September 24, 2019

Viral Video Asif & Yoe



Assalamualaikum & Hi



Siapa kat sini yang dah kenal asif dan yoe yang tengah viral dan trending sekarang.. Diorang ni popular dekat youtube bawah channel Syahmi sazli.. boleh terjah taip je Drama Spontan.. Katanya diorang ni orang istimewa yang asif ni autism, yoe pulak lambat belajar sikit tapi kalau tengok tak adalah teruk sangat diorang ni sebab masing masing boleh bercakap dan belajar lagi cuma kadang kadang lambat dan tak tahu nak speaking.. 

Yang lawak pasal diorang ni kalau masuk bab teka teki.. haha.. gelak guling guling tengok sebab saya ni orang kelantan jadi faham lah.. kalau bukan orang kelantan mungkin susah sikit nak faham lawak tu.. tapi ada je saya baca komen dari negeri negeri lain yang suka dan faham.. diorang pun suka jugak dengan lawak yoe dan asif ni.. Paling kelakar kalau asif ni tengah berlakon boleh pulak panggil panggil director dan tengok tengok kamera.. haha.. dia macam malu malu dan segan nak berlakon tapi redho jer sebab depan orang yang die kenal.. hehe..

Sebenarnya kan dulu ada jugak tertengok syahmi ni berlakon dalam youtube channel dia tapi tengok kat fb la.. tapi masa tu rasa macam geli geli jugak tengok cara dia berlakon.. memang tak layan pun.. haha.. lepastu viral lepas die amik dua orang kawan ni berlakon.. Apa yang saya suka sebab diorang ni tak nampak fake tau tak macam pelakon pelakon lain.. main tibai and redah je asal jadi tapi menjadi la tu sebab spontan dan kelakar..

Siapa yang nak layan boleh la click kat bawah ni.. tapi korang jangan judge sangat lakonan diorang tu sebab bukan professional lagi.. Just for fun k.. 






Enjoy!!





September 21, 2019

Jerebu Datang Lagiii!!



Assalamualaikum & Hi



Dah berapa hari atau berapa minggu dah bagi sesetengah kawasan ni mengalami masalah jerebu di Malaysia sampaikan Malaysia dah tercatat sebagai negara paling tinggi tercemar dengan masalah jerebu yang makin membimbangkan ini.. I stay in KL of course dah terkena sekali.. Kawasan rumah pula tercatat paling tinggi di kawasan Kuala Lumpur.. Allahu.. memang teruk rasanya kalau nak cerita..

Tapi alhamdulillah jugak masih bernyawa sampai sekarang walaupun rasa macam sesak sesak nafas dengan bau asap yang masih lagi dapat dihidu sampai sekarang.. Hujan adakalanya membantu sedikit tapi tak menghilangkan terus jerebu di kawasan sekitar ni.. 

Semalam keluar sekejap nak beli barang dapur, ya allah asap makin menebal di kawasan luar terpaksa la pakai mask yang murah tu.. tu pun mask standby dapat dari abang yang dah lama pencen 4 ke 5 tahun lepas.. haha.. Thank you bang.. Kat situ pun dah nampak jerebu ni tiap tahun kat Malaysia ada.. Tapi rasa macam tahun ni paling teruk kawasan rumah ni kena sebab sebelum ni saya tinggal di kawasan lain.. Tahun ni macam ya allah.. teruk sangat sampai dah tak nampak bangunan dari jauh.. 

Semalam pun masuk ofis asap penuh keliling sampai masuk ke dalam.. yelah macam mane nak tutup celah celah lubang kan.. mesti akan masuk jugak.. Allahu.. Harap bersabar la kepada sesiapa yang mengalami nasib sama macam saya.. Beringat sentiasa pakai mask tak kisah la orang nak tengok pelik macam mana pun kan.. Banyak minum air dan kurangkan aktiviti luar.. Nak keluar pun rasa tak senang sebab nak kena redah jerebu lagi lagi macam i olss yang naik motor ni.. hukhuk.. terdedah dengan asap sangat lah tinggi.. 







Jadi kepada semua marilah kita berdoa agar masalah jerebu ni berkurang.. Amin.. 





