October 30, 2015

Sad News! Song Triplets gonna leave TROS




Assalamualaikum & Hi



Daehan Minguk Manse



What a heart broken news esp for Daehan Minguk Manse biggest fan like me.. Can't believe, if this news true I'm the one who gonna suffer losing them.. Can't imagine if i can't watch them anymore.. I'm continually watching the show only because of them.. now, there is no more reason to watch.. so sad.. tsk tsk.. 


This are the news reported lately..


Local news source Ilgan Sports reports that actor Song Il Gook has decided that he and his sons will stop appearing on the show early next year (around January – February). The exact timing is still in discussion. This reportedly became known during discussions about CF contracts that involve the triplets, with the companies wanting to know the Song family’s plans for leaving the show that made them famous.

In response to this report, both Song Il Gook’ reps and KBS have stated that nothing is decided, which is a vague enough answer to have fans of the show worried.

This past July, it was reported that Song Il Gook will star in the KBS historical drama “Jang Young Sil” (working title), expected to air starting January 2016.



Source: http://www.soompi.com/




Somehow its not confirm yet but i know someday this things gonna happen soon or later.. Ilkook appa will be busy with his drama and no one will take care of his kids on the show.. but I believe if he can manage his time properly, we will continue see triplets on the show.. Lets pray for it!! *now we need to sing I BELIEVE.. lol.. 

I'm gonna miss them esp Minguk that is adorable, cute, smart, handsome, funny, independent, kind and talented singer.. He once recorded dinosaur song with his brother and its show his real talent.. omo.. i'm gonna cry for their last episode.. please don't make this happen.. hukhuk..





Daehan Minguk Manse.. Please Don't leave!!





October 18, 2015

Segalanya Last Minit




Assalamualaikum & Hi






Baiklah, kite cerita pasal kursus yang akan berjalan esok!! In sya Allah klu takde aral melintang sampai lah kami ke sana.. berdebar dub dab dub dab nih.. da lama tak g kursus panjang macam ni.. lagi lagi esok perjalanan agak jauh.. pest time.. nak naik feri pulak tu.. dah berjaman lamanya tak naik feri.. mari kita berhuhuhu.. hehe..

Ok, persediaan kali ni memang semua benda LAST minit!! dapat tahu kene ganti orang pun last minit, beli barang nak bawak g kursus pun last minit.. seb bek bendanya tak banyak.. ntah macam mane la yer klu orang yang tak dapat nak handle benda yang last last minit ni.. The truth is, tempat keje i olls memang gemar buat keje last last minit.. mencik!! Lagi lagi buat keje lembap nak mam***.. haha.. moga moga saya dan anda terkecuali la jenis buat keje macam ni k.. hehe.. 

Tadi masa bangun nak p toilet, ternampak kelibat yang tak asing lagi iaitu JEREBU!! Masa jenguk dari atas tu dah nampak asap jerebu makin tebal dan memenuhi segenap tempat.. Dalam hati.. aii, jerebu lagi ke Malaysia ni?? oo.. yeah!! memang pun.. KL kembali berjerebu.. weeee... i suka i suka.. lagi lagi bebudak sekolah kan.. seronok dua ronok beronok ronok la diorang dapat cuti sekolah.. tadi dah diumumkan esok cuti sekolah lagiii.. tapi mak pak la pulak bising sape yang nak jaga anak depa.. yelah, yang cuti anak anak, bukan mak bapak! hehe.. sabo jelah.. ini semua angkara JEREBUUU.. buuu..

Kita patah balik pada tajuk asal.. jerebu tak jerebu, kamik kene gak gagahkan diri kuar sebab nak kene beli baju dan kasut pi kursus ni.. kang esok semua pakai kasut kite sorang jalan kaki ayam.. Jangan BIKIN PANAS!! So, kite bersiap dan chow ke Giant.. I pencinta setia Giant sebab paling dekat ngan umah.. gilos nak g jauh jauh dengan jerebu tak campur jem lagi, lagi lagi hari ni hari ahad!! hahah.. pakej lengkap tu.. jangan cari pasal pulak.. 

