Assalamualaikum & Hi
SELAMAT HARI PEKERJA untuk seluruh rakyat Malaysia yang bekerja pada esok hari iaitu 1 MEI 2016.. Selamat hari pekerja untuk hakak hakak dan abang abang tak kira lah yang kerja gov, swasta mahupun yang bekerja sendiri macam ayah saya.. hehe..
Jom kita tengok sejarah Hari Pekerja
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
'Kredit Wikipedia
So, minggu ni dapatlah mereka mereka balik bercuti oleh kerana cuti bersambung sabtu ahad dan isnin kan.. Hashtag Huntunglah.. kita kene kerja isnin ni sebab keje shift jadi redho jelah.. Tapi In Sya Allah minggu satu lagi nak apply cuti.. mihmihmih.. entah jadi entah idak yer.. tunggu jelah.. Dengar citer jalan jem nak balik kampung arah pantai timur, utara dan selatan.. Bawak bawak bersabarlah yer.. musim cuti memang macam tu.. Yang syoknye keje kat bandar time cuti ni jalan tak jemmmm.. haha.. suka den..
Throwback Jalan Jalan Danga Bay, JB
Esok dah masuk bulan 5.. WHAT!! dah ramai share makanan makanan untuk bersahur, yang nak ganti puasa pun ada.. hehe.. Semoga semuanya dipermudahkan untuk kita menjalani ibadah puasa tak lama lagi.. Sekarang cuaca pun dah agak redup kat KL sebab selalu hujan belah petang.. cuma sekarang jerebuuu datang balik.. hekhek.. Harap harap hujan pun turun di semua negeri yang mengalami masalah air.. susahnya takde air.. tiap tiap tahun kemarau macam ni kan.. Banyak banyak bersabarlah wahai rakyat Malaysia..
Ok.. Thats All.. Thanks for Reading.. Selamat bercuti tiga hariiii!!!