September 16, 2019

Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng

                                                       

Assalamualaikum & Hi




 



Lirik Lagu Cinta Luar Biasa - Andmesh Kamaleng


Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu
Hari-hari berganti
Kini cinta pun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamuu
O-o-o-oh ...
Terimalah lagu ini
Hmm ...
Dari orang biasa
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa
Tulus padamu






September 11, 2019

It Chapter Two



Assalamualaikum & Hi






Jom kita review filem yang baru keluar ni.. Semalam sempat la tengok filem ni kebetulan sebelum ni adalah layan IT yang first tu.. Sebenarnya agak takut la nak layan cerita hantu ni lagi lagi i bukan penggemar cerita hantu.. hihihi *mengilai macam hantu.. opocot mak kau!! Tapi iolss memberanikan diri untuk layan cerita ni.. yang first tu layan dekat internet je tapi semalam layan movie ni kat wayang.. pergi sorang sorang je.. lagi berani uolss.. agitchuuu..

Okeh, siapa yang dah tengok IT yang memula tu memang tahu la kisah dia pasal apa.. yang iolss faham kisah dia pasal entiti jahat yang menyerupai badut sarkas.. tak tahulah badut ni sebenarnya scary ke tak tapi bagi iolss biasa je sebab dengar dari kecik badut ni penghibur orang je.. tak tahu pulak badut ni scary.. haha

Badut ni muncul setiap 27 tahun.. tak tahu kenapa panjang beno nak muncul.. mungkin tengah bertapa di gunung sahara kot.. tak pun sebab makan orang ramai sangat jadi ambil masa nak muncul.. hahaha.. Yang first tu rasanya tak adalah scary mana pun tapi yang second ni banyak gak scene terkejut.. Yang paling tak tahan tu almost 3 hours la nak habis tengok cerita ni.. I ingatkan i sorang je yang rasa cerita ni lama gila tapi ada yang review sama jugak.. Throwback tu lama sangat patutnya dah tak ada dah kisah masa budak budak dulu, jadi makin meleret plak cerita tu.. Benefit jugak la pada yang belum pernah tengok cerita ni..

Jadi filem kedua ni berkisar pasal comeback diorang selepas 27 tahun kalau kalau badut tu muncul lagi dekat hometown mereka.. Masing masing dah berumah tangga dan paling terkejut budak yang gemuk dulu tu bila besar dah handsome wei.. klu aku jadi bev tu pun sape tak nak.. haha.. tapi serius watak dalm cerita ni i tak kenal sangat sebab baru tengok sekali yang first tu.. Sorang ahli dah bunuh diri sebab tak sanggup nak lawan badut jahat tu.. ahli kedua mati masa last scene.. Yang lain korang pi la tengok sendiri.. hahah

Tapi last sekali badut tu mati lah.. Not sure ada sambungan lagi ke tak sebab klu ikutkan 27 tahun lagi diorang semua pun dah tua.. takkan nak ambil pelakon atok atok kot.. takpun go back to budak budak balik.. mana lah tahu.. i bukan pengarah.. LOL..

So rating i nak bagi ialah 4.5 star lah sebab jalan cerita tak hambar walaupun ada mengarut sikit.. tolak 0.5 point sebab panjang uolss.. Overall cerita ni BEST!! Wajib tengok tapi get ready la pejam mata siap siap sebab banyak terkejut.. kikiki..



HAPPY WATCHING GUYS!!





September 09, 2019

Nasi Lemak MCD



Assalamualaikum & Hi






Siapa kat sini dah try nasi lemak MCD?? angkat ketiak!! eh.. hehe.. Ok, 2 hari lepas masa balik kerja singgah la mcd sebab nak try menu baru ni.. Ada la beberapa orang dah cerita yang nasi lemak ni sedap.. Macam lama lama jadi terliur plak nak try.. Serius weh! Sedap!!






Nampak tak gambar kat atas ni.. mungkin gambar ni tak berapa nak mempengaruhi uolss sangat kan.. tapi serius uolss kene cuba.. Rasa dia sedap siap ada telur, timun dan ikan bilis plus ayam goreng Mcd dua ketul guyss.. Memula tu ingat dapat seketul je tapi tak sangka dengan harga tu dapat la 2 ketul ayam.. Harga tak silap dalam RM 14 lebih sekali tax semua.. tak jauh beza pun rasanya kalau korang beli ayam goreng mcd tu.. 

