June 06, 2018

Salam Ramadhan 2018




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah masih bernyawa blog ni.. haha.. Maafkan kami kerana dah lama tak berblog.. Dah hilang semangat nak menulis panjang panjang.. Mungkin dah takde idea.. haha..

Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak walaupun dah sedikit terlambat sebab kita dah pun masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan.. Hari ni dah 21 Ramadhan.. Begitu cepat masa berlalu.. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.. Setakat ni masih berjaya bangun sahur tanpa skip langsung.. hehe.. Harap dapat kekalkan momentum ini sampai ke akhir ramadhan.. In sya Allah.. Amin..

Okeh dah nak dekat raya ni mesti dah ramai yang buat persiapan raya kan.. Baju raya dah beli? kasut raya? biskut raya? langsir raya? semua raya lah.. haha.. Saya biasa biasa je sebab tahun ni giliran saya untuk bekerja.. huaa.. Sedih tu sedih jugak tapi ni sajalah punca rezeki untuk hidup.. Kalau takde rezeki dengan kerja ni tak kemana jugak kita kan.. Yang penting.. Syukur syukur syukur Ya Allah.. 

Dalam mood raya di tempat kerja sempat jugak lah iolls shoping baju raya.. haha.. tapi kali ni online jelah sebab malas nak keluar musim musim panas hujan tak menentu ni.. Order ngan personal shopper je.. senang.. tunggu parcel datang dah siap.. tapi sepasang jelah tahun ni.. tengok lah macam mane hujung minggu ni klu sempat boleh usha usha baju raya lagi.. haha..

Kepada penjawat awam selamat berjimat cermat ye.. bonus dah dapat gaji dah dapat.. jangan lupe save untuk bulan depan ye.. kang melangut xpasal pasal sebab tak cukup duit.. hehe.. Esp parents yang ada anak tu.. banyak nak pakai duit.. Raya biarlah bersederhana ikut kemampuan.. hehe

Rasanya tu sajelah pesanan penaja kali ni.. Sebelum terlambat nak ucap awal awal lah SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat sesiapa yang mengenali dan membaca blog ni.. Segala kekurangan harap dimaafkan.. In sya Allah semoga ramadhan kali ni memberi kita semua satu keberkatan dan kemuliaan di sisi Nya.. Amin..



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI