Assalamualaikum & Hi
Alhamdulillah, Jumaat datang lagi.. Penghulu segala hari semoga diberkati hidup kita hendaknya.. Amin.. Dalam 2 3 hari ni banyak plak bermain dengan emosi.. emosi di tempat kerja dengan orang tempat kerja dan sewaktu dengannya.. Macam macam hal lah.. duniawi oh duniawi.. Allah nak menguji tahap kesabaran dan keimanan hambanya.. Semoga aku tetap tabah Ya Allah..
Semalam masa ondaway ke tempat kerja ada satu kemalangan berlaku di tepi jalan yang mana sememangnya jalan tu dah biasa jem.. lagi lah bertambah sesak kat ctu.. Masa lalu tu Allah.. rasa ngeri nak tengok tapi nasib lah ramai yang datang menolong.. motor sama motor.. mungkin jalan licin atau bawak laju.. entahlah.. Pagi tadi nak balik ada lagi kemalangan kali ni motor dengan kereta.. Banyak plak eksiden sejak kebelakangan ni.. Allah, berat sungguh ujian bagi pemandu pemandu kenderaan ni.. silap langkah sikit bawak kepada kemalangan.. Mintak dijauhkan..
Jadi diminta kepada semua supaya sentiasa berhati hati tak kira anda ni bawak slow atau laju.. terlampau slow pun menyusahkan tapi jangan lah terlalu laju.. jaga had memandu dan amalkan sikap bertoleransi di jalan raya.. yang penting kita sampai dengan selamat k.. In Sya Allah..
Di hari Jumaat yang baik ni marilah kita bersama sama berfikir secara positive dan cuba elak dari perkara buruk berlaku.. Kadang kita dalam hidup kene lah sensitif dan peka dengan persekitaran.. Jaga tingkah laku dan mulut yang boleh membawa binasa.. Allah sayang orang orang yang berbuat baik.. In Sya Allah saya dan anda tergolong di dalam kalangan yang baik itu.. Amin..
Chill and cool people.. Love yourself!!