Sebenarnya sebelum femes ayam goreng mcd spicy ni iolss memang dah lama suka ayam goreng mcd ni.. masa mula mula keluar lagi.. cuma sekarang je diorang macam promo kaw kaw je menu tu mungkin sebab nak naikkan lagi rating makanan tu kot.. 

Tapi serius tak pernah lagi dengar orang viral pasal harga mcd naik tak macam KFC yang harga naik mendadak dahla service lambat ayam pulak dah kecik uolss.. Bukan nak komplen tapi cerita  ikut pengalaman sendiri je ni.. Orang kata kaunter kerajaan lambat tapi kaunter KFC ni lagi lambat uolss.. huhuhu..

Jadi better korang try la menu ni tak sure sampai bila.. rasa macam nak repeat lagi tapi orang kata tak baik makan hari hari fast food ni.. 2 minggu sekali ke 3 minggu sekali bolehla.. hahaha.. duit pun save uolss.. kalau jenis duit banyak takde hal la kan.. hehe..

Thank you MCD for this awesome menu!! Dahla iolss peminat tegar nasi lemak.. kahkahkah..


KAMSAMIDA!!






September 08, 2019

Cuti ni korang kerja ke cuti??



Assalamualaikum & Hi


Mari lah kita bincangkan topik hari ini iaitu korang kerja ke cuti bulan ni yang ada 3 kali cuti bersambung.. haha.. Walaupun aku rasa aku menaip ni macam bincang dengan diri sendiri je tapi takpelah asalkan blog aku ni tak berhabuk lagi.. kahkahkah..

So, cuti bulan 9 ni ada 3 kali cuti bersambung ke isnin.. Hari Merdeka & Awal Muharram dah lepas.. I olls kene kerja macam biasa.. Minggu ni pulak Hari Jadi Agong.. sambung sampai isnin.. I olls tetap kerja.. Minggu depan plak Hari Malaysia.. I olls konfem lah kene keje jugak.. Hakikatnya walaupun orang Malaysia tapi semua sambutan berkaitan negara ni kita kene kerja.. huaa.. Is it fair guys??

Ape perasaan korang?? Nak nanges bucu katil?? nak berhenti kerja?? rasanya semua tu memang tak ada guna uoolls.. haha.. Hidup macam mana pun harus diteruskan.. 

THE TRUTH IS HURT!! I FEEL IT!!

So, korang pulak macam mana?? ada yang kena kerja tak macam iolss?? hehe.. Bertabahlah kome kome semua.. Bagi yang bekerja ofis hour atau yang bekerja sendiri jangan ketawakan kami plak ye.. kesian kat kami yang kena kerja ni.. What to do.. life is hard to live.. kikiki..

Baiklah.. Selamat bercuti bagi yang bercuti dan selamat bekerja bagi yang bekerja.. Kita anak Malaysia walaupun kadang kadang terasa macam anak tiri.. haha.. 



HAPPY HOLIDAYS!!!




September 04, 2019

Haluu 2019!!




Assalamualaikum & Hi


Terasa janggal bila kembali menaip di blog yang semakin kusam dan terbiar ini.. Hampir setahun dah tak berblog walaupun sebelum sebelum ni pun takdelah rajin sangat nak menaip.. haha.. tapi ada la jugak dari takde.. 

Bukan niat untuk menyepi tapi 2019 seems like a mental breakdown for me.. for those who knows me memang jenis kami suka menyendiri tetapi bukan la sejenis yang tak pandai nak bergaul.. tapi this year memang takde ape sangat pun yang nak dicerita.. Mostly because of tempat kerja yang semakin menyakiti jiwa raga.. im thinking about posting or taking a longgggg leave but still not yet have any progress.. I dont know why.. 

Hati masih lagi belum sembuh walaupun ku cuba nak let go all the things happen all this time.. Kerja dengan manusia memang ada je yang tak kene.. lumrah hidup.. antara kita berjaya menepis ataupun tidak.. but here i am.. still living in this cruel world.. haha

Im sorry for my blog if he missing me.. He okay.. haha.. nampak sangat lonely di situ.. dushhh!!

Well im still a loner.. not yet have a boyfriend and still finding my jodoh.. haha

Good luck for me..

Im still fighting for my life now.. Just i hope im not quit fighting.. Thats all..



Jom la layan lagu patah hati ni.. huhuhu


Naim Daniel- Sumpah