa anda di bulan Ramadhan dengan sebaik baiknya k.. hehe..

Majlis ni start lambat sikit sebab tunggu ketibaan VIP dan majlis bacaan yassin dibuat di dewan yang agak sempit bagi menempatkan lebih kurang 100 lebih orang.. macam tak sesuai je tapi dah ketua kata nak wat style kampung makan berhidang bersila kat bawah so kita orang ikut jela.. but for me kena la tengok berape orang yang datang.. most important tu lokasi tempat kene la cek betol betol.. selesa paling penting.. dan klu dah berhimpit himpit duduk tak ke kurang selesa nak makan.. tapi mana mana tempat pun takkan lari dari kekurangannya kn.. so terima jelah asalkan semuanya berjalan dengan lancar... Amin.. 

Overall memang makan pun ok.. siap ada ikan keli bakar, rendang ayam, pulut kuning, daging salai, dan lain sayur sayur..  Gambar kat bawah ni masa ktorang gotong royong potong potong sayur sebab pagi tu takde tukang yang masak.. maybe technical problem jadi terpaksa la kene masak sendiri.. huhuhu.. 





Memasing gigih menyiapkan sayur yang ada.. tak kurang duk berborak pun ada.. haha.. biasala.. kerja ramai ramai ni mesti ada yang tolong ada yang tak.. gambar ni pun cilok dari salah sorang pekerja kat sana.. saya sendiri tak sempat nak snap gambar makan.. tak sempat.. haha.. 





Sayur dan ikan bakar the making.. Ni lah antara mereka mereka yang bekerja bertungkus lumus menyiapkan makanan pada hari tersebut.. Alhamdulillah kenyang kami makan.. orang pun ramai yang datang sama sama memeriahkan majlis tahlil dan sambutan ramadhan ni.. Harap harap majlis sambutan raya lagi meriah tahun ni.. opss.. puasa tak lagi dah pk raya.. hehe..

Thats all for today.. Di kesempatan ini saya nak ucapkan "Selamat menyambut hari puasa dan Ramadhan bagi seluruh umat islam yang menyambutnya.." tak kira di mana anda berada semoga puasa tahun ni diberkati dan diterima oleh Nya.. Salam  Ramadhan AL MUBARAK..







No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