Assalamualaikum & Hi
Pe khabar semua?? Tak sabar rasanya nak balik kampung.. Pejam celik pejam celik, esok da nak balik kampung.. hehe.. Sekejap je, tinggal 3 hari sahaja lagi seluruh umat islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Paling gembira dapat sambut hari raya dengan keluarga tersayang kan.. Macam saya tahun lepas tak dapat bersama dengan keluarga sambut raya sebab terpaksa bertugas di hari raya.. siap kene keje pagi raya lagi uolls.. sadis tak sadis.. ko hade?? hehe.. Pengalaman paling sedih kot tak dapat sambut raya dengan keluarga di kampung.. Lagi lagi kampung jauh lagi la terasa kesedihan tu.. hukhukk.. lap air mata.. Tapi tahun ni turn saya plak dapat bercuti.. tu yang terlebih happy tu.. hehe.. Sesape yang tak dapat balik kampung tahun ni jangan sedih sedih k.. In Sya Allah ada masa ketika boleh merasa beraya di kampung..
Bunga api!! Rindunya!!
Macam mane dengan persiapan raya anda?? Saya yakin da hampir siap tinggal 20% lagi kan.. maksudnya tinggal kemas kemas rumah atau pasang pasang langsir dan pelita kat umah jer.. Ke ada yang tak siap lagi baju raya atau tak buat persiapan lansung?? haa.. jangan macam tu.. t tak merasa plak kemeriahan di hari raya ni.. sekurang kurangnya disunatkan memakai baju baru di hari raya atau bersolat hari raya aidilfitri kan.. tu pun da kira satu kemestian untuk kita.. hehe..
Anak anak sedara yang da besar besar belaka..
Alhamdulillah da hampir sebulan kita berpuasa.. Jangan excited sangat tau.. Esok dengar khabar da ramai nak bertolak balik.. uhhh.. Mintak mintak kurang lah jem tu yer.. bagi la yang balik nek bas berlepas pulang dulu.. Almaklumla, nak jimat dan cepat naikla bas.. haha..
Tak sabar nak men bunga api kat umah!! Yeay!!
Sebelum terlupa, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali dan juga yang tidak mengenali diri ini.. Mohon kosong kosong klu ada tersilap kata atau terguris bahasa di hati.. hehe..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..
Pulang kampung berhati hati..
Ingat lah orang yang tersayang..
Pesanan ikhlas dari tuan blog.. hehe