Assalamualaikum & Hi
Alhamdulillah.. Today is the First January of 2017.. Would not believe it but yes.. we already in 2017.. Semalam takde nak celebrate sangat sebab alone and have to work kan.. haha.. Jadi bagilah peluang pada family family yang ada kat KL ni meraikan tahun baru.. Meriah pun meriah jugak tapi insiden terkene percikan bunga api tu pun dah satu hal.. Semoga selamat lah mangsa mangsa yang terkene bunga api tu dan make sure be safe ok..
Baiklah.. dekat instagram dah wish tahun baru tapi kat sini boleh lah dicoretkan lagi panjang segala madah berhelah yang ada untuk tahun yang lepas 2016.. 2016.. I miss you.. sobs sobs..
Antara kenangan yang tak dapat dilupakan adalah tragedi hitam lepas raya.. Rumah dekat kampung dinaiki pencuri.. habis segala benda dalam beg tu diambilnya termasuk IC dan segala kad bank.. buat report polis dan paling sadis masa tu dah nak balik KL guna flight dan tiket flight tu pun ada kat dalam beg yang dicuri tu.. Allah.. dugaan yang tak dapat dilupakan sebab sampai sampai je KL terasa macam kosong.. dengan IC takde, duit takde dan petang tu pulak kene masuk keje malam..
Sebelum masuk keje sempat lah berkejar kejaran turun ke UTC untuk buat IC baru.. dengan muka yang comotnya digagahkan jugak ambil gambar.. huhuhu.. Esok tu terpaksa mintak tolong rakan sekerja hantar ke rumah sebab kunci pun hilang sekali.. Allahhu akhbar.. redho dengan jalan cerita kali ni.. Kisah ni pun tak sempat nak coret dekat blog sebab mungkin masa tu dah takde mood nak ingat balik dan letih.. huhu.. Ujian sungguh kali ni..
Selain dugaan berat tu adalah beberapa kisah gembira macam travel alone ke Melaka bulan October.. yeah.. Walaupun dalam negeri je tapi semangat nak keluar sorang diri tu bukan ada pada semua orang.. seronok travel sorang tapi kadang bosan sebab takde teman nak berbual dan makan sme2.. tapi I'm so fine.. boleh lah dijadikan pengalaman di tahun 2016.. haha.. *sape nak cari partner travel pm tepi.. kahkahkah..
Lain lain mungkin tak seberape sangat sebab banyaknya balik kampung dan terbang dengan flight.. Alhamdulillah setakat ni flight xde buat hal dan selamat sampai walaupun nak check in dan cari tempat duduk tu explore sendiri macam mane.. so independent of me kan.. hee.. Booking flight tiket pun senang guna Air Asia.. Tahun ni diharap adalah peluang travel ke negara orang pulak.. haha.. sementara belum berjodoh ni kan.. eloklah kiranya menghabiskan masa untuk diri sendiri dulu.. agree?? hehe..
So, my wish for this year.. Nak kekal sihat, muda dan cantik.. *macam iklan.. ngeee.. Harap berjumpa jodoh dengan orang yang baik, boleh berbakti pada kedua orang tua dan dapat peluang kerjaya yang lebih tinggi.. Syukur Alhamdulillah.. Allah.. Thank you for being kind to me.. I hope this year it will bring more fun and happiness to me and to all of you.. In Sya Allah.. Amin..
Once again..
Happy New Year 2017!!
No comments:
Post a Comment