Dalam keramaian orang dapat gak beli t shirt kosong yang simple mimple asal murah dan kasut kat BATA yang super murah jugak.. harap harap tahan la sebab i olls nak guna wat jogging pulaks.. hehe.. jogging ke mak jemah?? Da lama senarnyer tak shopping kat BATA.. masa kecik kecik dulu selalu singgah BATA beli kasut sekolah sebab kasut sekolah die BEST canni.. *Sambil tunjuk tumbs up..

Ok, segala benda da ada walaupun last minit.. packing done!! sebab tu leh menaip kat entry ni.. hehe.. so malam ni semoga dapat tido dengan lenanya sebab sok da nak kene bangun pagi pagi.. biasa kate je nak tido awal last last kul 2 3 pagi.. nonono.. 

Jadi, my journey start tomorrow!! tak saba nak jejak LANGKAWI.. weeee





Bye!!






Review: Goosebumps Movie



Assalamualaikum & Hi



Khamis lepas sempat menjengah citer ape yang best kat panggung wayang sekarang.. Belom tengok lagi setakat ni adalah Polis evo, Hotel Transylvania, Pan, dan banyak lagi tak ingat.. haha.. Tengok kat atas paling latest citer GOOSEBUMPS!! aritu sempat tengok trailer macam best jekk.. Ada Jack Black.. Biasa klu Jack Black ni klu tak funny tak sah.. konfem! memang citer Goosebumps ni kelakar.. sumpah tak berenti gelak.. kehkehkeh.. Takde sangat nak takut tengok citer ni sebab semua tu character dalam novel hasil tulisan penulis tersohor  R. L. Stine.. I olls tak tahu pun sape R. L. Stine ni tapi lepas tengok citer ni memang salute lah, banyak citer citer best hasil karya beliau sendiri termasuk Werewolf, Zombies (Walking dead), Invisible Man, dan banyak lagi.. Kene tengok klu uoolls nak tahu.. haha..

Dan hari ini dalam sejarah pest time tengok wayang dapat tiket paling mahal.. ce teka.. RM19!! nasib baik citer ni best!! *haktui betoi.. haha



Goosebumps is a 2015 American 3D live-action/computer-animated horror comedy film based on the children's book series of the same name by R. L. Stine





The films stars Jack Black, Dylan Minnette, Odeya Rush, Amy Ryan, Ryan Lee, and Jillian Bell






Kebanyakan karakter dalam filem ni semua amik watak dalam buku R. L. Stine yang pemes tu.. Antara novel yang keluar dalam citer tu adalah  The Abominable Snowman,  Night of the Living Dummy, Revenge of the Lawn Gnomes, My Best Friend is Invisible, A Shocker On Shock Street & The Werewolf of Fever Swamp.. Nak tahu lebih kene kaji watak satu satu dalam buku tulisan beliau.. hehe.. Tapi semua karakter memang menarik!!



Main character: Slappy the Dummy



Jangan tenung lelama sebab watak si Slappy ni memang creepy sikit.. Rasanya dulu pnah tengok citer ni tapi da tak ingat jalan cerita die.. Lebih kepada Horror movie.. Die ni pegang watak patung yang bernyawa.. Banyak kisah hantu pasal patung kan.. memang takot nak tengok tapi jangan risau filem Goosebumps ni memang takde takot langsung.. hehe

Filem ni banyak guna karakter novel yang dikatakan betul betul hidup selepas penulisnya menulis buku tersebut.. Dalam filem ni Slappy lah yang jadi ketua untuk semua watak watak dalam novel.. Lebih kurang nak keluar dan balas dendam pada penulis buku tu.. Die telah melepaskan semua watak tersebut dan cuba memusnahkan bandar yang manusia lain duduk.. Last last watak  R. L. Stine yang dimainkan oleh Jack Black ni terpaksa menulis balik satu buku untuk memerangkap semua watak jahat dalam satu buku.. Akhirnya dapat la jugak watak watak hantu ini ditewaskan.. pehh.. memang best uoolls.. yang penting tak rugi tengok.. Saya bagi **5 bintang penuh ok.. 


Jadi ape lagi, jangan lupa tengok k.. Konfem tak menyesal sebab ada kelakar, ada hantu dan ada misteri.. Wooww!!






Majlis Perpisahan Staff




Assalamualaikum & Hi



Selamat berhujung minggu semua.. Da lama tak jenguk blog kesayangan ni.. hehe.. Harap harap semua sihat dan takde yang demam mengejut pasal kenaikan tol 3 hari lepas.. nasib la rakyat marhein macam kita ni kan.. kang kata lebih lebih cakap tak bersyukur pulak.. pape pun redho jer lah.. hehe.. Okes, ni story minggu lepas lagi.. tak tertulis tulis sampai sekarang sebab sibuk dengan keje dan takde masa nak update.. mianhae.. 



Intro to my works matte


Majlis perpisahan dengan staff ni diadakan pada 7 hb lagi, sempena pertukaran dan persaraan staff dekat tempat keje ktorang.. yang dalam gambar tu semua staff satu tempat keje.. Abang tu (walaupun da pangkat pakcik.. hehe) bakal bersara bulan 11 ni dan akak yang dukung budak kecik tu yang bertukar ke tempat lain.. 

Hari tu memang meriah uolls macam hari raya pulak sebab semua ada.. memang susah nak jumpa semua sekali sebab masing masing keje shift.. tu pun masih tak cukup korum tinggal kakak yang sorang lagi takde sebab die belum masuk shift lagi jadi tak dapat la join ktorang.. hukhuk.. Sekarang tinggal la ktorang yang berempat ni bekerja tempat sama.. Lagi sorang da ada pengganti tinggal la sorang lagi belum ada.. mintak mintak cepat la dapat pengganti sebab ktorang akan tak cukup staff nanti.. hukhuk.. #prayforit



Taking picture for the first and the last time.. Will miss u sis..


Ni la akak yang da bertukar tu.. walaupun tak lama sangat kami kenal tapi masing masing selalu jumpa bila bertukar shift.. jadi bila da tak berjumpa lepas tu mesti la ada rasa rindu kan.. hehe.. ni pun first time dapat amik gambar bersama.. lepas ni da tak tahu bila lagi dapat berjumpa.. sobs sobs.. Rasanya akak tu lagi sedih kot sebab da dekat 10 tahun keje kat tempat lama tiba tiba kene tukar.. nak kene adapt tempat baru tu mungkin amik masa sikit tapi die pun da biasa dengan persekitaran dan cara kerja lama.. kerja sama tapi tempat je beza.. She got no problem i think.. hehe



Nasi for lunch.. yumm



Kat atas ni makanan yang dijamu pada majlis tersebut.. klu teringat balik memang sedap *sebab free.. Lauknya pun boleh tahan sedap.. cuma tak boleh tambah je.. segan.. haha.. Paling sedap muffin kat dalam pinggan tu.. perasa die macam blueberry.. yang kaler seakan purple tu.. klu letak coklat atau strawberry mesti lagi sedap kan.. tempah pun murah je orang amik, RM 1 satu.. klu ada event boleh la tempah lagi tapi tak tahu tempah kat sape sebab orang lain yang uruskan.. hehe.. klu ada lagi tempahan tempat same memang sedap la.. boleh cuba lagi.. hehe..

Ok, thats all guys.. Lagi 2 hari nak kene g kursus plak.. cuba teka dapat kursus kat mane?? kite dapat kat Langkawi uoolls.. tak sabar rasa nak g.. pest time nih.. harap harap tak tertekan sangat la g kursus ni.. hahah.. harap harap jugak dapat pusing satu langkawi tu.. klu tak dapat pun dapat shopping coklat pun jadi lah.. hahah.. tak sabo nyer..

Adios..

Ppyong!!





October 11, 2015

Jom Cuba KFC Masak Merah Rice Wrap




Assalamualaikum & Hi



Semalam petang hujan lebat kan uoolls.. Oleh kerana i olls shift petang balik da gelap singgah la makan KFC dekat Giant.. Padahal bebajet tak nak makan sebab nak diet tetapi akhirnya pasrah.. Termakan gak seketul ayam KFC.. muahaha.. Rasanya ramai yang da tahu KFC ada memperkenalkan menu baru dalam list makanan.. namanya KFC Masak Merah Rice Wrap.. Masa memula dengar ingatkan yang macam Nasi Ayam tu rupa rupanya die bungkus dalam roti dan dalam tu ada nasi, ayam, sayur dan rasa pun pedas pedas sikit.. Not bad I tell you..

Memula tu dengar je dulu iklan kat tb, pastu penyelia pulak ada kempen kata sedap pastu baru semalam nak cuba.. haha.. sebelum ni selalu order snack plate atau nasi ayam je.. kali ni boleh la tukar selera pulak kan.. tapi klu sesape nak makanan yang mengenyangkan baik korang order snack plate je sebab kat situ ada 2 ketul ayam kan.. klu yang ni satu wrap je dan size nyer pun takde la besar mane pun.. Macam saya memang suka roti die tu jadi macam tak cukup satu wrap tu.. *me is makan banyak.. haha..  Jadi kepada yang masih belum mencuba tu boleh la try menu ni pulak.. Awesome!!



KFC Masak Merah Rice Wrap


Ok, gigih I g kat website KFC nak print screen benda alah ni.. Kat atas tu da siap nama makanan, harga dan ape yang ada kat dalam tu.. die sejenis set jugak sekali ngan air.. klu tak paham boleh tanya kat kaunter macam i olls.. haha.. siap tanya akak tu lagi ape dah menu yang baru tu.. *malu bertanya sesat jalan, tak dapat makan.. haha..



KFC Super Jimat Rice Wrap Box


Ok, yang kat atas ni pulak die panggil Super Jimat Rice Wrap Box.. Saya amik order yang ni sebab dapat seketul ayam jadi jimat la harga die sikit.. Set ni lebih kenyang dari yang atas tadi tapi dua dua pun best.. yaaauww..



Saya order yang ni!!


Sebut cerita pasal KFC ni kan, saya percaya ramai yang masih rasa takde lagi ayam goreng yang sedap setanding dengan ayam KFC ni.. betol tak.. Secret recipe la katakan.. hehe.. Klu rasa nak celebrate something dengan kengkawan ada KFC pun da jadi.. tu pun da happening.. tak payah beli makan mahal mahal, pegi tempat mahal mahal kan.. Teringat balik masa celebrate birthday dengan kengkawan dekat tempat keje lama, siap kite belanja diorang makan KFC.. Walaupun terbalik birthday girl yang belanja, tetapi kenangan belanja dan celebrate dengan diorang tu masih segar dalam ingatan.. Terima kasih KFC.. Hehe.. 




Celebrate Birthday dengan kengkawan *Tengah feeling karok.. haha



Huntung tak orang belanja KFC?mau tak.. haha.. In Sya Allah, klu berkongsi rezeki dengan orang lain rezeki kita pun akan bertambah kan.. Amin.. Ok, sesape yang dah lapor nak makan KFC silalah terjah ke outlet berdekatan dengan anda.. Klu ada lebih hantar hantar la kat umah kita sikit yer.. kikiki.. 


Thats all guys.. pyong!






October 08, 2015

Jarang Pakai Mascara?




Assalamualaikum & Hi







Entry ni terbuka kepada peminat peminat maskara aka pelentik bulu mata.. Pompuan memang tak sah klu tak bercerita pasal make up.. dari basic pencuci muka sampai ke bulu mata pelsu mesti semua nak cerita.. haha.. Tapi normal la tu klu pompuan minat pasal make up.. klu lelaki baru tak normal.. bukan tak boleh tapi jarang sangat lelaki nak amik tahu pasal make up.. yang die tahu nak pompuan cantik jer.. hukhuk.. 

Ok, sebenarnya entry ni nak bercerita pasal perubahan baru iolls bile bersiap pergi kerja.. Nak kata baru tu tak jugak tapi memang jarang buat benda ni.. kira baru jugak la tu.. *haktuii.. haha.. Selalunya kite klu makeup amik basic je pakai bedak, eye liner atau blusher.. kekadang combine kekadang letak mane yang rasa nak letak.. paling basic eye liner la.. tetapi citer kite pasal mascara kan.. So, nak dijadikan cerita saya memang jarang klu keluar atau pegi keje pakai mascara.. yelah, bagi saya mascara ni klu ada event atau majlis je sesuai baru nampak class gitu kan.. haha.. Tetapi disebabkan dalam list makeup wajib *wajib tau kene ada mascara.. standby la orang kata mane tau tetiba ada mood nak makeup penuh kn.. haha.. Jadi mascara tu memang ada tapi jarang sangat guna.. membazir kan.. watpe beli klu tak pakai bedah oii.. Sekian ceritanya..

Jadi pengalaman setakat saya belaja pakai makeup ni hanya pernah tukar 2 ke 3 kali je mascara ni (yela, pakai nak g mana je pun.. kahkahkah) yang first penah guna brand Silky girl.. yang tu ntah bpe tahun baru nak habis last last buang sebab da kering bukan sebab selalu guna tapi biar je macam tu.. haha.. Sekarang paling baru try guna jenama Maybelline plak.. yang ni lebih mahal nak dibandingkan dengan Silkygirl tu.. Jadi effect die pun lagi cun.. baik punyerrrr.. tapi tu pun jarang pakai.. hehe..


Demo sikit


Tu dia aiihhh..



Ok, ble bersiap hari ni ntah kenapa boleh terpandang plak mascara tu, jeng jeng jeng.. Oleh kerana da lama abaikan beliau jadi akhirnya terbuka hati ini nak gunakan beliau.. bukak dan terus berus kat bulu mata.. Wow.. terima kasih mascara ku.. kerana anda ada entry pasal mascara kat blog ni.. haha.. Klu tengok kat dalam gambar tu memang tak nampak sangat effectnyer sebab bulu mata kite tak lebat dan pendek.. *abaikan.. Effectnya klu pakai mascara ni adik kakak yer.. die jadi lebih tersusun dan melentik tik tik ke atas.. Jadi yang takde bulu mata jadi ada, yang pendek jadi panjang.. haa gitu.. *ekk?

Jadi mulai esok boleh la kerapkan pakai mascara sebab da lama sangat tak guna kang jadi macam kes sebelum ni.. beli mahal mahal buang macam tu je.. ko ingat beli tu free!! haha.. Ok, thats all womens.. Do u same like me??kekeke



Do you love me because I'm beautiful, or am I beautiful because you love me?


Quotes by: http://www.brainyquote.com/








October 07, 2015

Wordless Wednesday




Assalamualaikum & Hi





When you're gone






October 06, 2015

Finalist AF 2015



Assalamualaikum & Hi



Pe kabo semua.. da lama tak update entry kan.. ehem ehem.. sakit tekak jerebu oiii.. haha.. Ni nak up entry sikit pasal konsert separuh akhir AF minggu lepas.. pasal AF pun jadi la uoolss.. haha.. sape yang tengok angkat tangannnnn.. rasanya konsert malam tu boleh dikatakan puas hati tengok sebab ada Zizan.. haha.. seriously bukak AF sebab nak tengok Zizan je tapi dah alang alang tengok tu tengok la sekali bebudak tu menyanyi.. sedap tak sedap lantak ko lah.. bukan aku yang nak jadi penyanyi.. haha.. 

Overall lagu semua ok dan keputusan malam tu pun memang terbaikkkk.. ramai yang puas hati dan ramai gak yang tunjuk protes.. sebab ape?? sebab wakil negeri die tak dapat masuk.. sampai ada yang sanggup tak nak vote wakil negara sendiri dan tak kurang yang mengamuk sakan dengan astro.. ish ish ish.. lek la oii.. korang ingat yang masuk final tu pun boleh pegi jauh ke.. banyak yang diorang kene blajar lagi.. tengok jela AF yang lepas lepas tu.. kemana juara, naib juara dan no tiganya.. ce cite ce cite.. semua ni rezeki jer.. klu ada rezeki tak ke mana.. yang penting sokong je artis kesayangan korang.. me?? Zizan da cukup popular, dah takyah risau.. kikiki..



Lisa & Rachel terkeluar minggu lepas..



Finalist AF 2015


Tahniah kepada semua finalist yang berjaya ke peringkat akhir.. yang tak berjaya tu kita doakan mereka berjaya di luar sana k.. banyak lagi offer offer yang menanti.. In Sya Allah.. Kepada yang masih muda tu baiklah korang further study pasal music dulu sebelum masuk ke alam sebenar bergelar artis.. Ambik contoh contoh terbaik kat Malaysia macam Dato' Siti, Dato' Fazley, Erra Fazira atau Anuar Zain.. Ingat, nak jadi penyanyi kenelah ada skill, bakat dan rupa yang seiring.. Do the best for the final ok.. Rasanya kita tak dapat nak tengok akhir sebab Astro takdek kat umah... wuuuuuuuuuu.. 


Byebye!!